83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

05 November 2019                            Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kekal di rendah susulan dengan data yang lemah, paun meningkat.

Indeks dolar yang berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama telah menyusut semasa awal sesi Asia pada hari Khamis berikutan dengan data yang kecewa dalam gaji swasta dan perkembangan perdagangan yang sedang berterusan. Menurut kepada Automatic Data Processing (ADP), pembayaran gaji swasta di U.S telah jatuh ke enam bulan rendah pada bulan November dengan bacaan hanya 67K, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 140K. Di samping itu, data ISM Non-Manufacturing juga memberi bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan dengan bacaan sebanyak 53.9 berbanding dengan ramalan pasaran sebanyak 54.5. Oleh itu, keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi di Amerika Syarikat makin merosot dan menyebabkan dolar terus ditekan. Selain itu, perkembangan yang sedang berterusan dalam perang perdagangan juga menyebabkan para pelabur tidak dapat memperoleh semula keyakinan mereka kerana Wilbur Ross baru-baru ini menyatakan bahawa jika tidak ada perjanjian atau kemajuan yang ketara dalam perbincangan sebelum 15 Disember, tarif terhadap import China, termasuk telefon bimbit, komputer riba dan mainan akan berkuat kuasa. Indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.14% kepada 97.52 pada masa penulisan. Sebaliknya, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.09% kepada 1.3108 pada masa penulisan berikutan dengan peningkatan dalam jangkaan kemenangan pilihan raya. Menurut kepada pelbagai tinjauan pendapat, kebanyakan keputusan tersebut telah meletakkan parti Tories oleh Boris Johnson di hadapan Parti Buruh sayap kiri dengan margin antara 9 dan 12 mata secara konsisten dan ini meningkatkan harapan bahawa pilihan raya pada 12 Disember akan mengembalikan Parti Konservatif kepada kuasa dengan majoriti yang kukuh. Oleh itu, berita ini mencetuskan permintaan besar untuk paun sterling.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.17% kepada $58.42 setong pada masa penulisan berikutan dengan penurunan dalam stok minyak. Berdasarkan dengan data yang terkini oleh EIA, inventori minyak A.S. telah jatuh sebanyak 4.9 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 29 November, berbanding jangkaan penurunan sebanyak 1.73 juta tong. Data ini telah memberikan pengesahan lanjut dalam penurunan bekalan selepas keluaran data baru-baru ini dari API, justerunya ia telah meningkatkan permintaan terhadap komoditi hitam. Seterusnya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.05% kepada $1475.43 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah sentimen risiko yang kembali selepas U.S. menegaskan China untuk bercakap semula walaupun Presiden Donald Trump menyatakan bahawa perjanjian fasa pertama adalah tidak mungkin sehingga selepas 2020 baru-baru ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A


Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
23.00 CAD – Ivey PMI (Nov) 48.2 53.8

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 97.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 98.20.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.90

Tahap sokongan: 97.55, 96.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan1.3110. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.2970.

 

Tahap rintangan: 1.3110, 1.3195

Tahap sokongan: 1.2970, 1.2820

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1080. Namun, MACD yang memapakan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.0990.

 

Tahap rintangan: 1.1080, 1.1170

Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 108.65. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.05

 

Tahap rintangan: 109.05, 109.40

Tahap sokongan: 108.65, 108.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6825. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek kembali ke tahap sokongan 0.6825.

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6825, 0.6770

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6500. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6585.

 

Tahap rintangan: 0.6585, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6500, 0.6435

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3185. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3185, 1.3125

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9845. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9915.

 

Tahap rintangan: 0.9915, 0.9980

Tahap sokongan: 0.9845, 0.9800

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 58.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 57.50.

 

Tahap rintangan: 58.55, 59.40

Tahap sokongan: 57.50, 56.30

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran kembali ke bawah tahap rintangan 1477.90. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1463.70.

 

Tahap rintangan: 1477.90, 1497.00

Tahap sokongan: 1463.70, 1450.75