83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Januari 2020                  Analisis Sesi Tengah Hari

 

 

Sterling merosot susulan risiko Brexit.

Euro telah didagang dengan lebih rendah semasa sesi Asia berlatarbelakangkan data ekonomi yang suram dari rantau tersebut. Semasa penulisan, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.03% ke 1.1090. Menurut kepada Destatis, Germany Producer Price Index (PPI) bagi bulan Disember memberi bacaan sebanyak 0.1%, tersasar daripada ramalan iaitu 0.2%. Walaupun Bank Pusat Eropah (ECB) menegaskan bahawa EU mempunyai “petanda” pemulihan pada kadar inflasi, data baru-baru ini memaparkan bahawa pemulihannya adalah lebih lembap. Sementara itu, pasangan GBP/USD merosot sebanyak 0.07% ke 1.3000. Pound sterling telah menerima tekanan menurun selepas Menteri Kewangan UK Sajid Javid meluahkan pesimisme beliau terhadap rundingan Brexit sambil memberi isyarat bahawa bisnes di UK berkemungkinan untuk terjejas. Dari segi ekonomi, data yang telah dilepaskan baru-baru ini memaparkan isyarat yang bercampuran sebelum mesyuarat polisi Bank Pusat England pada akhir bulan ini. Dengan data Consumer Price Index dan Retail Sales yang memaparkan kelembapan, ia telah meningkatkan jangkaan para pelabur untuk berlakunya pemotongan kadar dari BoE.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.39% ke $58.61 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan menurun selepas OPEC mengumumkan bahawa mesyuarat yang akan datang bakal diadakan pada bulan Mac. Ini telah meningkatkan spekulasi di mana OPEC berkemungkinan untuk menghentikan pemotongan pembekalan tambahan semasa mesyuarat tersebut. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.27% ke $1,565.47 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17.30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Nov) 3.2% 3.1%
17.30 GBP – Claimant Count Change (Dec) 28.8K 22.6K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 97.25. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang  berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 97.25.

 

Tahap rintangan: 97.70, 98.20

Tahap sokongan: 97.25, 96.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi seleaps ia melantun daripada tahap sokongan di 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.3035.

 

Tahap rintangan: 1.3035, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1110.

 

Tahap rintangan: 1.1110, 1.1160

Tahap sokongan: 1.1075, 1.1035

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 110.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 109.65.

 

Tahap rintangan: 110.20, 110.55

Tahap sokongan: 109.65, 109.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6880. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6880, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6815

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6600. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6620.

 

Tahap rintangan: 0.6620, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata berhampiran garisan MA 20 (Merah) dan MA 50 (Biru). Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki ke pasaran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3085, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3025, 1.2960

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9690. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan di 0.9665.

 

Tahap rintangan: 0.9690, 0.9725

Tahap sokongan: 0.9665, 0.9625

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 58.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas lilinnya berjaya menutup di bawah tahap sokongan di 58.60.

 

Tahap rintangan: 59.70, 60.35

Tahap sokongan: 58.60, 57.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1561.85. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas tahap rintangan di 1561.85.

 

Tahap rintangan: 1561.85, 1572.10

Tahap sokongan: 1551.10, 1538.45