83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Disember 2019                             Analisis Sesi Pagi

 

Mampukah AS dan China mencapai konsensus?

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah pada semalam berlatarbelakangkan ketidaktentuan AS dan China dalam mencapai perjanjian perdagangan separa sebelum tarikh akhirnya pada minggu ini. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.05% ke 97.56 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Seawalnya, China memberi komen bahawa mereka ingin mencapai perjanjian dengan secepat yang mungkin sebelum 15hb Disember di mana AS akan mengenakan tarif ke atas $156 bilion barangan import dari China. Perjanjian perdagangan fasa pertama telah ditangguhkan selepas Washington dan Beijing enggan bersetuju dengan permintaan diantara satu sama lain. Terdahulu, Beijing meminta Washington untuk memansuhkan tarif yang dikenakan ke atas China. Sementara itu, Washington meminta China untuk membeli sejumlah barangan pertanian daripada AS. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada rundingan diantara AS dan China bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut. Sementara itu, pasangan EUR/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 1.1064 berikutan dengan data ekonomi yang bullish dari semalam. Untuk bulan Oktober, Trade Balance di Jerman telah memberi bacaan sebanyak 20.6 bilion, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 19.0 bilion.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.01% ke $58.87 setong. Harga minyak mengalai sedikit penurunan sementara para pelabur khuatir akan kemampuan AS dan China dalam mencapai perjanjian dan ini boleh menjejaskan perkembangan ekonomi global serta permintaan terhadap komoditi tersebut. Selain itu, harga emas didagang secara rata berdekatan $1,461.80 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari rundingan perdagangan AS dan China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – GDP (QoQ) (Q3) 0.3% -0.2%
17:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct) -0.4% 0.1%
18:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Dec) -2.1 1.1

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas pemecahan di 97.60.

 

Tahap rintangan: 97.60, 97.80

Tahap sokongan: 97.35, 97.15

 

GBPUSD, Weekly: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3165. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selepas pemecahan dari tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3165, 1.3450

Tahap sokongan: 1.2880, 1.2530

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1085, 1.1115

Tahap sokongan: 1.1050, 1.1010

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 108.90, 109.35

Tahap sokongan: 108.50, 107.90

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah tahap sokongan 0.6820. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6810.

 

Tahap rintangan: 0.6820, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6800

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6540. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6570, 0.6615

Tahap sokongan: 0.6540, 0.6510

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan tersebut. MACD yang memaparkan peningkatan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3280, 1.3310

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3170

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah 0.9890. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9850.

 

Tahap rintangan: 0.9890, 0.9920

Tahap sokongan: 0.9850, 0.9810

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 59.60, 60.20

Tahap sokongan: 58.55, 58.00

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1472.00, 1483.60

Tahap sokongan: 1453.00, 1442.90