83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Oktober 2019                                Analisis Sesi Petang

Yen Jepun susut, isu perdagangan bakal selesai?

Yen Jepun telah didagang dengan lebih rendah semasa berbanding dengan dolar AS pada sesi awal berikutan dengan harapan optimistik terhadap A.S China dan isu Brexit. Menurut kepada laporan terkini, A.S dan China telah menamatkan perbincangan untuk hari pertama perbincangan dengan lancar dan kumpulan perniagaan menegaskan bahawa rundingan yang optimistik diantara kedua-dua pihak telah mengurangkan ketegangan perdagangan. Sentimen positif tersebut memberi jangkaan bagi A.S berkemungkinan untuk menangguhkan kenaikan tarif yang dijadualkan untuk minggu depan. Presiden AS Donald Trump juga menegaskan bahawa pasukannya telah menjalankan “rundingan yang sangat baik dengan China,” dan mengulangi perancangannya untuk bertemu dengan Timbalan Premier Liu He di White House pada hari Jumaat. Sentimen positif tersebut telah meningkatkan keyakinan para pelabur, yang selanjutnya mendorong mereka untuk mengalihkan pelaburan mereka dari pasaran selamat seperti Yen Jepun kepada aset berisiko. Pada masa yang sama, prospek positif terhadap isu Brexit juga semakin mengurangkan permintaan terhadap aset selamat. Semasa penulisan, USD/JPY telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.08% ke 107.93 sementara indeks dolar menyusut sebanyak 0.05% ke 98.30.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentak telah meningkat sebanyak 0.09% ke $53.75 se tong selepas perbincangan pemotongan bekalan OPEC dijalankan. Menurut kepada laporan terkini, OPEC telah mengekalkan unjurannya untuk permintaan minyak global tahun depan. Setiausaha Agung OPEC menegaskan bahawa “OPEC akan mengambil keputusan yang bersesuaian, kuat dan positif untuk mengekalkan kestabilan harga dan kuantiti minyak mentah pada tahun 2020.” Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.15% ke $1495.50 pada masa penulisan berikutan dolar yang kukuh dirangsang oleh prospek optimisme terhadap resolusi perang perdagangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 CrudeOIL                               OPEC Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Sep) -0.5% -0.1%
20:30 CAD – Employment Change (Sep) 81.1K 10.0K
20:30 CAD – Unemployment Rate (Sep) 5.7% 5.7%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct) 93.2 92.0
01:00

(12hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 710

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 98.40. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 98.15.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.60

Tahap sokongan: 98.15, 97.95

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2385. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2520.

 

Tahap rintangan: 1.2520, 1.2575

Tahap sokongan: 1.2385, 1.2285

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.1020. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1020, 1.1050

Tahap sokongan: 1.0990, 1.0965

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rintangan terdahulu 107.85. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.05.

 

Tahap rintangan: 108.05, 108.30

Tahap sokongan: 107.85, 107.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6765. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6795.

 

Tahap rintangan: 0.6795, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6765, 0.6740

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6330. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 0.6295.

 

Tahap rintangan: 0.6330, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6295, 0.6280

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3265. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3295.

 

Tahap rintangan: 1.3295, 1.3335

Tahap sokongan: 1.3265, 1.3245

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9955. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9980.

 

Tahap rintangan: 0.9980, 1.0005

Tahap sokongan: 0.9955, 0.9935

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 53.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 54.40.

 

Tahap rintangan: 54.40, 55.75

Tahap sokongan: 53.45, 52.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1489.95. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1508.35.

 

Tahap rintangan: 1508.35, 1519.95

Tahap sokongan: 1489.94, 1479.85