83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Jun 2019                 Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Jun 10 – 14  

Reviu Pasaran (Forex): Jun 3 – Jun 7    

US Dollar

Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas sambil mencecah paras rendah 8 minggu dan menutup pasaran Jumaat di 96.47. Pada minggu lepas, dolar AS telah ditekan oleh data yang negatif dari segi pasaran pekerjaan dan pertumbuhan gaji serta kenyataan dovish daripada Bank Pusat AS (Fed).

 

Pada awal minggu lepas, dolar telah menerima sokongan momentum bearish berikutan dengan pembebasan data ISM Manufacturing PMI yang telah menyusut ke paras 52.1, tersasar daripada ramalan sebanyak 53.0. Tambahan pula, Pengerusi Fed Jerome Powell telah menyatakan bahawa kemungkinan bagi pemotongan kadar adalah lebih tinggi susulan dengan ketegangan perang perdagangan. Kenyataan tersebut telah mencetuskan kebimbangan di antara kalangan para pelabur sementara mereka menjual dolar. Selain itu, dolar juga ditekan oleh data ADP Nonfarm Employment Change yang suram dengan bacaan sebanyak 27K berbanding dengan 180K. Namun, kerugiannya adalah terhad susulan dengan pembebasan data ISM Non-Manufacturing PMI yang memberi bacaan sebanyak 56.9, mencecah ramalan ekonomis sebanyak 55.5.

 

Pada hari Jumaat lepas, dolar telah mengalami penjualan secara mendadak selepas data Nonfarm Payroll menjunam ke paras 75K dari 224K, tersasar dengan ramalannya sebanyak 185K. Data tersebut telah menunjukkan pasaran pekerja yang lebih lemah walaupun kadar pengangguran AS kekal di paras 3.6%. Sentimen dolar telah ditambah buruk semasa data Average Hourly Earnings memberi bacaan sebanyak 3.1%, 0.1% lebih kurang daripada jangkaannya serta menunjukkan penyusutan dalam pertumbuhan gaji di AS yang bakal menjejaskan aktiviti perbelanjaan bagi jangka panjang. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada perkembangan perundingan perdagangan terutamanya semasa sidang kemuncak G20 di Jepun dan juga data ekonomi untuk memantau selanjutnya penggerakan dolar.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 108.20. Sentimen terhadap Yen yang selamat adalah bercampuran pada minggu lepas berikutan dengan ketegangan perang perdagangan global dan juga peningkatan selera risiko di kalangan para pelabur di tengah-tengah kelemahan dolar. Pasangan tersebut telah mengalami penjualan yang mendadak pada akhir minggu lepas berikutan dengan pembebasan data yang negatif dari AS.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah didagang dengan lebih tinggi bagi sepanjang minggu lepas serta mencecah paras tertinggi dalam tempoh 11 minggu dan menutup pasaran Jumaat lepas berdekatan 1.1330. Euro telah mengalami pembelian yang mendadak berikutan dengan kelemahan dolar serta kenyataan kejutan daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Pada awal minggu lepas, data yang negatif dari rantau AS telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke dalam pasaran euro susulan dengan data pembuatan dan perkhidmatan yang positif daripada Zon Eropah. Euro menerima sokongan selanjutnya selepas Presiden ECB Mario Draghi menyatakan bahawa bank akan menangguhkan kenaikan kadar mereka sehingga pertengahan tahun 2020 serta menurunkan kekhuatiran pemotongan kadar sebelumnya akibat dengan penyusutan ekonomi dalam Zon Eropah.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi untuk sepanjang minggu yang lalu sementara menutup pasaran berdekatan paras 1.2730. Permintaan terhadap pasangan tersebut telah dihadkan akibat dengan data yang suram dari UK walaupun dengan kelemahan dolar. Pada minggu lepas, UK telah membebaskan data Manufacturing PMI dan Construction PMI di mana kedua-dua data tersebut telah tersasar dengan ramalannya dengan bacaan sebanyak 50.5 berbanding 50.6 dan 48.6 berbanding 50.5 masing-masing. Walaupun data Services PMI telah mencecah ramalan ekonomis dengan bacaan 51.0 berbanding dengan 50.6, para pelabur masih khuatir terhadap pound di tengah-tengah ketidakpastian Brexit dan ketegangan politik mengenai pilihan Perdana Menteri yang baru.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Jun 3 – 7    

GOLD

Harga emas telah melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas sementara menutup pasaran di harga $1340.33 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar. Dolar telah mengalami penjualan secara mendadak pada minggu lepas susulan dengan pembebasan data pekerjaan dan pertumbuhan gaji yang lemah. Data yang negatif tersebut telah meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar oleh Fed. Selain itu, ketegangan perdagangan diantara AS dan China yang masih belum selesai telah menyebabkan para pelabur untuk mencari perlindungan pelaburan di aset yang selamat sebagai penghindaran risiko.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melantun dari paras rendahnya berikutan dengan perubahan sentimen di dalam pasaran sementara menutup pasaran minggu lepas di $54.01 setong. Menurut kepada laporan terkini, Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih telah menyatakan pada hari Jumaat lepas bahawa OPEC dan Rusia berkemungkinan bersetuju untuk meneruskan pelan pemotongan bekalan sepanjang tahun ini. Selain itu, laporan daripada Baker Hughes mencadangkan bahawa inventori minyak di AS bermula untuk menyusut semasa bilangan pelantar minyak telah dikurangkan ke 789 daripada 800. Pada masa yang sama, peningkatan harga minyak mentah juga disokong oleh berita positif di mana Mexico yang merupakan pengimport minyak terbesar dari AS telah mencapai perjanjian dengan AS. Pencapaian perjanjian tersebut telah menyebabkan Presiden AS Donald Trump untuk membatalkan tarif yang dikenakan ke atas barangan Mexico, serta menambah baik sentimen pasaran minyak.

 


 

Tinjauan Mingguan: Jun 10 – 14

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada perkembangan perbincangan perdagangan di antara AS dan China untuk mendapatkan isyarat selanjutnya bagi penggerakan dolar. Selain itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada data utama seperti PPI dan Core CPI AS untuk memantau selanjutnya penggerakan mata wang lain.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Jun 10 – 14  

Isnin, Jun 10  

Data

GBP – GDP (MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr)

GBP – Monthly GDP 3M/3M Change (MoM)

USD – JOLTs Job Openings (Apr)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Jun 11  

Data

GBP – Average Earnings Index +Bonus (Apr)

GBP – Claimant Count Change (May)

GBP – Unemployment Rate (Apr)

USD – PPI (MoM) (May)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Jun 12  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CNY – CPI (MoM) (May)
CNY – PPI (YoY) (May)
USD – Core CPI (MoM) (May)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Khamis, Jun 13  

Data

AUD – Employment Change (May)

CHF – SNB Interest Rate Decision

EUR – German CPI (MoM) (May)

USD – Initial Jobless Claims
Acara

CHF – SNB Monetary Policy Assessment

CHF – SNB Press Conference

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

 

 

Jumaat, Jun 14

 

 

Data

CNY – Industrial Production (YoY) (May)

JPY – Industrial Production (MoM) (Apr)

USD – Core Retail Sales (MoM) (May)
USD – Retail Sales (MoM) (May)
USD – Industrial Production (MoM) (May)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun)
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

CrudeOIL – IEA Monthly Report