83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Minit mesyuarat RBA memberi sokongan menaik bagi mata wang Aussie.

Mata wang Aussie telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pembebasan minit mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA) yang hawkish semasa mesyuarat dasar kewangan mereka. RBA telah mengekalkan kadar faedahnya pada paras 1.00% sambil menegaskan bahawa mereka adalah bersifat terbuka untuk melonggarkan selanjutnya dasar kewangan mereka bagi jangka masa yang akan datang. Walaupun pertumbuhan ekonomi Australia masih ditekan oleh ketegangan perang perdagangan diantara AS-China dan juga kemelesetan ekonomi global, namun sektor perumahan dan pasaran pekerjaan yang lebih kukuh boleh dijangka untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh bagi suku kedua tahun ini. Pada masa yang sama, komen daripada ahli Bank Pusat AS (Fed) Rosengren telah memberi sokongan selanjutnya bagi mata wang Aussie selepas beliau menyatakan bahawa Fed akan mengambil langkah pencegahan seperti kelonggaran dasar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi AS. Komen tersebut telah meningkatkan jangkaan pemotongan kadar di AS sebanyak 0.25% dari 82.3% ke 96.2% apabila merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool. Pasangan AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.26% ke 0.6780 sementara indeks dolar menyusut sebanyak 0.03% ke 98.15 semasa sesi dagangan Asia.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menokok sebanyak 0.07% ke $56.15 setong di tengah-tengah serangan Yemen ke atas medan minyak Arab Saudi yang telah meningkatkan jangkaan penjejasan pembekalan minyak bagi tempoh masa yang terdekat. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.06% ke $1496.50 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
04:30

(21hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -2.190M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 98.00.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65
Tahap sokongan: 98.00, 97.50

 

 

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. Namun, oleh kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pengesahan yang selanjutnya adalah diperlukan sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.2165, 1.2220
Tahap sokongan: 1.2085, 1.1980

 

 


 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1070. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1115.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1030

 

 


 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 106.70. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan 106.00.

 

Tahap rintangan: 106.70, 107.25
Tahap sokongan: 106.00, 105.60

 

 

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada paras tinggi saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada paras tinggi saluran menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865
Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

 

 

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6395. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6465.

 

Tahap rintangan: 0.6465, 0.6555
Tahap sokongan: 0.6395, 0.6330

 

 


 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3340. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3275.

 

Tahap rintangan: 1.3340, 1.3385
Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

 

 

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9780.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9780, 0.9755

 

 


 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan trend menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 56.80, 57.85
Tahap sokongan: 55.90, 54.65

 

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1490.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan 1490.00.

 

Tahap rintangan: 1507.10, 1526.60
Tahap sokongan: 1490.00, 1477.20