83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Ogos 2019                      Analisis Sesi Pagi

 

Trump menyalahkan Bank Pusat AS sekali lagi?

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut di tengah-tengah komen yang agresif daripada Presiden AS Donald Trump terhadap Bank Pusat AS (Fed) yang menyebabkan para pelabur untuk menjual dolar. Pada hari Rabu, Trump telah menegaskan bahawa dasar kewangan Fed yang terlalu agresif telah menyebabkan kemelesetan pasaran di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan diantara AS dan China. Pada tahun lepas, Fed telah menaikan kadar faedah mereka sebanyak empat kali dari 1.50% ke 2.50%. Trump menuduh bahawa tindakan tersebut adalah terlalu gesa dan untuk setakat ini, ia terlalu lambat untuk melaraskan kembali dasar kewangan AS. Sebaliknya, Fed yang bertindak sebagai badan yang bebas daripada kerajaan telah menunjukkan sikap keterbukaannya terhadap pemotongan kadar yang selanjutnya bergantung kepada status inflasi AS dan berdasarkan kepada data ekonomi AS. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.02% ke 97.75 semasa sesi dagangan awal Asia. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menokok sebanyak 0.02% ke 1.2060 selepas ia menjunam lebih daripada 0.40% pada malam semalam walaupun dengan pembebasan data CPI yang positif. Menurut kepada Office for National Statistics, CPI UK telah memberi bacaan sebanyak 2.1%, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 1.9% walaupun di tengah-tengah penyusutan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, pemimpin parti pembangkang Jeremy Corbyn telah menyediakan pelan yang baru untuk menentang kejadian Brexit tanpa perjanjian yang dicadangkan oleh PM UK. Selepas cadangan untuk mengadakan undian tanpa keyakinan, Corbyn juga berpelan untuk memenangi pilihan raya dan memanjangkan proses Artikel 50 bagi menangguhkan Brexit melepasi tarikh akhir 31hb Oktober.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.11% ke $54.95 setong selepas ia menjunam lebih daripada 5% pada malam semalam di tengah-tengah peningkatan stok minyak mentah AS. Menurut kepada laporan daripada EIA, inventori minyak mentah AS telah meningkat sebanyak 1.58 juta, tersasar dengan ramalan ekonomis untuk mengurang sebanyak 2.755 juta. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.01% ke $1516.55 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara
N/A

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Jul) 1.0% -0.2%
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Jul) 0.4% 0.4%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 209K 214K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug) 21.8 10.0
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Jul) 0.4% 0.3%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 97.55. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.20.

 

Tahap rintangan: 98.20, 98.60
Tahap sokongan: 97.55, 97.00

 

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara rata di bawah garisan MA-20 (hijau). Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.2125, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2000, 1.1880

 

 


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1185. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1115.

 

Tahap rintangan: 1.1185, 1.1245

Tahap sokongan: 1.1115, 1.1075

 

 

 


 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 106.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.05, 106.70
Tahap sokongan: 105.45, 105.00

 

 

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 0.6760. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6760, 0.6790
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6675

 

 

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6430. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun kembali ke arah tahap rintangan 0.6470.

 

Tahap rintangan: 0.6470, 0.6500
Tahap sokongan: 0.6430, 0.6395

 

 


 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.3305. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3370, 1.3435
Tahap sokongan: 1.3305, 1.3240

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah garisan MA-20.

 

Tahap rintangan: 0.9750, 0.9805
Tahap sokongan: 0.9705, 0.9640

 

 


 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan garisan MA-20 (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 55.75, 57.95
Tahap sokongan: 54.00, 52.45

 

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1512.30. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1532.05.

 

Tahap rintangan: 1532.05, 1548.05
Tahap sokongan: 1512.30, 1492.10