83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Oktober 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Keyakinan terhadap rundingan AS-China makin susut.

Dolar AS susut berbanding dengan mata wang utama yang lain pada semalam sementara para pelabur memantau rundingan perdagangan berperingkat tinggi dan pembebasan minit mesyuarat dari Bank Pusat AS (Fed). Menurut kepada South China Morning Post, AS dan China gagal untuk membuat sebarang kemajuan mengenai isu perdagangan semasa mesyuarat peringkat pegawai untuk dua hari yang lepas. Delegasi China enggan berbincang mengenai isu pemindahan teknologi terpaksa, salah satu agenda rundingan perdagangan utama dari AS. Selain itu, China juga menyatakan kekecewaan mereka terhadap pengumuman AS untuk menyenaraihitamkan syarikat China pada hari Isnin yang lepas sambil menyatakan pesimisme mereka terhadap kejayaan untuk mencapai konsensus semasa rundingan perdagangan di dalam minggu ini. Sementara itu, pembebasan minit mesyuarat Fed telah memaparkan nada bearish di dalam kalangan ahli penggubal dasarnya. Fed masih menjangkakan risiko untuk mengelilingi ekonomi AS walaupun ia adalah masih jauh dari aspek kemelesetan. Walaubagaimanapun, beberapa ahli Fed menyokong untuk mengekalkan kadar faedah semasa dan mereka percaya bahawa unjuran ekonomi tidak berubah terlalu banyak untuk setakat ini. Sebaliknya, pound sterling masih tertakluk kepada tekanan bearish selepas rundingan Brexit diantara UK dan EU terhenti di dalam tempoh beberapa minggu sebelum tarikh akhir 31hb Oktober. Kedua-dua pihak gagal untuk mencapai konsensus mengenai isu persempadanan Ireland selepas EU mendesak kawalan sempadan tanpa pemeriksaan dan keahlian Ireland Utara di dalam kesatuan khas sehingga alternatif ditemui. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.02% ke 98.78 manakala EUR/USD meningkat sebanyak 0.14% ke 1.0984.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 1.37% ke $51.95 setong. Harga minyak mengalami kerugian yang ketara selepas China menegaskan pesimisme mereka terhadap pencapaian perjanjian perdagangan di dalam minggu ini. Kegagalan dalam pencapaian perjanjian boleh mendorong kepada penyusutan momentum ekonomi global dan sekali gus mengakibatkan penurunan pada permintaan minyak bagi jangka panjang. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.55% ke $1,513.75 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

17:20                     GBP                        BoE Gov Carney Speaks

19:00                     CrudeOIL                OPEC Monthly Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – GDP (QoQ) 0.0% 0.1%
16:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) 0.35 0.1%
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Sep) 0.3% 0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 219K 215K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 99.00, 99.20

Tahap sokongan: 98.65, 98.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara rata berhampiran 1.2170. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2275, 1.2325

Tahap sokongan: 1.2170, 1.2085

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1070

Tahap sokongan: 1.0960, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.60, 108.10

Tahap sokongan: 107.05, 106.55

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6705. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6745, 0.6800

Tahap sokongan: 0.6705, 0.6670

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6310. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6250.

 

Tahap rintangan: 0.6310, 0.6360

Tahap sokongan: 0.6250, 0.6215

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 1.3340. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3375.

 

Tahap rintangan: 1.3375, 1.3420

Tahap sokongan: 1.3340, 1.3315

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9925. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan 0.9925.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 53.00, 54.45

Tahap sokongan: 51.60, 50.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia ditutup di atas 1511.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1532.40, 1550.70

Tahap sokongan: 1511.00, 1484.05