83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 Oktober 2019                    Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Oktober 7  – Oktober 11

Reviu Pasaran (Forex): September 30 – Oktober 4

US Dollar

Indeks dolar telah didagang lebih rendah sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 98.55 susulan dengan data ekonomi  yang bercampuran telah diumumkan dari rantau Amerika Syarikat.

Pada awal minggu lalu, indeks dolar menerima tekanan penjualan yang ketara dari para pelabur berikutan dengan data ISM Manufacturing PMI yang kecewa bagi bulan September. Data tersebut telah memberi bacaan yang paling rendah sejak tahun 1982 dengan 47.8, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis sebanyak 50.4. Data tersebut telah mencetuskan ketakutan pelabur mengenai kemelesetan ekonomi. Selain itu, data ekonomi lain seperti data ISM Non-Manufacturing PMI dan Nonfarm Payrolls (NFP) juga mencatat bacaan yang lebih rendah berbanding dengan jangkaan ekonomis. Semua data-data yang lemah tersebut telah menunjukkan bahawa sektor perkilangan AS telah menyusut dan ia  kelihatannya adalah dijejaskan oleh perang perdagangan antara AS dan negara lain, justerunya ia mendorong kepada kejatuhan dolar dengan ketara. Walau bagaimanapun, penurunan yang tidak dijangka oleh pasaran dalam kadar pengangguran AS telah mengehadkan kerugian dolar dan meningkatkan daya tarikan mata wang ini kepada para pelabur. Kadar pengangguran AS bagi bulan September telah jatuh kepada 3.5%, tahap yang paling rendah sebanyak 50 tahun dan bertindak sebagai bukti kukuh kepada Rizab Persekutuan untuk menghentikan pelan pemotongan kadar lanjut dan melaksanakan dasar kewangan  yang kurang sesuai.

Dari segi diplomasi, Amerika Syarikat dan China telah menetapkan rundingan perdagangan pada 11-12 Oktober 2019 dengan harapan untuk mencapai kesepakatan perdagangan susulan dengan peningkatan dalam perang perdagangan telah mempengaruhi pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara secara negatif. Selain itu, AS juga mengumumkan untuk mengenakan 10% tarif ke atas barangan import EU termasuk pesawat udara Airbus, wiski, wain dan keju sebagai tindakan balas terhadap EU yang memberi subsidi kepada syarikat penerbangan tempatan. Ia telah mengurang daya tarikan selanjutnya bagi dolar AS susulan dengan kebimbangan pasaran terhadap EU boleh membalas balik terhadap AS. Setakat ini, para pelabur akan terus meneliti perkembangan selanjutnya mengenai perbincangan perdagangan antara AS dan negara-negara lain dan  data ekonomi yang lebih lanjut untuk menentukan arah indeks dolar.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah menyusut sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran Jumaat lepas sekitar 106.90. Pada awal minggu lalu, yen Jepun telah  menerima momentum bullish yang kukuh berikutan dengan data optimis yang dibebaskan di rantau Jepun. Menurut kepada Bank of Japan, data Japan Tankan Large Manufacturers Index telah memberi bacaan sebanyak 5, lebih tinggi dari jangkaan ekonomis sebanyak 2 sementara  ia juga menunjukkan sektor pembuatan Jepun telah bertambah kukuh. Selain itu, data ekonomi yang lemah di rantau AS mencetuskan momentum bearish yang lebih lanjut ke arah pasangan USD / JPY dan menyentuh tahap rendah bulanan pada Jumaat lepas.

 

EUR/USD

EUR / USD berjaya melantun dari paras terendahnya sementara ia menutup pasaran Jumaat pada 1.0980 walaupun euro kekal ditekan oleh pertikaian Brexit dan pengenaan tarif baru Amerika Syarikat terhadap barangan. Pada minggu lalu, WTO telah meluluskan pentadbiran Trump untuk mengenakan tarif ke atas $ 7.5 bilion barangan Eropah kerana AS mendakwa  EU memberi subsidi secara haram kepada penanda pesawat tempatan (Airbus). Tarif tersebut akan berkuat kuasa pada 18 Oktober termasuk barangan seperti pesawat, keju dan wiski dari beberapa negara di Kesatuan Eropah. Berita tentang konflik perdagangan yang semakin luas telah  memberikan sedikit tekanan pada pasangan EUR / USD susulan dengan  dolar yang lemah yang menyokong mata wang tunggal daripada jatuh jauh.

 

GBP/USD

GBPUSD tetap didagang dalam lingkungan yang ketat sementara ia menutup sesi Jumaat lepas dengan harga 1.2332. Secara keseluruhannya, paun sterling kekal bergelut susulan dengan kenyataan baru-baru ini dari Perdana Menteri U.K Boris Johnson telah mengukuhkan jangkaan Brexit keras selanjutnya. Menurut kepada perkembangan terbaru, Perdana Menteri Boris Johnson  telah memberi amaran kepada EU bahawa dia tidak akan menangguhkan lagi tarikh akhir Brexit yang pada 31 Oktober, meskipun ahli parlimen British telah meluluskan undang-undang  pada bulan lalu yang memaksa beliau untuk meminta penangguhan selanjutnya. Oleh kerana risiko Brexit yang tidak ada perjanjian kekal meningkat, potensi bagi kenaikan harga  pound sterling adalah terhad sementara pasaran terus berhati-hati dan terus memberi tumpuan kepada perkembangan Brexit untuk isyarat selanjutnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): September 30 – Oktober 4

GOLD

Harga emas juga didagangkan dalam lingkungan yang ketat sementara menamatkan sesi minggu lepas dengan harga $ 1507.99 se troy auns sebagai pasaran. Logam tersebut berjaya untuk mengekalkan kedudukannya  susulan dengan para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke pasaran selamat kerana peningkatan  dalam ketidakpastian dalam perdagangan A.S dan China yang akan datang serta kebimbangan Brexit. Walaupun demikian, pasaran kekal bergelut untuk menentukan arah susulan dengan sentimen  dengan baru-baru ini telah mengganggu sentimen. Para pelabur akan terus memberikan perhatian kepada sebarang data yang dapat membantu  dalam menentukan sentimen selanjutnya untuk komoditi selamat tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dalam lingkungan yang ketat sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $ 52.96 setong. Harga minyak kekal mengalami tekanan berikutan dengan tahap pengeluaran yang telah pulih dan permintaan yang semakin lemah  telah mengehadkan sebarang lantunan.

Menurut kepada laporan terbaharu, pengeluar minyak Arab Saudi yang terbesar, Saudi Aramco telah memulihkan sepenuhnya infrastruktur pengeluaran yang rosak dari serangan Abqaiq dan Khurais dalam masa beberapa minggu dan ia merupakan satu prestasi hebat yang diberikan dalam jangka masa pendek. Namun, berita ini juga meningkatkan jangkaan terhadap kelebihan bekalan kerana tahap pengeluaran minyak mentah telah kembali kepada paras rekod,justerunya ia menyebabkan para pelabur tetap bimbang tentang tahap bekalannya.

Sebaliknya, data perkilangan yang suram dari A.S dan China pada minggu lepas telah meningkatkan ketakutan dalam kelembapan ekonomi global dan kemungkinan risiko kemelesetan selanjutnya. Ramalan untuk permintaan minyak telah dipotong beberapa kali dan pengarah eksekutif IEA, Fatih Birol baru-baru ini menyatakan bahawa minggu ini berkemungkinan ada satu penyemakan ke bawah yang boleh memberi tekanan lebih lanjut untuk komoditi tersebut. Walau bagaimanapun, pasaran terus memberi tumpuan kepada pertumbuhan global dan data yang akan datang untuk mengukur kesihatan ekonomi selanjutnya yang akan memberi kesan kepada pasaran.

Tinjauan Pasaran: Oktober 7 – 11

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti Non Farm Payroll seperti percakapan dari Pengerusi Fed dar serta Minit Mesyuarat FOMC untuk mengukur pasaran.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Oktober 7 – 11

Isnin, Oktober 7  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, Oktober 8  

Data

USD – Core PPI (MoM)(Sep)

USD – PPI (MoM)(Sep)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

 

Rabu, Oktober 9  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

USD – JOLTs Job Openings (Aug)

CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

 

Khamis, Oktober 10  

Data

GBP – GDP(MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM)(Aug)

USD – Core CPI (MoM)(Sep)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

USD – FOMC Meeting Minutes

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

 

 

Jumaat, Oktober 11

 

 

Data

CAD – Unemployment Change (Sep)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

CrudeOIL – OPEC Meeting