83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar kukuh berikutan dengan pembebasan minit mesyuarat.

Dolar AS yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah mengekalkan kekukuhannya pada paras 98.00 berikutan dengan pembebasan Minit Mesyuarat FOMC. Minit tersebut telah menunjukkan bahawa kebanyakan ahli penggubal dasar merujuk pemotongan kadar terkini sebagai tindakan pelarasan pertengahan kitaran terhadap risiko kelembapan ekonomi serta kebimbangan perang perdagangan dan bukannya permulaan siri pemotongan kadar yang agresif. Namun di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global yang makin meningkat, ahli-ahli FOMC telah bersetuju bahawa panduan dasar terkini dan program QE tidak mencukupi untuk membendung kemelesetan tersebut dan mengisyaratkan bahawa Fed masih bersikap terbuka terhadap pemotongan kadar yang selanjutnya. Di samping itu, Presiden AS Donald Trump telah mengkritik Pengerusi Fed Jerome Powell secara berterusan bahawa masalah yang dihadapi oleh AS kini bukannya mengenai perang perdagangan, namun adalah disebabkan oleh dasar kewangan Fed dan juga tindakan Powell yang tidak memotong kadar secara agresif. Para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada Simposium Jackson Hole pada Jumaat ini di mana Jerome Powell dijangka untuk memberi isyarat yang lebih lanjut terhadap panduan dasar kewangan mereka. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.04% ke 98.10 sementara pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.16% ke 106.43.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.29% ke $55.70 setong. Harga minyak pada awalnya telah menerima sokongan menaik berikutan dengan data inventori yang positif yang dilaporkan oleh pihak EIA. Namun, keuntungan minyak telah dihadkan oleh kebimbangan penyusutan ekonomi global yang menjejaskan permintaan terhadap minyak. Para pelabur kini sedang menunggu sentimen yang selanjutnya seperti perkembangan dalam perundingan perdagangan bagi memantau selanjutnya penggerakan harga minyak. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.04% ke $1501.70 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut daripada mesyuarat bank pusat global pada Jumaat ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                                        ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Aug) 43.2 43.0
20:30 USD – Initial Jobless Claims 220K 216K
21:45 USD – Services PMI (Aug) 53.0 52.9

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 98.00. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan indeks untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 98.40.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65

Tahap sokongan: 98.00, 97.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2165. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.2085.

 

Tahap rintangan: 1.2165, 1.2220

Tahap sokongan: 1.2085, 1.1980

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap paras tingginya. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1070.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155

Tahap sokongan: 1.1070, 1.1030

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan MA-60 (merah). MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada garisan MA-60 tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.70, 107.25

Tahap sokongan: 106.00, 105.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 0.6750. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 0.6395. MACD memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6330.

 

Tahap rintangan: 0.6395, 0.6465

Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3275. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3340.

 

Tahap rintangan: 1.3340, 1.3385

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 0.9840. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9890

Tahap sokongan: 0.9805, 0.9780

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 55.90. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 55.00.

 

Tahap rintangan: 55.90, 56.80

Tahap sokongan: 55.00, 54.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rata di atas tahap sokongan 1494.05. Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan tersebut adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 1508.25, 1526.60

Tahap sokongan: 1494.05, 1475.00