83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Disember 2019                                Analisis Sesi Pagi

Dolar melantun susulan dengan data pekerjaan AS yang positif

Indeks dolar melantun selepas lima hari berturut-turut kerugian pada Jumaat yang lalu selepas data pekerjaan yang positif dibebaskan. Menurut daripada Bureau of Labor Statistics, Data A.S. Nonfarm Payrolls memberi bacaan sebanyak 266k, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 186k. Tambahan pula, Kadar Pengangguran A.S. menyusut ke bacaan sebanyak 3.5%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 3.6%. Kedua-dua data tersebut lebih baik daripada jangkaan, yang selanjutnya merangsang keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat dan menyokong jangkaan pasaran terhadap Federal Reserve untuk mengekalkan kadar faedah semasa mesyuarat dasar monetari pada 12hb Disember 2019. Sebaliknya dolar Kanada mencatat kerugiannya selepas data yang suram dibebaskan pada hari Jumaat yang lepas. Menurut daripada Statistik Kanada, Data Kanada Employment Change memberi bacaan sebanyak -71.2k, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 10.0k. Semasa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.01% ke 97.59 manakala USD/CAD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.01% ke 1.3256.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak pada hari Jumaat yang lalu selepas OPEC dan sekutunya bersetuju untuk meningkatkan pemotongan bekalan minyak mentah sebanyak 500,000 tong sehari pada awal tahun 2020. Tambahan pula, Menteri Tenaga Saudara Putera Abdulaziz bin Salman menegaskan bahawa kerajaan Saudi Arabia, pengeksport minyak terbesar di dunia dan pemimpin defacto OPEC akan melanjutkan pemotongan minyak mentah sebanyak 400,000 tong sehari. Selain itu, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya selepas IPO Saudi Aramco berharga sahamnya pada hari Khamis yang lalu lebih baik daripada jangkaan pasaran. Sebaliknya, harga emas menyusut susulan dengan data pekerjaan yang positif dari rantau Amerika Syarikat. Semasa penulisan, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.17% ke $59.01 se tong manakala harga emas mencatat kerugiannya sebanyak 0.03% ke $1458.95 se troy auns.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 CHF – Unemployment Rate n.s.a (Nov) 2.3% 2.3%
21:30 German Trade Balance (Oct) 19.2B 19.0B
21:30 CAD – Housing Permits (MoM) (Oct) -6.5% 3.0%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullihs mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.75, 97.95

Tahap sokongan: 97.55, 97.30

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3160. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3160, 1.3320

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2765

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan 1.1080. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1010.

 

Tahap rintangan: 1.1080, 1.1165

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0955

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 108.65. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.45.

 

Tahap rintangan: 108.65, 108.85

Tahap sokongan: 108.45, 108.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6825. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6850, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6825, 0.6795

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6505. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6595, 0.6680

Tahap sokongan: 0.6505, 0.6425

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3265. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3265, 1.3325

Tahap sokongan: 1.3210, 1.3160

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9900. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9900, 0.9945

Tahap sokongan: 0.9850, 0.9805

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 59.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 59.50, 60.80

Tahap sokongan: 58.20, 56.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1459.05. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1464.75.

 

Tahap rintangan: 1464.75, 1471.35

Tahap sokongan: 1459.05, 1451.70