83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 November 2019                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melanjutkan kerugiannya susulan sektor pembuatan yang lemah.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah melanjutkan kerugiannya semasa sesi Asia awal pada Selasa selepas keluaran data mengenai sektor pembuatan. Menurut kepada ISM, aktiviti pembuatan dalam A.S telah merosot dengan bacaan sebanyak 48.1 berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 49.2. Data tersebut telah menyusut untuk empat bulan berturut-turut dan mengisyaratkan permintaan yang lemah dan prospek ekonomi yang semakin merosot. Selain itu, Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan pelan tarif untuk keluli dan aluminium dari negara Argentina dan Brazil dan ini telah meningkatkan ketidakpastian dalam pertumbuhan ekonomi global. Dari segi perjanjian perdagangan AS dengan China, satu kenyataan dari Setiausaha dari Perdagangan Wilbur Ross menunjukkan bahawa Presiden AS Donald Trump bersedia untuk meningkatkan tarif sekiranya tidak ada sebarang perjanjian. Indeks dolar telah turun sebanyak 0.39% kepada 97.74 pada masa penulisan. Lain daripada itu, EUR / USD telah meningkat sebanyak 0.06% kepada 1.1076 semasa penulisan berikutan dengan aktiviti pembuatan yang kukuh dalam zon Euro. Menurut kepada Markit Economics, aktiviti pembuatan dalam zon Euro telah bertambah baik dengan bacaan sebanyak 46.9, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 46.6. Selain itu, sektor pembuatan juga bertambah baik dalam negara Jerman dengan bacaan sebanyak 44.1 berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 43.8. Pada masa yang sama, penurunan dalam nilai dolar turut membantu dalam mendorong kenaikan harga bagi mata wang Euro.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal berada dalam pemulihan dan meningkat sebanyak 0.14% kepada $55.99 setong pada masa penulisan susulan dengan pelan pemotongan Saudi yang baru dan data dari China. Harga minyak telah melonjak selepas Menteri minyak Iraq Thamir al-Ghadhban membocorkan rancangan OPEC untuk meningkatkan pemotongan dengan lebih mendalam sebanyak satu pertiga kepada media. Pada masa yang sama, data pembuatan daripada China yang kukuh juga menyokong kenaikan awal bagi komoditi tersebut kerana ekonomi kedua yang terbesar dalam dunia tetap kukuh walaupun perang perdagangan telah berlangsung selama 16 bulan dengan AS. Seterusnya, harga emas meningkat sebanyak 0.09% hingga $1462.60 pada masa penulisan selepas para pelabur mengelak risiko pasaran selepas A.S menegaskan semula pelan tarif ke China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

11.30                     AUD                       AUD – RBA Rate Statement

Tentatif                 GBP                        BoE MPC Treasury Committee Hearings

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11.30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Dec) 43.8 43.8
17.30 GBP – Construction PMI (Nov) 44.2 44.5

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 98.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 97.60.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.90

Tahap sokongan: 97.60, 96.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2970. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3095

Tahap sokongan: 1.2785, 1.2690

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1080. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 1.1080.

 

Tahap rintangan: 1.1080, 1.1170

Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 109.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.65.

 

Tahap rintangan: 109.05, 109.40

Tahap sokongan: 108.60, 108.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6825. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6880

Tahap sokongan: 0.6770, 0.6715

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6500. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6435.

 

Tahap rintangan: 0.6500, 0.6585

Tahap sokongan: 0.6435, 0.6340

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.3320.

 

Tahap rintangan: 1.3320, 1.3385

Tahap sokongan: 1.3260, 1.3185

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9915. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah ke bawah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 0.9980, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9915, 0.9845

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 56.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 56.30, 57.50

Tahap sokongan: 54.85, 53.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1463.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1463.70, 1477.90

Tahap sokongan: 1450.75, 1432.40