83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

14 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Pasaran masih tidak yakin akan konsesi Trump.

Yen Jepun masih menerima permintaan yang tinggi di dalam pasaran kewangan selepas para pelabur kurang yakin akan tindakan Presiden AS Donald Trump untuk menangguhkan tarif tambahan ke atas beberapa barangan import dari China. Pada semalam, Washington mengumumkan untuk mengenakan tarif ke atas beberapa kategori barangan China sehingga ke 15hb Disember. Namun, beberapa kategori barangan yang lain seperti pertanian, antik, pakaian, perkakasan dapur dan kasut bakal dikenakan tarif pada 1hb September. Konsesi sementara ini gagal untuk meningkatkan optimisme pasaran oleh kerana ia masih tidak membekalkan resolusi yang kukuh untuk menyelesaikan perang perdagangan diantara AS dan China. Ia juga akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global sekiranya berlarutan. Selain itu, perselisihan diantara penunjuk perasaan dengan polis di Hong Kong serta masalah Brexit di UK masih memberikan sokongan bullish kepada Yen Jepun. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.36% ke 106.35. Sementara itu, AUD/USD mencatat kerugian sebanyak 0.10% ke 0.6794 semasa sesi Asia. Dolar Australia telah menerima momentum bearish selepas data Retail Sales dan Industrial Production dari China bagi bulan Julai memberikan bacaan di bawah jangkaan ekonomis dan bacaan terdahulu. Data tersebut telah meningkatkan kekhuatiran bahawa momentum ekonomi di negara tersebut makin merosot.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.55% ke $56.37 setong. Niaga hadapan minyak mentah telah dijual secara besar-besaran susulan dengan data yang bearish dari China. Ia telah meningkatkan kekhuatiran bahawa permintaan minyak dari negara tersebut akan menyusut bagi jangka panjang sekiranya momentum ekonomi makin bertambah buruk. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1,502.34 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara
N/A

 

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q2) 0.4% -0.1%
16:30 GBP – CPI (YoY) (Jul) 2.0% 1.9%
17:00 EUR – GDP (QoQ) (Q2) 0.2% 0.2%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 2.385M -2.775M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tingi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 97.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek balik ke arah tahap sokongan terkini 97.50.

 

Tahap rintangan: 97.90, 98.15

Tahap sokongan: 97.50, 97.15

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2100. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1955.

 

Tahap rintangan: 1.2100, 1.2245

Tahap sokongan: 1.1955, 1.1775

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1170. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1340

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1100

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap rintangan 106.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 106.05.

 

Tahap rintangan: 106.90, 107.80

Tahap sokongan: 106.05, 105.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6760. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6825.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6760, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6430. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6505.

 

Tahap rintangan: 0.6505, 0.6585

Tahap sokongan: 0.6430, 0.6375

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3230. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3290

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9755. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9755, 0.9800

Tahap sokongan: 0.9705, 0.9635

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 57.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 55.55.

 

Tahap rintangan: 57.45, 58.85

Tahap sokongan: 55.55, 53.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1495.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1515.55, 1535.00

Tahap sokongan: 1495.60, 1475.50