83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Ogos 2019                      Analisis Sesi Pagi

 

Momentum ekonomi AS mula susut?

Dolar AS telah didagang dengan rata susulan dengan kekhuatiran terhadap kemelesetan ekonomi selepas lekuk hasil bon perbendaharaan AS menyongsang serta ditambah pula dengan data ekonomi yang suram pada hari Jumaat lepas. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.02% ke 98.00. Pada hari Jumaat yang lepas, dolar AS telah gagal untuk meneruskan kenaikannya berikutan dengan penyusutan momentum dari segi sentimen para pengguna. Menurut kepada University of Michigan, indeks sentimen pengguna telah menurun ke 92.1 bagi bulan Ogos, paras yang terendah semenjak Januari 2019. Penyusutan pada data tersebut telah dilepaskan selepas lekuk hasil menyongsang pada minggu lepas dan berdasarkan pengalaman, ia boleh meramal kemelesetan ekonomi bagi jangka masa yang terdekat. Selain itu, sentimen pasaran adalah masih suram berikutan dengan pelanjutan perang perdagangan diantara AS dan China selepas Presiden AS Donald Trump memberi isyarat bahawa beliau “masih tidak bersiap sedia untuk mencapai konsensus”. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada acara tahunan Bank Pusat AS di Jackson Hole di mana Pengerusi Jerome Powell akan menyampaikan ucapan beliau pada hari Jumaat ini. Sementara itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.07% ke 1.2157. Sterling telah meneruskan kenaikannya berlatarbelakangkan laporan pekerjaan yang optimis pada hari Khamis lepas.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.46% ke $55.14 setong. Harga minyak telah memangkas kerugiannya selepas laporan OPEC mendapati bahawa pengeluaran minyak mentah bagi bulan Julai telah menurun. Ini boleh membantu mengurangkan tekanan ke atas kelebihan stok global. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.23% ke $1,510.00 se troy auns berikutan dengan peningkatan permintaan bagi aset berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – CPI (YoY) (Jul) 1.1% 1.1%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 98.30, 99.00

Tahap sokongan: 97.80, 97.10

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2140. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 1.2180.

 

Tahap rintangan: 1.2180, 1.2220

Tahap sokongan: 1.2140, 1.2090

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang secara rata berhampiran dengan garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.1070.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1025

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 106.50. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 106.50.

 

Tahap rintangan: 106.50, 107.25

Tahap sokongan: 105.60, 105.10

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di paras atas saluran.

 

Tahap rintangan: 0.6830, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6675

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6420. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6440, 0.6465

Tahap sokongan: 0.6420, 0.6400

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan sasaran di 1.3290. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3255.

 

Tahap rintangan: 1.3290, 1.3305

Tahap sokongan: 1.3255, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9790. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.9790.

 

Tahap rintangan: 0.9820, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9790, 0.9745

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 55.55.

 

Tahap rintangan: 55.55, 57.30

Tahap sokongan: 54.45, 53.00

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1509.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk menurun selepas pemecahan berlaku di 1509.00.

 

Tahap rintangan: 1523.00, 1533.00

Tahap sokongan: 1509.00, 1495.00