83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 Disember 2019                    Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 2 – 7

Reviu Pasaran (Forex): November 25 – 29

US Dollar

Dolar AS telah menerima tekanan menurun pada lewat sesi dagangan AS selepas ia mencecah paras tinggi seminggu pada hari Jumaat lepas. Indeks dolar telah menutup pasaran minggu lepas di kadar 98.12 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Dolar AS masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat bagi majoriti minggu lepas sementara pasaran Amerika ditutup untuk dua hari sempena dengan cuti Hari Thanksgiving.

 

Oleh kerana kekurangan data ekonomi yang penting dari AS, para pelabur telah mengalihkan tumpuan mereka kepada perkembangan perdagangan diantara AS dan China serta pembebasan data dari ekonomi major yang lain. Dari segi perdagangan global, AS dan China telah dilaporkan untuk berunding secara aktif bagi menyelesaikan percanggahan diantara satu sama lain. Pada minggu lepas, China telah mengumumkan untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang melanggar undang-undang hak intelektual – salah satu agenda utama yang telah dibawa oleh AS.

 

Namun, peningkatan risiko politik diantara AS dan China telah menjejaskan pandangan optimis pasaran terhadap pencapaian perjanjian perdagangan fasa pertama di dalam tempoh masa yang terdekat. Pada minggu lalu, Presiden AS Donald Trump telah menandatangani rang undang-undang yang menyokong para petunjuk perasaan di Hong Kong. Akta tersebut akan membenarkan kerajaan AS untuk menyekat ahli kerajaan yang melanggar hak asasi manusia di Hong Kong. Tambahan pula, akta tersebut juga akan memerlukan Jabatan Negara AS dan agensi lain untuk menjalankan kajian tahunan untuk melihat samada status politik di Hong Kong telah mengalami perubahan.

 

Kelulusan akta tersebut telah menerima kritikan yang ketara dari Beijing dan mereka telah menegaskan untuk mengambil tindakan balas terhadap Washington. Amaran sedemikian telah meningkatkan kekhuatiran di mana kedua-dua negara berkemungkinan untuk menangguhkan pencapaian perjanjian perdagangan fasa pertama. Untuk masa ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas perkembangan rundingan perdagangan untuk memantau sentimen pasaran.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah meneruskan kenaikannya sambil menutup pasaran minggu lalu di kadar 109.44. Penampilan pasaran terhadap Yen Jepun makin merosot susulan dengan seruan global ke atas AS dan China untuk mencapai perjanjian perdagangan fasa pertama. Walaubagaimanapun, kenaikan pada pasangan ini adalah terhad selepas kelulusan akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong telah menerima kritikan yang ketara dari China dan berkemungkinan untuk menjejaskan pencapaian perjanjian perdagangan fasa pertama diantara kedua-dua negara.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melantun dari paras rendahnya sambil menutup pasaran minggu lepas di kadar 1.1018. Euro telah menerima sokongan bullish susulan dengan pembebasan data ekonomi dari Jerman dan EU yang memaparkan pemulihan momentum ekonomi. Untuk bulan November, German Unemployment Change telah menurun sebanyak 16,000 individual, lebih baik daripada ramalan untuk meningkat sebanyak 5,000 individual, Selain itu, kadar CPI bagi zon EU untuk bulan November meningkat ke paras 1.0%, lebih baik daripada ramalan iaitu 0.9%. Namun, keuntungan bagi pasangan EUR/USD adalah terhad sementara perkembangan ekonomi di EU adalah masih lemah apabila dibandingkan dengan AS.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah dibuka dengan lebih rendah pada pagi ini di sekitar 1.2907. Pada minggu lalu, pasangan tersebut kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur menunggu ketibaan pilihanraya umum pada 12hb Disember 2019. Namun, pound sterling telah menerima tekanan menurun yang ketara pada pagi ini selepas kaji selidik semasa dari BMG Research memaparkan kemerosotan sokongan umum terhadap Parti Konservatif yang kini berada di paras 39% sahaja. Penyusutan pada kadar sokongan boleh mencetuskan kemungkinan parlimen bergantung yang boleh menjejaskan upaya Parti Konservatif untuk menjalankan Brexit secara lancar selepas kemenangan mereka.

 


 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 25 – 29

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi pada hari Jumaat yang lepas sambil menutup pasaran di kadar $1,463.70 se troy auns. Secara keseluruhannya, harga emas masih kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara para pelabur memantau isu seperti perang perdagangan AS-China serta risiko Brexit. Harga komoditi ini telah melantun pada hari Jumaat lalu selepas Beijing mengulas bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap Washington yang telah meluluskan akta yang menyokong para penunjuk perasaan di Hong Kong. Amaran tersebut telah mengundang kepada sentimen pesimistik para pelabur terhadap keupayaan pencapaian perjanjian perdagangan fasa pertama.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah menjunam lebih daripada 4% pada hari Jumaat lepas sambil menutup pasaran di kadar $55.36 setong. Harga minyak menerima tekanan bearish selepas Menteri Tenaga Arab Saudi Prince Abdulaziz bin Salman memberi komen bahawa mereka tidak akan meningkatkan kapasiti pemotongan bagi mengimbangi negara lain yang tidak mematuhi perjanjian pemotongan tersebut.

 

Isyarat daripada beliau telah meningkatkan sentimen pesimisme di dalam pasaran oleh kerana Arab Saudi telah menurunkan pembekalan mereka lebih daripada paras yang dijanjikan bagi mengimbangi kadar pematuhan yang rendah dari negara lain. Oleh itu, para pelabur kini akan memberi tumpuan terhadap mesyuarat OPEC yang bakal diadakan di Vienna pada 5hb Disember untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 2 – 7

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi utama dari AS, UK dan Kanada bagi menjangkakan pergerakan dan arah tuju untuk mata wang masing-masing. Selain itu, pembebasan data Nonfarm Payrolls akan menjadi tumpuan utama untuk minggu ini yang bakal dibebaskan pada hari Jumaat.

 

Bagi pedagang minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada paras inventori AS seperti API dan EIA serta perkembangan dari OPEC untuk menjangkakan arah tuju harganya bagi tempoh masa yang terdekat.

 

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 2 – 7

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 2hb Disember 2019
16:55 EUR German Manufacturing PMI (Nov) 43.8 43.8
17:30 GBP Manufacturing PMI (Nov) 48.3 48.3
22:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
23:00 USD ISM Manufacturing PMI (Nov) 49.2 48.3
Selasa – 3hb Disember 2019
11:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Dec) 0.75% 0.75%
12:30 AUD RBA Rate Statement
17:30 GBP Construction PMI (Nov) 44.5 44.2
Tentatif GBP BoE MPC Treasury Committee Hearings
Rabu – 4hb Disember 2019
08:30 AUD GDP (QoQ) (Q3) 0.5% 0.5%
17:30 GBP Composite PMI (Nov) 48.5 48.5
17:30 GBP Services PMI (Nov) 48.6 48.6
21:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Nov) 140K 125K
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Nov) 54.5 54.7
23:00 CAD BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 1.572M
Khamis – 5hb Disember 2019
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Oct) 0.3% 0.2%
21:30 USD Initial Jobless Claims 215K 213K
23:00 CAD Ivey PMI (Nov) 53.8 48.2
Jumaat– 6hb Disember 2019
21:30 USD Average Hourly Earnings (MoM) (Nov) 0.3% 0.2%
21:30 USD Nonfarm Payrolls (Nov) 180K 128K
21:30 USD Unemployment Rate (Nov) 3.6% 3.6%
21:30 CAD Employment Change (Nov) 10.0K -1.8K
23:00 USD Michigan Consumer Sentiment (Dec) 97.0 96.8
Sabtu – 7hb Disember 2019
02:00 CrudeOIL U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 668