83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Oktober 2019                  Analisis Sesi Pagi

 

Mampukah AS dan China menyelesaikan masalah perdagangan?

Dolar AS telah meningkat berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Isnin sementara para pelabur memantau keputusan dari rundingan perdagangan AS-China. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.17% ke 98.62 semasa sesi Asia. Secara keseluruhannya, para pelabur tidak melaksanakan perdagangan yang besar semenjak semalam sementara rundingan berperingkat tinggi bermula di Washington. Beberapa topik yang telah dikemukakan untuk rundingan termasuk pemindahan teknologi secara terpaksa, hak harta intelek dan halangan bukan tarif. Namun, keuntungan pada dolar adalah terhad selepas terdapatnya spekulasi bahawa Beijing tidak akan bersetuju dengan syarat dari Washington. Beberapa para penganalisis menegaskan bahawa dengan adanya risiko pemecatan ke atas Presiden Donald Trump, Beijing berkemungkinan untuk tidak membuat sebarang komitmen berjangka panjang untuk tempoh masa yang terdekat ini. Sementara itu, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.025 ke 1.0971. Euro menerima tekanan bearish selepas Pesanan Kilang Jerman mengecut sebanyak -0.6%, tersasar daripada ramalan iaitu -0.3%. Data tersebut telah meningkatkan spekulasi terhadap Bank Pusat Eropah untuk meneruskan kelonggaran dasar bagi menyokong ekonomi zon EU.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.17% ke $52.89 setong. Harga minyak berjaya untuk melantun dari paras rendah selepas AS mengumumkan keputusan mereka untuk tidak melindungi pasukan Kurdish di Syria. Ini boleh mencetuskan risiko geopolitik dan pertempuran di Timur Tengah boleh membawa kepada kemungkinan penyusutan pembekalan minyak. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.06% ke $1,492.25 se troy auns susulan dengan pemulihan sentimen pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

01:50 (9th)             USD                       Fed Chair Powell Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – PPI (MoM) (Sep) 0.1% 0.1%
04:30

(9hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -5.290M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 98.65. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 98.65.

 

Tahap rintangan: 98.65, 99.00

Tahap sokongan: 98.40, 98.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2275. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.2275.

 

Tahap rintangan: 1.2325, 1.2400

Tahap sokongan: 1.2275, 1.2170

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.0965. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.0965.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1070

Tahap sokongan: 1.0965, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 107.05. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 107.40.

 

Tahap rintangan: 107.40, 108.10

Tahap sokongan: 107.05, 106.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6745. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6705.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6800

Tahap sokongan: 0.6705, 0.6670

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6310, 0.6360

Tahap sokongan: 0.6250, 0.6215

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3340

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3255

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9925. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 53.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap di 53.00.

 

Tahap rintangan: 53.00, 54.45

Tahap sokongan: 51.60, 50.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1484.05.

 

Tahap rintangan: 1511.00, 1532.40

Tahap sokongan: 1484.05, 1440.00