83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 Januari 2020             Analisis Mingguan

 

 Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 6 -10

Reviu Pasaran (Forex): Disember 30 – Januari 3

US Dollar

Dolar AS berjaya untuk memangkas kerugian seawalnya pada minggu lepas sambil menutup pasaran di kadar 96.55 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Dolar AS menerima sokongan bullish selepas mata wang utama yang lain mengalami pembetulan teknikal susulan dengan kenaikan yang mendadak pada lewat bulan Disember lepas. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar adalah terhad berikutan dengan peningkatan ketegangan geopolitik dan data dari rantau tersebut.

 

Dari segi geopolitik, ketegangan diantara AS dan Iran makin meningkat selepas Washington melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad yang telah membunuh beberapa individual utama yang termasuk Jeneral Iran Qasem Soleimani. Susulan dengan serangan tersebut, Presiden Iran Hassan Rouhani memberi amaran bahawa Presiden AS Donald Trump telah melakukan “kesalahan yang kritikal” dan beliau menegaskan untuk mengambil tindakan ke atas AS. Peningkatan risiko di dalam pasaran telah mengundang kepada penjualan ekuiti AS sambil memberi tekanan ke atas dolar AS.

 

Dari segi ekonomi, ISM Manufacturing PMI bagi bulan lepas telah mencatat pengecutan yang tertinggi di dalam sedekad bagi bulan Disember ke 47.2, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 49.0. Walaupun AS dan China berjaya untuk mencapai konsensus ke atas perjanjian perdagangan fasa pertama, impak dari perang perdagangan telah membawa impak negatif ke atas ekonomi AS. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data yang lebih lanjut dari AS untuk menjangkakan momentum ekonominya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah meneruskan aliran menurunnya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup pasaran di 108.09. Aset selamat ini menerima permintaan yang tinggi berikutan dengan peningkatan ketegangan geopolitik diantara AS dan China. Para pelabur khuatir bahawa peperangan akan tersebut diantara kedua-dua negara tersebut selepas AS melancarkan serangan yang membunuh beberapa individual utama dari kerajaan Iran. Susulan dengan serangan tersebut, Presiden Iran Hassan Rouhani memberi amaran bahawa AS telah melaksanakan kesalahan yang kritikal dan mereka bakal mengambil tindakan ke atas Washington. Peningkatan risiko geopolitik telah mengundang kepada penjualan ekuiti AS serta meningkatkan permintaan bagi aset selamat.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah didagang dengan lebih rendah pada minggu lepas berikutan dengan data ekonomi yang bearish dari rantau tersebut sambil menutup niaga di 1.1159. Euro menerima tekanan menurun selepas Germany Unemployment Change bagi bulan Disember menunjukan peningkatan sebanyak 8,000 individual, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 2,000 individual. Namun, kerugian pada euro adalah terhad selepas German CPI bagi bulan Disember meningkat sebanyak 0.5%, lebih tinggi daripada bacaan terdahulu sebanyak -0.8%.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup di paras 1.3075. Penampilan pound sterling makin merosot selepas Perdana Menteri UK Borish Johnson menolak sebarang penangguhan tarikh transisi Brexit sambil menegaskan untuk melengkapkan proses Brexit pada 31hb Disember 2020. Rundingan diantara UK dan EU dijangka untuk bermula selepas tarikh Brexit rasmi pada 31hb Januari dan ia hanya memberi tempoh masa sebanyak 11 bulan bagi kedua-dua parti untuk mencapai perjanjian. Para pelabur khuatir bahawa jangka masa yang diberikan adalah terlalu singkat dan ia boleh mengundang kepada “Brexit keras” sekiranya kedua-dua parti gagal untuk mencapai konsensus.

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 30 – Januari 3

GOLD

Harga emas telah melanjutkan keuntungannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup pasaran disekitar $1,527.37 se troy auns. Permintaan bagi aset selamat makin meningkat berikutan dengan peningkatan ketegangan diantara AS dan Iran yang telah mendorong kepada penjualan ekuiti AS. Selain itu, risiko Brexit yang masih berlegar di UK telah membawa kepada sokongan bullish bagi aset ini.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan kenaikannya bagi minggu lepas sambil menutup pasaran di sekitar $63.03 setong. Harga minyak telah meneruskan kenaikannya selepas ketegangan diantara AS dan Iran melonjak berikutan dengan pembunuhan individual utama dari kerajaan Iran. Krisis geopolitik yang makin mendalam boleh mencetuskan gangguan ke atas pembekalan minyak mentah di rantau tersebut ke negara lain di seluruh dunia dan ini boleh mendorong kepada kekurangan stok pada masa depan.

 

Selain itu, trend menurun dari segi inventori dan penggerudian minyak di AS telah membawa kepada sokongan bullish tambahan bagi komoditi ini. Menurut kepada Energy Information Administration, inventori minyak AS bagi minggu lepas telah menurun sebanyak 11.462 juta tong, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 3.288 juta tong. Trend menurun dari segi inventori minyak mencadangkan bahawa permintaan pasaran mula untuk memulih dan ia boleh membantu untuk mengurangkan lebihan stok global.

 

Tambahan pula, US Baker Hughes Oil Rig Count bagi minggu lepas memaparkan bahawa bilangan pelantar minyak yang aktif telah menurun sebanyak 7 dari 677 ke 670. Penutupan pelantar minyak boleh mendorong kepada pembekalan yang lebih rendah bagi jangka masa yang panjang dari AS.

 

Tinjauan Pasaran: Januari 6 -10

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data ekonomi dari AS seperti ISM Non-Manufacturing PMI, ADP Nonfarm Employment Change dan Nonfarm Payrolls. Selain itu, mereka juga akan memberi tumpuan ke atas krisis geopolitik diantara AS dan Iran bagi memantau sentimen pasaran.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas laporan inventori mingguan dari American Petroleum Institute (API) dan Energy Information Administration (EIA) untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 6 -10

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 6hb Januari 2019
17:30 GBP Composite PMI (Dec) 48.6 48.5
17:30 GBP Services PMI (Dec) 49.1 49.0
Selasa – 7hb Januari 2019
18:00 EUR CPI (YoY) (Dec) 1.3% 1.0%
23:00 USD ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) 54.5 53.9
23:00 CAD Ivey PMI (Dec) 53.8 60.0
Rabu – 8hb Januari 2020
05:30 CrudeOIL API Weekly Crude Oil Stock -7.900M
21:15 USD ADP Nonfarm Employment Change (Dec) 156K 67K
23:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories -3.288M -11.463M
Khamis – 9hb Januari 2020
18:00 EUR Unemployment Rate (Nov) 7.5% 7.5%
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
21:30 USD Initial Jobless Claims 222K 222K
Jumaat– 10hb Januari 2020
03:00 CAD BoC Gov Poloz Speaks
08:30 AUD Retail Sales (MoM) (Nov) 0.3% 0.0%
21:30 USD Nonfarm Payrolls (Dec) 160K 266K
21:30 USD Unemployment Rate (Dec) 3.5% 3.5%
21:30 CAD Employment Change (Dec) 22.5K -71.2K
Sabtu – 11hb Januari 2020
02:00 CrudeOIL U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 670