83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Disember 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS susut sebelum pembebasan laporan NFP.

Dolar AS telah meneruskan kerugiannya pada semalam susulan dengan data ekonomi yang suram serta permintaan yang tinggi bagi mata wang utama yang lain. Indeks dolar menurun sebanyak 0.27% ke 97.30. Untuk tempoh kebelakangkan ini, data ekonomi utama seperti ISM Manufacturing dan Non-Manufacturing PMI memaparkan risiko kemelesetan sekiranya trend pengecutan dilanjutkan pada masa depan. Sentimen pasaran untuk setakat ini telah bertukar kepada suram oleh kerana kebanyakan para pelabur menjangka bacaan Nonfarm Payrolls bagi bulan lepas untuk tersasar daripada ramalan ekonomis. Sentimen tersebut telah tercetus selepas bacaan ADP bagi sektor swasta memaparkan penjanaan pekerjaan yang rendah untuk bulan November. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar AS adalah terhad selepas Initial Jobless Claims memberi bacaan sebanyak 203,000 individual, lebih rendah daripada ramalan iaitu 215,000 individual. Sementara itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.03% ke 1.3159 semasa sesi Asia. Para pelabur memberi sentimen optimis terhadap kemenangan parti Konservatif di dalam pilihanraya yang akan datang untuk meraih kemenangan majoriti di dalam parlimen. Kemenangan tersebut akan mengurangkan risiko Brexit yang telah berlegar lebih daripada 3 tahun dan membantu proses Brexit untuk berjalan secara lancar.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang secara rata berdekatan $58.28 setong. Harga minyak kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu keputusan OPEC yang bakal diumumkan pada hari ini. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,474.06 se troy auns akibat daripada dolar yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Nov) 0.2% 0.3%
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Nov) 128K 186K
21:30 USD – Unemployment Rate (Nov) 3.6% 3.6%
21:30 CAD – Employment Change (Nov) -1.8K 10.0K
23:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Dec) 96.8 97.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 97.35. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 97.15.

 

Tahap rintangan: 97.35, 97.60

Tahap sokongan: 97.15, 96.95

 

GBPUSD, Weekly: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 1.3130. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1.3130.

 

Tahap rintangan: 1.3130, 1.3390

Tahap sokongan: 1.2870, 1.2540

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1.1075. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.1115.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1145

Tahap sokongan: 1.1085, 1.1050

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 108.90. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 108.90, 109.35

Tahap sokongan: 108.50, 107.90

 

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 0.6840, 0.6860

Tahap sokongan: 0.6820, 0.6800

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6550. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6550, 0.6570

Tahap sokongan: 0.6510, 0.6445

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3170. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3280

Tahap sokongan: 1.3170, 1.3145

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 0.9885. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9885, 0.9920

Tahap sokongan: 0.9850, 0.9810

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 58.55, 59.60

Tahap sokongan: 58.00, 57.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rata berhampiran dengan 1472.00. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1472.00.

 

Tahap rintangan: 1483.60, 1494.00

Tahap sokongan: 1472.00, 1453.00