83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Komen Merkel meningkatkan kemungkinannya Brexit lembut.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah meningkat berikutan dengan komen hawkish daripada Presiden Fed di Philadelphia. Dalam sebuah temu duga dengan CNBC, Fed Harker telah menegaskan keengganan beliau mengenai pemotongan kadar yang selanjutnya serta menyatakan bahawa rangsangan lebihan tidak diperlukan kerana ekonomi AS masih kukuh. Komen tersebut telah mengurangkan jangkaan pasaran terhadap pemotongan kadar dari 100% ke 90% sebelum ini selepas beberapa ahli Fed mengubah pendirian mereka untuk tidak memotong kadar semasa mesyuarat dasar pada bulan September nanti. Walau bagaimanapun, pasaran masih akan menumpukan perhatian mereka kepada ucapan daripada Jerome Powell bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.15% ke 98.15 semasa sesi dagangan Asia. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.13% ke 1.2235 selepas ia mencecah paras tinggi 3 minggu akibat daripada komen yang optimis mengenai isu sempadan Ireland daripada Canselor Jerman Angela Merkel. Pada malam semalam, beliau telah menyatakan bahawa isu sempadan Ireland boleh diselesaikan sebelum tempoh Brexit pada 31hb Oktober serta menegaskan keinginan beliau untuk bertolak ansur dengan PM UK Boris Johnson. Berita tersebut telah meningkatkan jangkaan Brexit yang lembut semasa penggubal undang-undang UK berkemungkinan untuk meluluskan draf yang telah menyelesaikan isu sempadan Ireland.

 

Dari segi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.11% ke $55.30 setong di tengah-tengah jangkaan para pelabur terhadap kemungkinannya kekurangan bekalan di dalam pasaran minyak. Baru-baru ini, pemotongan bekalan oleh OPEC+ dan jangkaan penjejasan pembekalan di Iran dan Venezuela telah mengurangkan kebimbangan pasaran mengenai lebihan bekalan di dalam pasaran. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.26% ke $1494.00 se troy auns berikutan dengan komen hawkish oleh ahli Fed yang telah meningkatkan risiko para pelabur.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 USD                                        Jackson Hole Symposium

22.00                     USD                                        Fed Chair Powell Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) -0.3% -0.1%
22.00 USD – New Home Sales (Jul) 646K 649K
01:00 (24hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 770

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan daripada tahap sokongan 98.00. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 98.40.

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65

Tahap sokongan: 98.00, 97.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 1.2220. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2300, 1.2370

Tahap sokongan: 1.2220, 1.2165

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan 1.1070. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1030.

 

Tahap rintangan: 1.1070, 1.1115

Tahap sokongan: 1.1030, 1.0960

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 106.70. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan atau pengunduran dari tahap rintangan tersebut adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 106.70, 107.25

Tahap sokongan: 106.00, 105.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada paras bawah saluran tersebut berdekatan tahap sokongan 0.6750. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6395. MACD yang menunjukkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6395, 0.6465

Tahap sokongan: 0.6330, 0.6270

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan daripada garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang keemasan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3340.

 

Tahap rintangan: 1.3340, 1.3385

Tahap sokongan: 1.3275, 1.3220

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.9840. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9890.

 

Tahap rintangan: 0.9890, 0.9940

Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 55.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 55.90.

 

Tahap rintangan: 55.90, 56.80

Tahap sokongan: 55.00, 54.05

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1494.05. Namun, oleh kekurangan isyarat dan momentum daripada MACD, pemecahan atau lantunan daripada tahap sokongan tersebut adalah diperlukan bagi mendapatkan pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki ke dalam pasaran.

 

Tahap rintangan: 1508.25, 1526.60

Tahap sokongan: 1494.05, 1475.00