83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

7 Oktober 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar berlegar susulan dengan data bercampur.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap enam mata wang utama kekal didagang berhampiran 98.50 berikutan dengan data ekonomi bercampur yang telah diumumkan pada Jumaat lepas. Menurut Biro Statistik Buruh, data AS Nonfarm Payrolls dibebaskan pada bacaan sebanyak 136K, lebih rendah daripada ramalan ekonomi dan bacaan sebelumnya iaitu 136K dan 168K masing-masing sementara menunjukkan pasaran buruh Amerika Syarikat telah melemah. Walau bagaimanapun, momentum bearish daripada data NFP yang rendah dibatasi oleh kadar pengangguran yang optimistik di Amerika Syarikat di mana data ini menunjukkan bacaan sebanyak 3.5%, tersasar unjuran ekonomi dan bacaan terdahulu pada 3.7%. Penurunan kadar pengangguran AS yang ketara telah mencatatkan paras terendah dalam tempoh 50 tahun sementara ia mengurangkan kebimbangan para pelabur mengenai kemungkinan kemelesetan yang disebabkan oleh perang perdagangan antara AS dan China. Data ini juga menunjukkan ekonomi AS berada di tengah-tengah tahap pemulihan. Sebaliknya, pasangan mata wang USD/CAD meningkat berikutan dengan data Kanada Ivey PMI pesimis telah mencetuskan momentum bearish dan terus menimbang pada mata wang Kanada. Menurut data tersebut, Kanada Ivey PMI dibebaskan pada bacaan sebanyak 48.7, lebih rendah daripada bacaan bulan lepas pada 60.6. Kadar aktiviti ekonomi di Kanada telah menurun dengan ketara yang berkemungkinan disebabkan oleh  kejatuhan harga minyak mentah baru-baru ini kerana Kanada adalah negara yang sangat bergantung pada eksport minyak mentah. Sebagai penulisan, indeks dolar menurun 0.01% ke 98.45 dan pasangan USD/CAD menaik 0.03% kepada 1.3320.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun 0.64% ke $ 52.60 setong susulan dengan ketakutan pelabur terhadap kelembapan pertumbuhan global sambil memberikan tumpuan mereka kepada perkembangan perbincangan perdagangan AS dan China yang mana akan diadakan pada akhir minggu ini. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.20% ke $ 1507.80 setroy auns akibat daripada penurunan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    CNY                                        China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

01:00                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks

(8th October)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 98.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.75, 99.20

Tahap sokongan: 98.35, 97.70

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2390. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.2235.

 

Tahap rintangan: 1.2390, 1.2500

Tahap sokongan: 1.2235, 1.2075

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.0965. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan terkini 1.0965.

 

Tahap rintangan: 1.1020, 1.1070

Tahap sokongan: 1.0965, 1.0915

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 107.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.00, 107.55

Tahap sokongan: 106.45, 105.80

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengna lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6745. MACD yang memaparkan isyarat momentum buliish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6805, 0.6850

Tahap sokongan: 0.6745, 0.6690

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6325. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6270.

 

Tahap rintangan: 0.6325, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6270, 0.6235

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3300. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3365, 1.3425

Tahap sokongan: 1.3300, 1.3235

 


USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9940. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.0005.

 

Tahap rintangan: 1.0005, 1.0095

Tahap sokongan: 0.9940, 0.9855

 

 


CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 53.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 50.50.

 

Tahap rintangan: 53.00, 55.30

Tahap sokongan: 50.50, 48.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 1513.35.Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1487.35.

 

Tahap rintangan: 1513.35, 1535.10

Tahap sokongan: 1487.35, 1452.15