83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Disember 2019                             Analisis Sesi Petang

 

 

Pound melonjak sebelum pilihan raya.

Pound sterling didagang lebih tinggi dan mencapai tahap tertinggi dalam tempoh enam bulan di tengah-tengah peningkatan kebarangkalian bahawa parti Konservatif berkemungkinan dapt memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang ini pada 12 Disember. Menurut tinjauan terbaru UK pilihan raya, parti Konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri Boris Johnson meningkat 1 mata ke 44% manakala parti pembangkang masih dikekalkan pada kebarangkalian 32%. Ia juga perlu diperhatikan bahawa jika keputusan pilihan raya umum sama dengan tinjauan, akhirnya Boris Johnson akan dapat memperoleh jumlah undi yang mencukupi untuk menyokong perjanjian Brexitnya dan meninggalkan Kesatuan Eropah menjelang akhir tahun 2019. Walau bagaimanapun, keuntungan pound telah dibatasi oleh pengumuman Data PMI pembinaan UK. Walaupun data tersebut dibebaskan pada bacaan 45.3, sedikit lebih tinggi daripada unjuran ekonomi sebanyak 44.5, namun bacaan lebih rendah daripada 50 menunjukkan bahawa sektor pembinaan UK masih kekal dalam tahap pengecutan. Ia juga membayangkan ketidakpastian mengenai pilihan raya umum dan kebuntuan Brexit terus menghantui perkembangan ekonomi UK. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD menaik 0.06% ke 1.3000. Sebaliknya, pasangan AUD/USD menurun 0.20% ke 0.6830 di tengah-tengah data GDP Australia tersusut unjuran ekonomi, 0.4% berbanding dengan 0.5%. Data suram ini telah meningkatkan jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar selanjutnya yang mungkin diambil oleh Reserve Bank of Australia (RBA) untuk menyokong ekonomi daripada tekanan kemelesetan.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.25% ke $56.40 setong di tengah para pelabur masih menimbang pada prospek bahawa oleh OPEC + akan memperdalam pengeluaran minyak Walau bagaimanapun, peningkatan pertikaian perdagangan antara China dan Amerika Syarikat telah merosotkan sentimen positif pasaran minyak mentah. Di samping itu, harga emas naik 0.07% ke $1478.00 setroy auns di tengah-tengah penghindaran risiko yang makin meningkat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17.30 GBP – Composite PMI (Nov) 48.5 50.0
17.30 GBP – Service PMI (Nov) 48.6 50.0
21.15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Nov) 125K 140K
23.00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI 54.7 54.5
23.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 1.572M -1.734M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 97.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 97.25

 

Tahap rintangan: 97.70, 98.20

Tahap sokongan: 97.25, 96.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.2970. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3005.

 

Tahap rintangan: 1.3005, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2970, 1.2945

 

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1075. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan 1.1075.

 

Tahap rintangan: 1.1075, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1005, 1.0930

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnnya di 109.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 108.40.

 

Tahap rintangan: 109.00, 109.40

Tahap sokongan: 108.40, 107.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan 0.6840.

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6840, 0.6810

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6490.

 

Tahap rintangan: 0.6535, 0.6570

Tahap sokongan: 0.6490, 0.6460

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan 50 MA (Biru). MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3395

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3210

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9885.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9915

Tahap sokongan: 0.9850, 0.9810

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan 56.25. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 56.80.

 

Tahap rintangan: 56.80, 57.50

Tahap sokongan: 56.25, 55.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1480.95. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 1480.95.

 

Tahap rintangan: 1480.95, 1484.70

Tahap sokongan: 1471.65, 1464.05