83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Oktober 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Inflasi makin susut, pemotongan kadar bakal berlaku?

Dolar AS telah meneruskan kerugiannya pada semalam selepas data harga pengguna yang bearish dari AS mencetuskan kemungkinan yang lebih tinggi untuk berlakunya pemotongan kadar faedah dari Bank Pusat AS (Fed). Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.43% ke 98.36. Menurut kepada Labor Department, Core Consumer Price Index bagi bulan September memberi bacaan sebanyak 0.1%, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 0.2%. Penyusutan pada data ini adalah berpunca dari penurunan penjualan kenderaan terpakai. Trend menurun pada data ini boleh meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar faedah dari Fed seawal-awalnya pada mesyuarat polisi yang dijadualkan pada 29 – 30 Oktober. Namun, kerugian pada dolar AS adalah masih terhad selepas Initial Jobless Claims bagi minggu lepas memberi bacaan sebanyak 210,000, lebih baik daripada ramalan iaitu 215,000. Sementara itu, pound sterling melonjak selepas Perdana Menteri UK dan Ireland membebaskan kenyataan bahawa mereka berkemungkinan untuk mencapai perjanjian Brexit dengan EU. Walaupun tiada butiran yang lebih lanjut dibebaskan, berita tersebut telah mencetuskan spekulasi bahawa UK bakal mengelak dari berlakunya Brexit keras dengan EU. Semasa penulisan, GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.2434.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.13% ke $53.98 setong. Harga minyak menerima momentum bullish selepas sekatan AS ke atas beberapa syarikat penghantaran China mengakibatkan gangguan pada penghantaran minyak global. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.01% ke $1,493.41 se troy auns berikutan dengan penyusutan risiko Brexit di UK.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 CrudeOIL                OPEC Meeting

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Sep) -0.5% -0.1%
20:30 CAD – Employment Change (Sep) 81.1K 10.0K
20:30 CAD – Unemployment Rate (Sep) 5.7% 5.7%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct) 93.2 92.0
01:00

(12hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 710

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 98.30. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selepas pemecahan berlaku di 98.30.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65

Tahap sokongan: 98.30, 98.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2515, 1.2600

Tahap sokongan: 1.2400, 1.2325

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1070

Tahap sokongan: 1.0960, 1.0930

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 107.60. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 108.10.

 

Tahap rintangan: 108.10, 108.45

Tahap sokongan: 107.60, 107.05

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6800, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6745, 0.6705

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6310. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 0.6360.

 

Tahap rintangan: 0.6360, 0.6435

Tahap sokongan: 0.6310, 0.6250

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 1.3315. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun dan menuju ke arah 1.3280.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3340

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3255

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di 0.9970. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 0.9970.

 

Tahap rintangan: 0.9970, 1.0010

Tahap sokongan: 0.9925, 0.9865

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 54.45.

 

Tahap rintangan: 54.45, 55.55

Tahap sokongan: 53.00, 51.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1484.05.

 

Tahap rintangan: 1511.00, 1532.40

Tahap sokongan: 1484.05, 1460.00