83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Januari 2020                  Analisis Sesi Petang

 

Paun menjunam di tengah-tengah ketidakpastian Brexit.

Paun sterling menurun berbanding dengan mata wang negara utama lain kerana kebimbangan pasaran terhadap ketidakpastian Brexit berkemungkinan akan terus merosotkan pertumbuhan ekonomi rantau UK. Selepas undang-undang Brexit diluluskan di House of Common pada 9 Januari tanpa apa-apa pindaan, perjanjian Brexit kini akan bergerak ke peringkat seterusnya di mana Perdana Menteri UK Boris Johnson mesti mendapat kelulusan daripada Dewan Parliament di UK dengan majoriti undi. Dalam masa kurang dari dua minggu sehingga tarikh akhir Brexit, satu kajian menunjukkan bahawa hanya 47% orang yang menyokong untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, yang menunjukkan ketidakpastian yang tinggi di seluruh UK mengenai arah masa depan UK. Di samping itu, seorang ahli Parlimen Eropah yang bernama Billy Kelleher telah menegaskan bahawa dia akan menentang perjanjian Brexit Boris Johnson dengan tidak ragu-ragu di undian EU kerana perjanjian tersebut akan menghakis hak rakyat di Ireland Utara. Komen ini berkemungkinan mencetuskan ketidakpastian di Parlimen Eropah, yang berpotensi menyeret keseluruhan kemajuan undang-undang Brexit. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD jatuh 0.05% kepada 1.3000.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah naik 0.60% ke $59,15 setong kerana para pelabur percaya bahawa ketegangan yang meningkat di Afrika Utara akan mempengaruhi bekalan minyak mentah di masa depan. Walau bagaimanapun, kenaikan minyak mentah telah dihadkan selepas data Baker Hughes rig oil count melaporkan peningkatan jumlah minyak pelantar. Selain itu, harga emas naik 0.12% ke $1558.00 satu troy auns oleh kerana kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15.00 EUR – German PPI (MoM) (Dec) 0.0% 0.2%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 97.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bias bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 97.70.

 

Tahap rintangan: 97.70, 98.20

Tahap sokongan: 97.25, 96.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumya di 1.3035. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2965.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1110.

 

Tahap rintangan: 1.1110, 1.1160

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1035

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 110.20. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 109.65.

 

Tahap rintangan: 110.20, 110.55

Tahap sokongan: 109.65, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6880. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6925.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.6965

Tahap sokongan: 0.6880, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6620, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.3020. MACD yang memaparkan isyarat momentum bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3085.

 

Tahap rintangan: 1.3085, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan berlaku pada tahap rintangan sebelumnya di 0.9665. MACD dan pergerakan harga telah menunjukkan isyarat positive divergence dan ia mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.9690.

 

Tahap rintangan: 0.9690, 0.9725

Tahap sokongan: 0.9665, 0.9625

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 59.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 58.60.

 

Tahap rintangan: 59.70, 60.35

Tahap sokongan: 58.60, 57.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1561.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangakan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya seleaps ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1561.85, 1572.10

Tahap sokongan: 1551.10, 1538.45