83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 November 2019                            Analisis Sesi Petang

 

Dollar jatuh oleh sebab peningkatan ketegangan perdagangan.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama pulih setelah menurun ke paras terendah dalam tempoh satu minggu di tengah-tengah ketegangan perdagangan antara AS dan China. Setelah kembali dari cuti Thanksgiving, pentadbiran Donald Trump bersedia untuk mengenakan lebih banyak tarif yang berjumlah $156 bilion pada barangan import China jika perjanjian tidak dapat dicapai antara kedua-dua negara ini, dikatakan oleh Commerce Secretary Wilbur Ross. Selain itu, Donald Trump juga menuduh bahawa Rizab Persekutuan (Fed) harus bertindak dengan cara yang negara-negara lain tidak dapat mengambil kesempatan daripada dolar yang kuat walaupun mereka terus menurunkan nilai mata wang mereka. Terdahulu, Bank Pusat AS telah mengurangkan kadar faedah mereka sebanyak 3 kali manakala majoriti peserta pasaran menjangkakan akan ada pusingan lain sebanyak 0.25% pemotongan pada kadar faedah dalam mesyuarat Fed yang akan datang, menurut Fed Rate Monitor Tool. Semasa penulisan, indeks dolar menaik 0.07% ke 97.80. Sebaliknya, pasangan EUR/USD menurun 0.04% ke 1.1070 selepas ucapan dovish bias yang dikendalikan oleh Pengerusi ECB Christine Lagarde. Dalam ucapannya, Christine Lagarde menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi EU masih kekal lemah sementara prospek ekonomi juga dijangka akan lembap dan tidak menentu berikutan dengan risiko pertumbuhan global yang semakin perlahan dan isu perdagangan perdagangan yang kekal.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.38% ke $56.15 setong susulan dengan berita baru baru ini menunjukkan OPEC dan sekutu-sekutunya mungkin akan memperdalam pengeluaran minyak mereka dengan pemotongan tambahan sebanyak 0.4 juta tong sehari dalam mesyuarat akan datang di Vienna. Manakala, keuntungan itu telah dihadkan selepas berita baru-baru ini menunjukkan bahawa pentadbiran Trump akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China jika tiada perjanjian berlaku. Selain itu, harga emas naik 0.01% ke $ 1462.15 setroy auns disebabkan oleh peningkatan pertikaian perdagangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 GBP                                        BoE MPC Treasury Committee Hearings

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17.30 GBP – Construction PMI (Nov) 44.2 44.5
05:30

(04hb)

CrudeOIL- API Weekly Crude Oil Stock 3.639M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 97.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.20.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.80

Tahap sokongan: 97.70, 97.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2945. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2945, 1.2970

Tahap sokongan: 1.2890, 1.2855

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1075. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan 1.1075.

 

Tahap rintangan: 1.1075, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1005, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan  109.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 109.40.

 

Tahap rintangan: 109.40, 109.80

Tahap sokongan: 109.00, 108.40

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintang sebelumnya di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6840.

 

Tahap rintangan: 0.6840, 0.6880

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6770

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan  sebelumnya di 0.6490. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6535.

 

Tahap rintangan: 0.6535, 0.6570

Tahap sokongan: 0.6490, 0.6460

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun pada tahap sokongan 1.3270. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3335.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3270, 1.3210

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9915. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah ke bawah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 0.9945, 0.9985

Tahap sokongan: 0.9915, 0.9885

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 55.30. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke tahap rintangan 56.25.

 

Tahap rintangan: 56.25, 56.80

Tahap sokongan: 55.30, 54.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1458.55.

 

Tahap rintangan: 1471.65, 1480.95

Tahap sokongan: 1458.55, 1448.95