83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

16 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

NZD susut selepas aktiviti bisnes mengecut.

Dolar New Zealand menerima tekanan bearish susulan dengan pembebasan data ekonomi dari rantau tersebut. Untuk bulan Julai, Business NZ Purchasing Manager Indeks telah menyusut ke paras pengecutan sebanyak 48.2, lebih rendah berbanding dengan ramalan ekonomis iaitu 51.8. Data tersebut adalah sejajar dengan bias kemelesetan di seluruh dunia dan ia memberikan sentimen bearish kepada para pelabur. Laporan ini telah dilepaskan selepas Gabenor Bank Pusat New Zealand Adrian Orr mengulas bahawa mereka akan memotong kadar faedah bagi membendung tekanan inflasi yang lemah. Oleh kerana jangkaan terhadap kelonggaran dasar adalah lebih tinggi, kebanyakan para pelabur telah mengalihkan portfolio mereka ke dalam aset selamat seperti Yen Jepun. Semasa penulisan, pasangan NZD/USD menurun sebanyak 0.24% ke 0.6431. Sementara itu, pasangan GBP/USD didagang secara rata berhampiran 1.2086. Permintaan bagi pound sterling adalah masih lemah berikutan dengan risiko Brexit keras tanpa perjanjian transisi dengan zon Eropah yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri UK Boris Johnson pada 31hb Oktober. Tindakan tersebut akan mencetuskan pergolakan ekonomi bagi tempoh masa yang pendek.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.62% ke $55.00 setong. Harga minyak telah menerima sokongan bullish berlatarbelakangkan data kukuh dari AS pada semalam yang menurunkan jangkaan terhadap kemelesetan ekonomi di AS. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.08% ke $1,522.03 se troy auns berikutan dengan lantunan pada dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:00                     CrudeOIL               OPEC Monthly Report 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Building Permits (Jul) 1.232M 1.270M
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Aug) 98.4 97.2
1:00

(17hb)

USD – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 764

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 97.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.50.

 

Tahap rintangan: 98.50, 99.20

Tahap sokongan: 97.90, 97.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2100. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1955.

 

Tahap rintangan: 1.2100, 1.2245

Tahap sokongan: 1.1955, 1.1775

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1100. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1170, 1.1275

Tahap sokongan: 1.1100, 1.1015

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 106.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 105.45.

 

Tahap rintangan: 106.25, 106.90

Tahap sokongan: 105.45, 104.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6760 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 0.6825.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6760, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6430. MACD yang memaparkan isyarat momentum signal mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6505.

 

Tahap rintangan: 0.6505, 0.6585

Tahap sokongan: 0.6430, 0.6375

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3290.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3380

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3230

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.9800. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9800.

 

Tahap rintangan: 0.9800, 0.9840

Tahap sokongan: 0.9755, 0.9705

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 55.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 55.55, 57.45

Tahap sokongan: 53.05, 50.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1515.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1535.00, 1555.75

Tahap sokongan: 1515.55, 1495.60