83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

5 Ogos 2019                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 5 – 9

Reviu Pasaran (Forex): Julai 29 – Ogos 2

US Dollar

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah selepas ia mencecah paras tinggi 2 tahun di 98.65 susulan dengan data yang bercampuran di dalam pasaran serta peningkatan ketegangan perdagangan diantara China dan AS.

 

Pada awal minggu lepas, indeks dolar menerima sokongan bullish yang ketara selepas pembebasan data positif seperti CB Consumer Confidence dan Pending Home Sales. Kedua-dua data tersebut memberikan bacaan optimis sebanyak 135.7 dan 2.8%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 125.0 dan 0.5%. Selain itu, data Nonfarm Payrolls dan Kadar Pengangguran yang dilepaskan pada lewat minggu lepas juga memberikan sokongan menaik kepada dolar untuk mencapai paras tinggi yang baru. NFP dan kadar pengangguran memberi bacaan sebanyak 164K dan 3.7%, sejajar dengan jangkaan pasaran. Kesemua data ekonomi di AS memaparkan bahawa keadaannya adalah masih mantap apabila dibandingkan dengan negara lain.

 

Selepas sedekad, Bank Pusat AS (Fed) telah memotong kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas seperti yang dijangkakan oleh para pelabur pada hari Khamis yang lepas. Di dalam sidang media Fed yang diketuai oleh Jerome Powell, beliau menegaskan bahawa pemotongan sebanyak 0.25% telah dilaksanakan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi serantau. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa ekonomi AS adalah masih kukuh apabila dibandingkan dengan zon EU dan UK. Justeru, mereka bakal memantau keadaan terkini dari segi data ekonomi yang lebih lanjut untuk menentukan tempoh pemotongan kadar yang seterusnya.

 

 

 

Sementara itu, ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang makin meningkat telah mengehadkan kenaikan pada dolar AS. Susulan dengan mesyuarat 2 hari di Shanghai, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan tarif tambahan ke atas $300 bilion barangan import dari China dan ia boleh ditingkatkan sehingga 25% sekiranya diperlukan. Keputusan dari Trump telah meningkatkan ketidakpuasan China sambil menegaskan untuk mengambil tindakan ke atas AS sekiranya tarif tersebut dilaksanakan. Untuk setakat ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas perkembangan perang perdagangan diantara AS dan China bagi meneliti arah tuju dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah meneruskan kerugiannya bagi sepanjang minggu lalu sambil menutup niaga Jumaat lepas di kadar 106.60. Seawalnya, Yen Jepun menerima tekanan bearish yang ketara selepas Bank Of Japan (BoJ) mengumumkan untuk mengekalkan kadar di paras rendah -0.19% sambil menurunkan jangkaan inflasi dari 1.4% ke 1.3%. Selain itu, mereka juga menyatakan untuk melonggarkan dasar sekiranya kadar inflasi semasa tersasar daripada ramalan yang ditetapkan. Namun, Yen Jepun masih menerima permintaan yang tinggi berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS-China yang telah dibangkitkan semula dengan tindakan AS untuk mengenakan tarif ke atas barangan import China.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah meneruskan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas walaupun data ekonomi serantau adalah lebih bullish. Pasangan tersebut telah menutup niaganya di kadar 1.1105 pada hari Jumaat lepas. Pada awal minggu lepas, mata wang euro telah menerima permintaan yang tinggi susulan dengan data Jerman Retail Sales dan Jerman Unemployment Change yang lebih kukuh. Namun, euro telah gagal untuk meneruskan kenaikannya selepas data ekonomi yang positif dari AS mendorong perubahan sentimen ke dalam dolar AS. Selepas itu, euro masih mampu untuk memangkas kerugiannya susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi dari Jerman dan zon EU bagi mendapat isyarat yang lebih teliti.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah meneruskan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup sesi Jumaat di kadar 1.2160. Pound sterling telah menerima tekanan menurun yang ketara berikutan dengan risiko Brexit serta isyarat dovish dari Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney. Pada awal minggu lepas, PM UK baru Boris Johnson menegaskan bahawa mereka akan bersiap sedia untuk mengharungi risiko Brexit keras sekiranya tiada perjanjian dicapai diantara UK dan EU sebelum 31hb Oktober 2019. Ini telah mendorong para pelabur untuk menjual pegangan pound sterling berlatarkan risiko Brexit keras yang makin meningkat. Selain itu, BoE telah mengekalkan kadar di paras 0.75% sambil memberi komen bahawa keadaan pasaran kewangan di UK adalah tidak stabil akibat daripada Brexit walaupun kadar inflasi telah meningkat.

 

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 29 – Ogos 2

GOLD

Harga emas telah meneruskan kenaikannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup niaganya di kadar $1440.55 se troy auns. Sentimen bagi aset ini adalah masih bullish susulan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang mendorong para pelabur untuk memasuki pasaran emas. Pada minggu lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumkan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import China yang berjumlah $300 bilion. Selain itu, risiko Brexit keras juga telah memberi sentimen positif terhadap aset emas oleh kerana keadaan Brexit tanpa perjanjian bakal meningkatkan risiko ekonomi di dalam zon EU dan UK.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup niaganya di kadar $55.20 setong. Pada awal minggu lalu, data minyak mentah telah memaparkan penyusutan dari segi pembekalannya selepas API Weekly Crude Oil Stock dan EIA Crude Oil Inventories memaparkan penurunan sebanyak -6.024 juta dan -8.496 juta. Penurunan pada stok minyak mentah telah meningkatkan momentum bullish ke atas komoditi ini dan meningkatkan keyakinan para pelabur terhadapnya.

 

Walaubagaimanapun, peningkatan ketegangan diantara China dan AS telah mengehadkan kenaikan ahrga minyak dan mendorongnya untuk susut ke paras rendah 3 minggu. Pada hari Rabu yang lepas, Trump mengumumkan untuk mengenakan tarif sebanyak 10% ke atas barangan import dari China selepas kedua-dua negara tersebut tidak mempunyai sebarang perkembangan dari rundingan perdagangan seawalnya. Pengenalan tarif tersebut telah diumumkan oleh kerana China tidak mematuhi perjanjiannya dengan AS untuk membeli barangan pertanian dari AS.

 

Peningkatan pada ketegangan diantara dua negara tersebut telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur terhadap kelebihan stok global. China berkemungkinan untuk membeli minyak mentah dari Iran sebagai bantahan terhadap AS. Untuk setakat ini, para pelabur akan memantau keadaan inventori minyak serta perkembangan rundingan perdagangan diantara AS dan China.

 

Pandangan Mingguan: Ogos 5 – 9

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ISM Non-Manufacturing PMI dan data PPI untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut dari pasaran.

 

Bagi pelabur minyak mentah, mereka akan memberi tumpuan kepada paras inventori minyak di AS dari API dan EIA bagi menentukan kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak Bagi Minggu: Ogos 5 – 9

Isnin, Ogos 5  

Data

GBP – Composite PMI (Jul)

GBP – Services PMI (Jul)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jul)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Ogos 6  

Data

NZD – Employment Change (QoQ) (Q2)

AUD – RBA Interest Rate Decision (Aug)

USD – JOLTs Job Openings (Jun)

 

Events

AUD – RBA Rate Statement

 

Rabu, Ogos 7  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

EUR – German Industrial Production (MoM) (Jun)

CAD – Ivey PMI (Jul)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

NZD – RBNZ Monetary Policy Statement

NZD – RBNZ Rate Statement
NZD – RBNZ Press Conference

 

 

Khamis, Ogos 8  

Data

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

EUR – ECB Economic Bulletin

 

 

Jumaat, Ogos 9

 

 

Data

JPY – GDP (QoQ) (Q2)

GBP – GDP (MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun)

USD – Core PPI (MoM) (Jul)

USD – PPI (MoM) (Jul)

CAD – Employment Change (Jul)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

AUD – RBA Monetary Policy Statement

USD – IEA Monthly Report