83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 April 2019                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 8 – 12

Reviu Pasaran (Forex): April 1 – April 5

US Dollar

Dolar AS telah melanjutkan keuntungannya bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup pasaran hari Jumaat di paras 96.95. Penampilan bagi dolar AS telah ditingkatkan susulan dengan laporan Nonfarm Payrolls yang lebih baik daripada jangkaan dari Jumaat lepas.

 

Bagi sepanjang minggu lalu, data yang positif dari AS serta perkembangan optimistik dari rundingan perdagangan diantara China dan AS telah membekalkan sokongan yang kukuh kepada dolar serta peningkatan pada nilainya. Seawalnya, ISM Manufacturing Data telah memberikan bacaan yang lebih tinggi sebanyak 55.3, lebih baik daripada ramalan ekonomis sebanyak 54.4. Ia memaparkan bahawa perkembangan ekonomi di AS adalah masih kukuh walaupun data jualan runcit memberikan bacaan yang lebih lemah pada hari Isnin lepas. Selain itu, pandangan optimis terhadap perkembangan ekonomi di AS telah ditingkatkan lagi dengan penyusutan kadar tuntutan pengangguran pada minggu lepas. Tambahan pula, data Nonfarm Payrolls dan kadar pengangguran yang mencerminkan perkembangan ekonomi semasa telah memberikan kadar yang lebih baik daripada ramalan. NFP telah menjangkaui ramalan ekonomis dengan bacaan sebanyak 196K, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 175,000 sementara kadar pengangguran kekal stabil di paras 3.8%. Kedua-dua data tersebut telah mencetuskan momentum bullish pada dolar AS oleh kerana ia tidak memaparkan sebarang isyarat yang membimbangkan kepada para pelabur.

 

Kesimpulannya, penampilan dolar adalah masih kukuh susulan dengan data positif serta optimisme diantara para pelabur terhadap penyelesaian perang perdagangan dengan China. Para pelabur di dalam minggu ini akan memberi tumpuan kepada perkembangan Brexit dan rundingan diantara AS-China untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melanjutkan keuntungannya ke paras yang lebih tinggi bagi sepanjang minggu lepas dan menutup niaga di paras 110.70 Bagi minggu lepas. Momentum tersebut adalah susulan dengan data yang positif dari AS bagi minggu lepas dan ia telah meningkatkan sentimen risiko serta penjualan pada mata wang selamat Yen. Selain itu, Yen Jepun menerima penurunan yang ketara susulan dengan jangkaan yang negatif terhadap perkembangan ekonomi di Jepun selepas Tankan Large Manufacturers Index memaparkan kelemahan yang ketara serta penyusutan pada perbelanjaan pengguna. Data tersebut telah memberi tekanan bearish ke atas Yen Jepun dan mendorong para pelabur untuk beralih kepada aset berisiko seperti dolar dan euro.

 

EUR/USD

Secara keseluruhannya, euro telah didagang dengan lebih rendah bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup niaga pasaran Jumaat di kadar 1.1215. Pasangan ini menerima tekanan bearish susulan dengan kebuntuan yang dialami oleh Brexit serta data yang pesimistik pada minggu lepas. Kebuntuan pada Brexit masih menjadi aspek utama yang membelenggu sentimen di zon Eropah oleh kerana pemisahan UK dan EU boleh menjejaskan negara yang terbabit dengan kedua-dua pihak tersebut dan ia boleh menjejaskan perkembangan ekonomi bagi jangka panjang. Selain itu, pertumbuhan zon EU yang lebih dari segi CPI dan German Manufacturing PMI telah mengesahkan pendekatan dovish dari ECB bahawa mereka akan melanjutkan polisi kewangan yang longgar bagi jangka panjang.

 

GBP/USD

Pound sterling telah didagang dengan lebih tinggi bagi sepanjang minggu lepas sambil menutup pasaran hari Jumaat di paras 1.3035. Pasangan ini telah menerima momentum pergerakan yang besar pada minggu lepas susulan dengan perkembangan negatif mengenai Brexit. Pada awal minggu lepas, draf Brexit yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Theresa May telah berdepan dengan ketewasan bagi kali ketiga dengan undian parlimen sebanyak 388 berbanding 286. Selepas itu, May sedang mempertimbang untuk membuat rayuan kepada EU bagi menangguhkan tarikh Brexit. Namun, zon EU dijangka untuk menolak permintaan beliau melainkan masalah backstop Ireland telah diselesaikan. Sebelum tarikh akhir 12hb April, UK kini sedang berdepan dengan risiko Brexit tanpa perjanjian atau merayu untuk mengekal di dalam zon EU dengan lebih lama dan menyertai undian parlimen zon Eropah. Selain itu, pasangan ini juga telah ditekan oleh data NFP yang lebih positif dan mendorong kenaikan dolar AS.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 1 – April 5

GOLD

Harga emas telah mengukuhkan kedudukannya bagi minggu lepas ambil menutup niaga hari Jumaat di paras $1,291.30 se troy auns. Aset selamat ini telah didagang secara berayun untuk minggu lalu suuslan dengan perkembangan positif mengenai rundingan perdagangan diantara AS-China yang meningkatkan penampilan dolar sementara risiko Brexit telah meningkatkan penampilan aset selamat. Walaupun NFP memberikan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, penampilan emas masih kukuh dan ia telah melanjutkan kenaikannya seiras dengan momentum bullish dolar.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya sambil menutup niaga minggu lepas di paras $63.30 setong. Ia adalah keuntungan yang paling terbesar susulan dengan isyarat pasaran di mana pembekalan minyak akan menyusut. Selain itu, satu laporan berlainan telah menyatakan bahawa AS sedang mempertimbang untuk melaksanakan sekatan tambahan ke atas Iran terminal eksport Venezuela. Ini telah mendorong kenaikan harga minyak mentah dengan lebih lanjut. Walaupun inventori minyak memaparkan peningkatan yang ketara pada minggu lepas, optimisme pasaran terhadap OPEC dan sekutunya adalah masih kukuh dan ia telah meningkatkan momentum bullish pada komoditi minyak mentah.

 

Secara kesimpulannya, pemotongan pembekalan minyak dari OPEC serta sekatan AS ke atas Iran dan Venezuela telah meningkatkan keyakinan para pelabur secara jangka panjang bagi komoditi ini. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada faktor pasaran yang boleh memberi impak kepada pasaran minyak mentah seperti data yang bakal dilepaskan pada hari Rabu ini.

 

 

Pandangan Mingguan: April 8 – 12

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada perkembangan Brexit dan data kritikal bagi AS seperti CPI dan PPI untuk menentukan momentum pasaran.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 8 – 12

Isnin, April 8  

Data

EUR – German Trade Balance (Feb)

USD – Factory Orders (MoM) (Feb)

 

Acara

N/A

 

Selasa, April 9  

Data

CHF – Unemployment Rate s.a. (Mar)

USD – JOLTs Job Openings (Feb)

 

Acara

N/A

 

Rabu, April 10  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

GBP – GDP (MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb)

EUR – Deposit Facility Rate

EUR – ECB Marginal Lending Facility

EUR – ECB Interest Rate Decision (Apr)

USD – Core CPI (MoM) (Mar)

USD – CPI (MoM) (Mar)
USD – Crude Oil Inventories

 

Acara

CrudeOIL – OPEC Monthly Report
EUR – ECB Monetary Policy Statement

EUR – ECB Press Conference

 

Khamis, April 11  

Data
USD – Initial Jobless Claims

USD – PPI (MoM) (Mar)

 

Acara

USD – FOMC Meeting Minutes
CrudeOIL – IEA Monthly Report

CrudeOIL – OPEC Meeting

 

 

Jumaat, April 12

 

 

Data

USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr)

EUR – Industrial Production (MoM) (Feb)

 

Acara

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count.