83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 September 2019                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 2  – 6

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 26 – 30

US Dollar

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah pada hari Jumaat yang lepas berikutan dengan data yang negatif dari rantau tersebut. Indeks dolar telah menutup niaganya di kadar 98.70 semasa penulisan.

 

Menurut kepada University of Michigan, Indeks Sentimen Pengguna bagi bulan Ogos telah memberi bacaan sebanyak 89.8, tersasar daripada ramalan iaitu 92.3. Ia adalah bacaan yang paling terendah semenjak Oktober 2016 akibat daripada ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Ketegangan yang makin meningkat berikutan dengan tarif dan sekatan bisnes telah menjejaskan sentimen pengguna dan ia bakal mendorong kepada perbelanjaan yang lebih rendah untuk tempoh masa yang terdekat sekiranya ia berlanjutan.

 

Namun, kerugian pada dolar AS adalah terhad selepas para pelabur membandingkan mata wang dolar kepada fundamental yang lain di dalam pasaran. Penampilan bagi dolar adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan pound sterling dan euro yang bakal berhadapan dengan senario “hard Brexit” yang boleh membawa kepada pergolakan ekonomi jangka pendek akibat daripada ketiadaan perjanjian perdagangan.

 

Selain itu, para pelabur juga sedang mencerna isyarat bullish dari salah satu ahli Bank Pusat AS pada minggu lepas. Menurut kepada Presiden Bank Pusat San Francisco Mary Daly, beliau mengulas bahawa mereka akan menunggu sambil memantau keadaan dari aspek dasar kewangan sementara ekonomi AS adalah masih mampan. Namun, Daly menegaskan bahawa ketidaktentuan pasaran yang masih berlanjutan boleh membawa kepada pemotongan kadar di dalam jangka pendek seperti mana yang telah dilaksanakan pada bulan lepas dengan potongan sebanyak 25 mata asas.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY masih didagang di dalam lingkungan yang ketat bagi minggu lepas sambil menutup pasaran Jumaat di 106.25. Walaupun ketegangan diantara AS dan China makin meningkat, para pelabur telah menghargai sentimen tersebut sementara menunggu isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran kewangan. Selain itu, mereka juga akan memberi tumpuan kepada data utama dari AS bagi melihat tempoh pemotongan kadar faedah yang seterusnya dari Bank Pusat AS.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD menjunam di bawah sasaran 1.10 untuk kali pertama semenjak Mei 2017 akibat daripada sentimen bearish terhadap mata wang tersebut. Pasangan ini telah menutup pasaran minggu lepas di 1.0989. Pada awal hari Jumaat, laporan mendapati bahawa EU Consumer Sentiment telah memberi bacaan hanya 0.9%, tersasar daripada ramalan iaitu 1%. Dengan prospek yang tinggi untuk mempunyai rangsangan yang berlanjutan serta kemungkinan pemotongan kadar dari Bank Pusat Eropah, para pelabur mula untuk mengalihkan portfolio mereka kepada aset yang lain di dalam pasaran.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat sambil menutup pasaran di kadar 1.2161. Pound sterling masih berada di bawah tekanan bearish selepas PM UK Boris Johnson menutup Parlimen sehingga ke 14hb Oktober bagi membendung sebarang aktiviti yang membantah senario Brexit keras. Dengan kekurangan perkembangan yang positif mengenai Brexit serta pergolakan politik di Britain, para pelabur telah mengalihkan portfolio mereka kepada aset selamat seperti emas dan Yen Jepun.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 26 – 30

GOLD

Harga emas telah meneruskan kenaikannya sambil menutup pasaran Jumaat di kadar $1,520.31 se troy auns. Dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China serta risiko Brexit di UK dan EU, para pelabur telah mengalihkan aset mereka ke dalam kategori aset selamat bagi melindungi kapital mereka. Namun, keuntungan yang dialami adalah masih terhad sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan bagi melihat trend jangka pendeknya.

 

Crude Oil

Harga emas menjunam lebih daripada 3% pada hari Jumaat yang lepas sambil menutup pasaran Jumaat di kadar $55.10 setong. Komoditi tersebut menerima tekanan bearish selepas pembekalan OPEC meningkat bagi kali pertama di dalam tahun ini sementara paras Rusia telah melanggar paras yang telah dijanjikan sebelum ini.

 

Menurut kepada kaji selidik dari Reuters, pembekalan minyak dari OPEC bagi bulan Ogos telah meningkat bagi kali pertama di dalam tahun 2019 sebanyak 80,000 tong sehari ke jumlah setinggi 29.61 juta tong sehari. Selain itu, laporan dari Interfax melaporkan bahawa pembekalan Rusia telah meningkat ke 11.3 juta tong sehari bagi bulan Ogos dari 11.15 juta tong bagi bulan sebelumnya.

 

OPEC dan Rusia telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian pemotongannya pada bulan Jun untuk mengurangkan pembekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari sehingga Mac 2020. Namun, laporan terkini yang memaparkan penurunan pada kadar pematuhan telah memberikan impak negatif kepada sentimen pasaran minyak mentah.

 

Selain itu, niaga hadapan minyak masih berada di dalam aliran menurun bagi beberapa minggu sebelum ini berikutan dengan peningkatan ketegangan perdagangan diantara AS dan China, Tarif baru yang telah diumumkan telah meningkatkan jangkaan terhadap kelembapan ekonomi global dan sekali gus bakal mendorong kepada permintaan yang lebih rendah bagi aset ini pada masa depan.

 

Tinjauan Pasaran: September 2 – 6

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti Non Farm Payroll yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mendapat lebih banyak isyarat pasaran. Selain itu, para pelabur juga akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rundingan perdagangan antara U.S dan China.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 2 – 6

Isnin, September 2  

Data

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Aug)

EUR – German Manufacturing PMI (Aug)

GBP – Manufacturing PMI (Aug)

 

Acara

N/A

 

Selasa, September 3  

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Jul)

AUD – RBA Interest Rate Decision (Sep)

GBP – Construction PMI (Aug)

USD – ISM Manufacturing PMI (Aug)

 

Acara

AUD – RBA Rate Statement

 

Rabu, September 4  

Data

AUD – GDP (QoQ) (Q2)

GBP – Composite PMI (Aug)

GBP – Service PMI (Aug)

CAD – BoC Interest Rate Decision

 

Acara

CAD – BoC Rate Statement

 

Khamis, September 5  

Data

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Aug)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Aug)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, September 6

 

 

Data

USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Aug)

USD – Nonfarm Payrolls (Aug)

USD – Unemployment Rate (Aug)

CAD – Employment Change (Aug)

CAD – Ivey PMI (Aug)

 

Acara

N/A