83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Jun 2019                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 3 – 7

Reviu Pasaran (Forex): Mei 27 – 31   

US Dollar

Dolar AS berjaya untuk melantun dari paras rendah 97.35 berikutan dengan data yang bercampuran pada minggu lepas. Indeks dolar telah menutup pasaran Jumaat lepas di 97.62. Pada awal minggu lepas, dolar telah menerima tekanan menaik selepas data CB Consumer Confidence memberi bacaan yang optimis sebanyak 134.1, mencecah ramalan ekonomis sebanyak 130.1. Data yang positif tersebut telah mengurangkan kemungkinan pemotongan kadar oleh Fed bagi masa yang akan datang.

 

Namun, indeks dolar telah mengalami penjualan secara mendadak selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa AS tidak bersedia untuk mencapai perjanjian dengan China dan beliau berkemungkinan untuk menambahkan tarif ke 35% dari 25%. Ketegangan perdagangan diantara dua ekonomi terbesar telah menghantui pandangan ekonomi global dan menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka daripada aset yang berisiko ke dalam pasaran aset selamat. Selain itu, penampilan dolar juga ditambah buruk oleh keluk hasil bon perbendaharaan AS yang menunjukkan penyongsangan serta mengisyaratkan kemelesetan ekonomi AS.

 

Pada Jumaat lepas, Donald Trump telah menyatakan dalam Twitter beliau bahawa mulai 10hb Jun, AS akan mengenakan tarif sebanyak 5% ke atas semua barangan import dari Mexico dan akan menambahkan kepada 25% sehingga isu imigrasi haram ke dalam AS diselesaikan. Selain itu, sentimen dolar menjadi suram semasa data Michigan Consumer memberi bacaan yang negatif sebanyak 93.5 berbanding dengan ramalan sebanyak 95.2. Untuk setakat ini, pasaran akan menumpukan perhatian kepada perang perdagangan global dan data ekonomi selanjutnya untuk memantau penggerakan dolar.

 

 

USD/JPY

Kenaikan pasangan USD/JPY telah dihadkan sementara ia menutup pasaran Jumaat lepas di 108.30. Penampilan Yen Jepun telah meningkat susulan dengan ketegangan perang perdagangan diantara dua ekonomi terbesar serta penyusutan ekonomi global yang telah menjejaskan sentimen aset yang lebih berisiko. Selain itu, ketidakpastian Brexit dan juga data yang positif dari Jepun seperti pengeluaran sektor perindustrian telah meningkatkan penampilan Yen sementara pasangan tersebut mencecah paras terendah dalam tempoh enam bulan.

 

EUR/USD

Euro telah melanjutkan kerugiannya pada Jumaat lepas sementara menutup pasaran berdekatan 1.1165 berbanding dengan dolar AS. Sentimen pasaran euro berkekal bearish di tengah-tengah data negatif yang menunjukkan penyusutan ekonomi euro. Menurut kepada Destatis, Retail Sales Jerman dan juga Unemployment change telah memberi bacaan sebanyak -2.0% dan 60k, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.2% dan -8k. Selain itu, data CPI di Jerman telah memberi bacaan sebanyak 0.2% berbanding dengan 0.3%. Data yang negatif tersebut telah meningkatkan kemungkinan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk memotongkan kadar faedah mereka sehingga paras negatif.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan momentum bearish sementara menutup pasaran minggu lepas berdekatan 1.2630. Para pelabur telah menjual mata wang pound akibat dengan ketidakpastian Brexit yang berterusan. Selepas PM Theresa May mengumumkan peletakan jawatannya pada 7hb Jun, para pelabur kini menumpukan perhatian kepada pemilihan pemimpin yang baru menjelang akhir bulan Julai. Di samping itu, bekas setiausaha Brexit Dominic Raab yang merupakan salah satu calon dalam pemilihan pemimpin telah menyatakan bahawa beliau ada pelan Brexit yang lebih baik dan tidak akan menangguhkan Brexit melepasi bulan Oktober. Kenyataan tersebut telah mengehadkan kerugian mata wang pound.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 27 – 31   

GOLD

Harga emas telah melonjak sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran berdekatan paras harga $1305.25 se troy auns. Logam kuning tersebut telah menerima permintaan secara mendadak di tengah-tengah ketegangan perdagangan diantara AS dan negara yang lain seperti China dan Mexico. Selain itu, isu Brexit yang berterusan serta penyusutan ekonomi di Zon Eropah telah memberi sokongan tambahan ke atas penampilan aset selamat seperti emas dan Yen Jepun.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menjunam ke paras terendah enam bulan sementara menutup pasaran Jumaat lepas di paras $53.30 setong. Pada awal minggu lepas, harga minyak telah memangkas sebahagian kerugiannya di tengah-tengah ketegangan diantara AS dan Iran berikutan dengan pengumuman daripada Washington untuk menghantar lebih ramai tentera ke Timur Tengah. Ketegangan diantara dua negara tersebut telah meningkatkan kemungkinan penjejasan pembekalan minyak di Iran.

 

Namun, niaga hadapan minyak mentah telah bertukar momentumnya kepada bearish akibat dengan perang perdagangan yang berterusan diantara AS dan China yang bakal menjejaskan permintaan terhadap minyak pada masa depan. Selain itu, data inventori minyak yang suram juga mencetuskan momentum bearish yang ketara ke atas harga minyak. Menurut kepada EIA, data inventori pada minggu lepas telah menyusut sedikit tetapi masih tersasar dengan ramalan ekonomis.

 

Inventori minyak mentah AS telah menunjukkan penyusutan sebanyak 300K tong, tersasar dengan ramalan ekonomis untuk menyusut sebanyak 900K. Selain itu, Baker Hughes Oil Rig Count AS telah menunjukkan bahawa bilangan pelantar minyak di AS telah meningkat dari 797 ke 800 serta mengisyaratkan aktiviti penggerudian minyak yang lebih tinggi di AS. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada mesyuarat OPEC dan juga data inventori yang selanjutnya untuk memantau penggerakan harga minyak.

 


 

Tinjauan Mingguan: Jun 3 – 7

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada perkembangan perbincangan perdagangan di antara AS dan China untuk mendapatkan isyarat selanjutnya bagi penggerakan dolar. Selain itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada data utama seperti keputusan kadar faedah RBA dan juga NFP untuk memantau selanjutnya penggerakan mata wang lain.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 3 – 7

Isnin, Jun 3  

Data

EUR – German Manufacturing PMI (May)

GBP – Manufacturing PMI (May)

USD – ISM Manufacturing PMI (May)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Jun 4  

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Apr)

AUD – RBA Interest Rate Decision (Jun)
GBP – Construction PMI (May)
EUR – Core CPI (YoY) (May)
EUR – CPI (YoY) (May)
EUR – Unemployment Rate (Apr)
USD – Factory Orders (MoM) (Apr)

 

Acara

AUD – RBA Rate Statement

USD – Fed Chair Powell Speaks

 

Rabu, Jun 5  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – GDP (QoQ) (Q1)
CNY – Caixin Services PMI (May)
EUR – Markit Composite PMI (May)

EUR – Services PMI (May)

GBP – Services PMI (May)
EUR – Retail Sales (MoM) (Apr)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (May)
USD – Markit Composite PMI (May)

USD -Services PMI (May)
USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May)
CrudeOIL –
Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Jun 6  

Data

AUD – Trade Balance (Apr)

EUR – German Factory Orders (MoM) (Apr)

EUR – GDP (QoQ) (Q1)

EUR – Deposit Facility Rate

EUR – ECB Marginal Lending Facility

EUR – ECB Interest Rate Decision (Jun)
USD – Initial Jobless Claims
CAD – Ivey PMI (May)

 

Acara

GBP – BoE Gov Carney Speaks
EUR – ECB Monetary Policy Statement

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, Jun 7

 

 

Data

EUR – German Industrial Production (MoM) (Apr)

USD – Average Hourly Earnings (MoM) (May)

USD – Nonfarm Payrolls (May)
USD – Unemployment Rate (May)
CAD – Employment Change (May)
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A