83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

4 November 2019                              Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: November 4 – 8

Reviu Pasaran (Forex): Oktober 28 – November 1

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah bagi sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 96.90 susulan dengan data yang suram di A.S dan pemotongan kadar faedah daripada Fed pada minggu yang lalu.

 

Menurut kepada Conference Board, Keyakinan Pengguna AS memberi bacaan sebanyak 125.9, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu 128.0. Tambahan pula, Rizab Persekutuan (Fed) telah mengurangkan kadar faedah daripada bacaan sebanyak 2.00% ke 1.75%, yang selanjutnya memberi tekanan bearish ke atas indeks dolar pada hari Khamis yang lalu. Selain itu, ISM Manufacturing PMI memberi bacaan sebanyak 48.3 lebih rendah daripada jangkaan ekonomi 48.9, yang selanjutnya menandakan kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat. Sementara ini, para pelabur menjangkakan bahawa Fed akan mengurangkan kadar faedah sekali lagi susulan dengan data ekonomi AS yang suram, walaupun Pengerusi Fed Jerome Powell memberikan kenyataan yang hawkish semasa sidang akhbar. Walau bagaimanapun, data GDP dan Pending Home sales kedua-dua lebih baik daripada jangkaan pasaran. Di samping itu, Nonfarm Payrolls telah memberi bacaan sebanyak 128k untuk bulan Oktober, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran. Data-data positif tersebut telah membatasi pada dolar AS. Sementara itu, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data yang akan datang untuk menjangkakan pergerakan indeks tersebut.

 

Selain itu, ketegangan perang perdagangan makin meningkat selepas pegawai China ragu terhadap pencapaian perjanjian perdagangan bagi jangka panjang pada minggu lepas. Namun, Presiden Donald Trump kemudian menegaskan bahawa lokasi baru bagi menandatangani perjanjian perdagangan akan diumumkan selepas pertemuan di Chile dibatalkan di tengah-tengah perlindungan, yang selanjutnya memberi jangkaan positif terhadap resolusi perang perdagangan dan membatasi kerugian Indeks Dolar.

 

USD/JPY

USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi Jumaat lepas pada harga 108.21. Pasangan tersebut menerima penjualan yang lanjut selepas data ekonomi yang suram dari Amerika Syarikat dibebaskan. Selain itu, ketidakpastian yang berkaitan dengan rundingan perdagangan antara AS dan China telah mendorong permintaan yang lebih tinggi bagi aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

EUR/USD telah mencatat kenaikan pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1160. Euro menerima permintaan yang lebih tinggi terutamanya didorong oleh kelemahan dalam mata wang saingan, seperti  U.S. Dollar. Di samping itu, data yang dibebaskan pada hari Khamis menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi di zon Euro untuk suku ketiga kekal stabil, lebih baik daripada jangkaan pasaran. Di samping itu, jangkaan terhadap no-deal Brexit telah dikurangkan selepas pemimpin Eropah bersetuju untuk menangguhkan Brexit sehingga 31hb Januari 2020, yang selanjutnya memberi sokongan bullish ke atas pasangan tersebut. Walau bagaimanapun, Perubahan Pengangguran Jerman memberi bacaan sebanyak 6k, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 2k telah membatasi keuntungan yang dialami oleh pasangan tersebut.

 

GBP/USD

GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2935. Pada minggu yang lalu, Paun Sterling menerima tekanan bearish selepas pemimpin Eropah bersetuju untuk menangguhkan Brexit sehingga 31hb Januari 2020. Sentimen tersebut telah mencetuskan Boris Johnson untuk melancarkan pilihan raya umum pada 12hb Disember. Tambahan pula, Paun Sterling melanjutkan kerugiannya selepas pilihan raya umum tersebut diluluskan oleh parlimen UK, yang selanjutnya meningkatkan risiko geopolitik di UK.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Oktober 28 – November -1

GOLD

Harga emas masih didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1510.21 se troy auns. Logam tersebut telah mengalami penjualan yang ketara selepas data pekerjaan dan GDP dari rantau A.S memberikan bacaan yang optimis. Tambahan pula, prospek positif bagi perang perdagangan Sino-China telah mengurangkan permintaan aset selamat seperti emas, yang selanjutnya memberi sokongan bullish ke atas komoditi ini. Namun, harga emas melantun dari paras terendahnya selepas Institute for Supply Management (ISM) menegaskan bahawa keputusan bagi sektor perkilangan adalah lemah pada bulan Oktober. Selain itu, komoditi ini menerima sokongan bullish yang lanjutnya susulan dengan Greenback yang lemah selepas Rizab Persekutuan (Fed) mengurangkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas.

 

Crude Oil

Harga minyak kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat ketat sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $ 56.14 setong. Pada awal minggu lalu, harga minyak mentah menyusut selepas data inventori minyak mentah dibebaskan. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga, inventori minyak mentah A.S. memberi bacaan sebanyak 5.702 juta, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 0.494M

 

Namun, harga minyak mentah melantun pada hari Jumaat susulan dengan prospek positif bagi penyelesaian perang perdagangan di antara AS dan China. Menurut kepada Reuters, Wakil perdagangan A.S. Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin telah mencapai kemajuan dalam pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan perjanjian perdagangan semasa panggilan telefon dengan Naib Perdana Menteri China Liu He pada hari Jumaat yang lalu

 

Tinjauan Pasaran: November 4 – 8

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti keputusan kadar faedah Bank of England yang  akan dibebaskan pada minggu ini untuk memantau lebih banyak isyarat pasaran.

Di samping itu, para pelabur juga akan terus menumpukan perhatian kepada perkembangan terkini yang berkaitan dengan perang perdagangan dan Brexit

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 4 – 8

Isnin, November 4  

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Sep)

EUR – German Manufacturing PMI (Oct)

GBP – Construction PMI (Oct)

 

Events

N/A

 

Selasa, November 5  

Data

AUD – RBA Interest Rate Decision (Nov)

GBP – Composite PMI (Oct)

GBP – Services PMI (Oct)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Oct)

USD – JOLTs Job Openings (Sep)

 

Events

AUD – RBA Rate Statement            

 

Rabu, November 6  

Data

CrudeOIL – API Crude Oil Inventories

NZD – Employment Change (QoQ) (Q3)

CAD – Ivey PMI (Oct)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Events

GBP – Autumn Budget

 

 

 

Khamis, November 7

 

Data

GBP – BoE Interest Rate Decision (Nov)

USD – Initial Jobless Claim

 

Events

GBP – BoE Inflation Report

GBP – BoE MPC Meeting Minutes

GBP – BoE Gov Carney Speaks

 

 

Jumaat, November 8

 

 

Data

CAD – Employment Change (Oct)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Nov)

 

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Events

N/A