83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Ogos 2019                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menyusut susulan data PMI yang lemah, fokus pada Jackson Hole.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama utama telah memangkas sebahagian keuntungannya dan menurun berikutan pembebasan data PMI yang negatif. Menurut kepada Markit Economics, keadaan perniagaan di sektor perkilangan US telah menyusut ke 49.9, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis sebanyak 50.5. Pada masa yang sama, data Service PMI juga menyusut ke 50.9, lebih rendah berbanding dengan jangkaannya sebanyak 52.8. Penyusutan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap keadaan dan prospek ekonomi di AS. Selain itu, lantunan dalam hasil bon perbendaharaan 10-tahun dan 2-tahun pada pagi ini telah memberi tekanan selanjutnya kepada dolar. Untuk setakat ini, para pelabur sedang menunggu isyarat yang lebih lanjut daripada Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) dan Pengerusi bank pusat yang lain terhadap pendirian dasar kewangan mereka dan juga prospek ekonomi masing-masing semasa Simposium Jackson Hole pada hari ini. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% ke 97.98 semasa penulisan.

 

Dari segi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.04% kepada $ 55.38 setong semasa penulisan berikutan kebimbangan permintaan yang berterusan. Pasaran masih bimbang terhadap permintaan global bagi bahan bakar minyak petroleum untuk trak kuasa, kereta api, kapal terbang dan kapal yang masih diancam oleh perang perdagangan di antara A.S. dan China. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.10% ke $1496.51 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah penyusutan jangkaan terhadap pemotongan kadar oleh Fed yang menyebabkan para pelabur untuk menjual emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 USD                       Jackson Hole Symposium

22.00                     USD                      Fed Chair Powell Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) -0.3% -0.1%
22.00 USD – New Home Sales (Jul) 646K 649K
01:00 (24hb) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 770

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 97.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 98.50.

 

Tahap rintangan: 98.50, 99.20

Tahap sokongan: 97.90, 97.10

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.2245. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.2095.

 

Tahap rintangan: 1.2245, 1.2390

Tahap sokongan: 1.2095, 1.2015

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1100. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1015.

 

Tahap rintangan: 1.1100, 1.1170

Tahap sokongan: 1.1015, 1.0950

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 106.25. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 106.90.

 

Tahap rintangan: 106.90, 107.80

Tahap sokongan: 106.25, 105.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6750. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6750, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6375. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6430.

 

Tahap rintangan: 0.6430, 0.6505

Tahap sokongan: 0.6375, 0.6320

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.3290. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.3335.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3380

Tahap sokongan: 1.3290, 1.3230

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9840, 0.9895

Tahap sokongan: 0.9800, 0.9755

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 55.55. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 53.05.

 

Tahap rintangan: 55.55, 57.45

Tahap sokongan: 53.05, 50.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1495.60.. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1515.55, 1535.00

Tahap sokongan: 1495.60, 1475.50.