83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Oktober 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Mampukah NFP menyelamatkan dolar AS?

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam selepas data pekerjaan bagi sektor swasta memaparkan momentum pengambilan pekerjaan yang lebih lemah untuk bulan lepas. Menurut kepada ADP, Nonfarm Employment Change telah memberi bacaan sebanyak 135,000 bagi bulan September, di bawah jangkaan ekonomis untuk mempunyai bacaan sebanyak 140,000. Data terkini adalah jauh lebih rendah daripada bacaan bulan Ogos sebanyak 157,000, di mana data tersebut telah diselaraskan ke kadar yang lebih rendah dari 195,000. Data terkini dari ADP telah meningkatkan kekhuatiran di dalam pasaran terhadap penyusutan momentum ekonomi yang boleh mendorong Bank Pusat AS untuk melaksanakan kelonggaran dasar yang lebih lanjut kelak. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu pembebasan laporan NFP untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut. Bagi rantau yang lain, pound sterling telah melantun dari paras rendahnya susulan dengan perkembangan Brexit diantara UK dan EU. Terdahulu, perunding Brexit EU Michel Barnier mengulas bahawa mereka telah memulakan usaha ke atas Brexit. Namun, beliau menegaskan bahawa ia masih mempunyai banyak isu untuk diselesaikan buat setakat ini. UK dan EU bakal bertemu sekali lagi di dalam beberapa hari yang akan datang dan ia dijangka untuk memberikan isyarat yang lebih lanjut kepada pasaran kewangan. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.11% ke 98.64 sementara pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.01% ke 1.2298.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.13% ke $52.55 setong. Pada semalam, harga minyak telah menjunam dengan lebih lanjut sambil mencecah paras rendah dua bulan selepas EIA melaporkan peningkatan pada inventori minyak AS. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,500.51 se troy auns susulan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    CNY                      China – National Day

All Day                   EUR                     German – Unification Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Composite PMI (Sep) 50.2
16:30 GBP – Services PMI (Sep) 50.6 50.3
20:30 USD – Initial Jobless Claims 213K 215K
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) 56.4 55.0
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Sep) 53.1

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah 98.65. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 98.40.

 

Tahap rintangan: 98.65, 99.00

Tahap sokongan: 98.40, 98.30

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.2325. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2325, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2260, 1.2170

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia ditutup di atas garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1070

Tahap sokongan: 1.0930, 1.0870

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.05. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah 107.05.

 

Tahap rintangan: 107.60, 108.10

Tahap sokongan: 107.05, 106.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6705. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia memecahkan 0.6705.

 

Tahap rintangan: 0.6705, 0.6745

Tahap sokongan: 0.6670, 0.6600

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah 0.6300. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan.

 

Tahap rintangan: 0.6300, 0.6435

Tahap sokongan: 0.6035, 0.5790

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah keluar dari segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3340.

 

Tahap rintangan: 1.3340, 1.3375

Tahap sokongan: 1.3315, 1.3280

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0010. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang secara rata berdekatan 53.00. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 53.00, 54.45

Tahap sokongan: 51.60, 50.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia ditutup di atas garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 1511.00, 1532.40

Tahap sokongan: 1484.05, 1460.00