83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 Oktober 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Kemelesetan ekonomi bakal tiba?

Dolar AS telah meneruskan kerugiannya pada petang semalam susulan dengan data ekonomi bearish yang meningkatkan spekulasi risiko kemelesetan ekonomi. Menurut kepada Institute for Supply Management (ISM), PMI bagi sektor bukan pembuatan bagi bulan September menyusut dari 56.4 ke 52.6, pada masa yang sama tersasar daripada ramalan iaitu 55.0. Oleh kerana sektor bukan pembuatan seperti perkhidmatan merangkumi 70% daripada Gross Domestik Product bagi AS, penyusutan pada sektor tersebut boleh mendorong Bank Pusat AS untuk memotong kadar faedah dengan lebih lanjut kelak. Pada yang sama, sentimen terhadap dolar AS adalah masih suram selepas Initial Jobless Claims memaparkan peningkatan pada kadar pengangguran ke paras 219,000 individual, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis sebanyak 215,000 individual. Sementara itu, pound sterling menerima tekanan bearish pada semalam selepas EU menolak draf Brexit yang dikemukakan oleh UK. Menurut kepada Pengerusi Perunding Brexit Michel Barnier, beliau menolak beberapa syarat di dalam draf tersebut termasuk cadangan kastam di sempadan Ireland. Beliau juga menyatakan bahawa PM UK Boris Johnson mempunyai tempoh masa seminggu untuk menghantar draf yang baru atau berhadapan dengan penangguhan tarikh akhir Brexit. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.13% ke 98.58 sementara pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.09% ke 1.2338.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memulih sebanyak 0.13% ke $52.36 setong. Namun, kenaikannya adalah terhad susulan dengan perang perdagangan diantara AS dan China yang boleh mendorong kepada kemelesetan ekonomi dan penurunan permintaan minyak. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.16% ke $1,507.43 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    CNY                      China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Nonfarm Payrolls (Sep) 130K 140K
20:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Sep) 0.4% 0.3%
20:30 USD – Unemployment Rate (Sep) 3.7% 3.7%
22:00 CAD – Ivey PMI (Sep) 60.6

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 98.65. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 98.65, 99.00

Tahap sokongan: 98.40, 98.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.2400. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah 1.2325.

 

Tahap rintangan: 1.2400, 1.2515

Tahap sokongan: 1.2325, 1.2260

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia ditutup di atas 1.0965. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1070

Tahap sokongan: 1.0965, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 106.55. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 107.05, 107.60

Tahap sokongan: 106.55, 106.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6745. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.6745.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6800

Tahap sokongan: 0.6705, 0.6670

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia ditutup di atas 0.6310.

 

Tahap rintangan: 0.6310, 0.6360

Tahap sokongan: 0.6250, 0.6215

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap rintangan 1.3340. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3375

Tahap sokongan: 1.3315, 1.3280

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat bagi jangka pertengahan.

 

Tahap rintangan: 1.0010, 1.0105

Tahap sokongan: 0.9970, 0.9925

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 53.00, 54.45

Tahap sokongan: 51.60, 50.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 1511.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 1511.00.

 

Tahap rintangan: 1511.00, 1532.40

Tahap sokongan: 1484.05, 1460.00