83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Dolar AS meningkat berlatarbelakangkan data optimis.

Dolar AS telah meneruskan kenaikannya berbanding dengan enam mata wang utama yang lain berlatarbelakangkan data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan. Bagi bulan Disember, Core Retail Sales yang mengecuali penjualan automobil telah meningkat sebanyak 0.7%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.5%. Data tersebut memaparkan perbelanjaan pengguna yang kukuh untuk bulan ketiga walaupun pertumbuhan pekerjaan bagi bulan lepas merosot. Ini adalah disebabkan oleh kadar simpanan yang lebih tinggi serta peningkatan harga rumah. Selain itu, Philadelphia Fed Manufacturing Index bagi bulan Januari memulih dengan lebih lanjut ke paras 17.0, lebih tinggi berbanding dengan ramalan ekonomis iaitu 3.8. Pemulihan yang ketara tersebut berpunca dari kadar pesanan baru dan penghantaran yang lebih tinggi bagi bulan ini. Kedua-dua data tersebut telah menjangkaui jangkaan para pelabur oleh kerana ekonomi AS masih kekal mampan walaupun ia diselubungi oleh risiko perang perdagangan diantara AS dan China. Dengan penyusutan risiko perdagangan selepas penandatangan perjanjian fasa pertama, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari AS untuk menilai momentum ekonominya. Sementara itu, Yen Jepun telah melanjutkan kerugiannya selepas permintaan bagi aset selamat tersebut merosot akibat daripada penandatangan perjanjian perdagangan fasa pertama. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 97.00 sementara USD/JPY menokok sebanyak 0.02% ke 110.17.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 0.02% ke $58.60 setong. Niaga hadapan minyak telah memangkas kerugiannya selepas perjanjian fasa pertama diantara AS dan China memangkin sentimen optimis terhadap pertumbuhan ekonomi global serta permintaan minyak mentah bagi masa depan. Selain itu, harga emas merosot sebanyak 0.03% ke $1,552.10 se troy auns berikutan dengan penyusutan permintaan bagi aset selamat selepas risiko pasaran menurun.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Dec) -0.6% 0.5%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Dec) 1.3% 1.3%
21:30 USD – Building Permits (Dec) 1.474M 1.468M
23:00 USD – JOLTs Job Openings (Nov) 7.267M 7.233M
02:00

(18hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 659

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.20, 97.60

Tahap sokongan: 96.80, 96.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan segi tiga menyempit. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.3135.

 

Tahap rintangan: 1.3135, 1.3200

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2925

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1145, 1.1180

Tahap sokongan: 1.1110, 1.1085

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 110.40.

 

Tahap rintangan: 110.40, 110.80

Tahap sokongan: 109.65, 109.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6885. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6930, 0.6955

Tahap sokongan: 0.6885, 0.6865

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan baru-baru ini. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6650, 0.6670

Tahap sokongan: 0.6630, 0.6615

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.3060. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3060, 1.3140

Tahap sokongan: 1.2960, 1.2890

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9670, 0.9730

Tahap sokongan: 0.9620, 0.9560

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 57.95. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 60.00, 61.70

Tahap sokongan: 57.95, 56.25

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1553.00, 1563.20

Tahap sokongan: 1541.20, 1523.40