83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 09 – 14

Reviu Pasaran (Forex): Disember 02- 07

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama menjunam pada awal minggu lalu, namun indeks dolar dapat melonjak pada hari Jumaat lepas di tengah-tengah data pekerjaan positif dari rantau AS sementara menutup pasarannya pada harga 97.59. Dolar telah dijual dengan ketara berbanding dengan mata wang lain pada awal minggu lalu berikutan peningkatan dalam ketegangan perdagangan dan data ekonomi A.S. yang suram, namun data pekerjaan positif yang dikeluarkan pada hari Jumaat lepas berjaya mengehadkan kerugian yang dialami oleh dolar AS.

Menurut Institute for Supply Management, U.S. ISM Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) untuk bulan lalu mencapai 48.1, lebih lemah daripada ramalan ekonomi pada 49.2. Sementara U.S. ISM Non-Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) naik ke 53.9, lebih rendah daripada jangkaan pasaran pada 54.5. Kedua-dua data itu lebih teruk daripada jangkaan, menyebabkan penjualan yang besar untuk indeks dolar. Walau bagaimanapun, Nonfarm payrolls iaitu NFP dibebaskan pada bacaan sebanyak 266K, lebih baik daripada jangkaan ekonomi pada 186k ​​sementara Unemployment Rate AS menurun ke 3.5%, lebih rendah daripada 3.6%. Kedua-dua data pekerjaan lebih baik daripada jangkaan telah mengehadkan kerugian yang dialami oleh indeks dolar. Data pekerjaan yang positif dari rantau Amerika Syarikat telah menunjukkan daya tarikan dolar masih kuat walaupun perang perdagangan masih belum diselesaikan.

Berdasarkan dengan perang perdagangan, Indeks dolar menerima momentum menurun yang besar setelah Presiden A.S. Donald Trump mendedahkan bahawa perjanjian perdagangan dengan China mungkin perlu ditangguhkan sehingga selepas Pilihan Raya Presiden 2020 A.S. Di samping itu, beliau mengulangi bahawa beliau tidak mempunyai tarikh akhir perjanjian perdagangan dengan China. Sentimen negatif sedemikian telah meningkatkan ketegangan perdagangan antara U.S dan China, yang seterusnya mencetuskan penjualan yang ketara untuk indeks dolar. Malah, Presiden AS Donald Trump mengatakan bahawa pentadbirannya akan mengenakan tarif ke atas import logam dari Argentina dan Brazil, dan mungkin mengenakan lebih banyak pada barang-barang Perancis. Sentimen negative ini telah meningkatkan risiko geopolitik dan menyebabkan para pelabur menjual mata wang tersebut. Pada masa ini, para pelabur masih memberikan tumpuan kepada AS-Sino perdagagan kerana masalah perdagangan belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

 

USD/JPY

USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah  pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 108.58. pesimisme perdagangan antara AS dan China telah mengurangkan selera risiko, dan akhirnya meningkatkan permintaan pasaran untuk aset selamat seperti Jepun Yen. Walau bagaimanapun, Yen Jepun menerima momentum penurunan harga yang besar berikutan data suram dibebaskan. Menurut Statistics Bureau, Japan Household Spending (MoM) untuk bulan lepas turun ke -11.5%, lebih buruk daripada ramalan ekonomi pada -9.8%, dan ia mengehadkan keuntungan Yen Jepun.

 

EUR/USD

EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1110. Pasangan itu menerima tekanan bearish pada minggu lepas walaupun data positif dari rantau EU. Menurut Markit Economics, Germany Manufacturing Purchasing Manager Index (PMI) mencatatkan peningkatan daripada 43.8 ke 44.1, melebihi ramalan ekonomi pada 43.8. Sementara itu, Germany Services Purchasing Managers Index (PMI) mencapai bacaan sebanyak 51.7, melebihi jangkaan pasaran pada 51.3. Walaupun data ekonomi baru-baru ini dari rantau Eropah lebih baik daripada jangkaan, Euro masih menerima momentum penurunan harga pada Jumaat lepas di tengah-tengah kekukuhan mata wang saingannya, terutamanya dalam U.S. Dollar.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2775. Pada minggu lepas, para pelabur meletakkan lebih banyak modal ke dalam pasaran sterling kerana optismisme pilihan raya terus menimbang pada sentimen pasaran paun. Menurut kaji selidik YouGov, tinjauan itu menunjukkan bahawa parti Konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri semasa Boris Johnson memegang peluang yang lebih tinggi (43%) untuk memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya yang akan datang ini sementara berbanding dengan pihak lawan seperti Parti Buruh (32%). Walau bagaimanapun, pelabur kini mula menghindar diri daripada pasaran pound kerana risiko ketidakpastian dalam pilihan raya UK masih tinggi.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 02- 07

GOLD

Harga emas telah menyusut ke paras rendah sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1459.60 se troy auns. Awal minggu lepas, emas menerima permintaan yang besar daripada pasaran selepas data pesimis dikeluarkan di rantau Amerika Syarikat, seperti ISM Manufacturing PMI and ADP Nonfarm Employment Change (Nov) yang dibebaskan pada 48.1 dan 67K, lebih rendah daripada jangkaan pasaran pada 49.2 dan 149K masing-masing. Walau bagaimanapun, emas menerima penjualan yang ketara pada akhir minggu lalu selepas Nonfarm Payrolls menunjukkan bacaan yang tidak dijangka lebih tinggi daripada ramalan pasaran, 266k berbanding 186K. Di samping itu, sedikit penurunan dalam kadar kadar Pengangguran juga menurunkan sentimen pasaran emas kerana data ini menunjukkan pasaran buruh AS masih kuat.

 

Crude Oil

Harga minyak didagang dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $59.20 setong. Harga minyak telah meningkat berikutan penurunan data inventori minyak mentah dan pemotongan yang selanjutnya untuk pengeluaran minyak oleh OPEC.

Pada awal minggu lepas, pasaran minyak terus menerima tekanan beli yang ketara kerana data minyak mentah dari API dan EIA telah menunjukkan penurunan dalam paras inventori. Menurut API, data inventori minyak mentah turun ke -3.720 juta, lebih rendah daripada unjuran ahli ekonomi dengan 3.639M. Selain itu, inventori minyak mentah EIA juga menunjukkan penurunan yang besar dalam paras inventori AS di mana data berada di -4.856M, lebih lemah daripada jangkaan pasaran -1.734 juta, sambil menunjukkan bahawa permintaan minyak mentah telah meningkat meskipun kebuntuan perdagangan yang berterusan.

Selain itu, harga minyak melonjak dan mencatatkan keuntungan peratusan yang terbesarnya sejak bulan Jun selepas OPEC dan sekutu-sekutunya bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka. Dalam mesyuarat OPEC di Vienna, OPEC dan ahli bukan OPEC telah bersetuju untuk mengurangkan lagi 0.5 juta bpd ke 1.7 juta bpd bermula pada Januari 2020. Malah, jumlah pengurangan pengeluaran minyak adalah lebih tinggi daripada 1.7 juta kerana Arab Saudi berkata ia akan mengurangkan pengeluarannya dengan tambahan 0.167 juta bpd sementara meneruskan pemotongan secara sukarela sebanyak 0.4 juta barel setiap hari. Menurut mesyuarat OPEC, pelan minyak ini akan berterusan sehingga suku pertama  tahun 2020 dan mesyuarat antara ahli OPEC akan diadakan pada 5 dan 6 Mac untuk menentukan sama ada untuk mengubah pelan minyak mereka atau tidak. Setakat ini, pelabur akan memberi tumpuan terhadap lebih banyak data inventori minyak mentah dan perkembangan perbincangan perdagangan untuk mengukur arah pasaran minyak.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 09 – 14

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti kadar faedah yang akan diumumkan oleh beberapa bank pusat seperti Federal Reserve, Swiss National Bank dan European Central Bank juga.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 09 – 14

Isnin, 9hb Disember  

Data

JPY – GDP (QoQ) (Q3)

 

Acara

N/A

 

Selasa, 10hb Disember  

Data

GBP – GDP (QoQ) (Q3)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct)

EUR – German ZEW Economic Sentiment (Dec)

 

Acara

AUD – Mid-Year Economic and Fiscal Outlook

 

Rabu, 11hb Disember  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

USD – Core CPI (MoM) (Nov)

USD – CPI (MoM) (Nov)

CrudeOIL – EIA Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

 

 

Khamis, 12hb Disember

 

Data

USD – Fed Interest Rate Decision

CHF – SNB Interest Rate Decision

EUR – Deposit Facility Rate (Dec)

EUR – ECB Marginal Lending Facility

EUR – ECB Interest Rate Decision (Dec)

USD – PPI (MoM) (Nov)

 

Acara

USD – FOMC Economic Projections

USD – FOMC Statement

USD – FOMC Press Conference

CHF – SNB Monetary Policy Assessment

CHF – SNB Press Conference

GBP – U.K. General Election

EUR – ECB Monetary Policy Statement

EUR – ECB Press Conference

 

 

Jumaat, 13hb Disember

 

 

Data

JPY– Tankan Large Manufacturers Index (Q4)

JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q4)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov)

 

Acara

CAD – BoC Gov Poloz Speaks

 

Saturday, 14hb Disember Data

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count