83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 November 2019                           Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: November 11 – 15

Reviu Pasaran (Forex): November 4 – 8

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi bagi sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 98.15. Indeks tersebut telah menerima sokongan bullish susulan dengan data yang positif dari rantau AS dan prospek positif bagi perang perdagangan.

Menurut kepada Institut Pengurusan Bekalan, Indeks ISM Non-Manufacturing Purchasing Manager (PMI) bagi Amerika Syarikat memberi bacaan sebanyak 54.7 untuk bulan lepas, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 53.5. Data positif tersebut telah menandakan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat, yang selanjutnya memberi sokongan bullish ke atas indeks tersebut. Namun, Menurut kepada Bureau of Labour Statistics, Data AS JOLTs Job Openings memberi bacaan sebanyak 7.024M, tersasar daripada jangkaan ekonomis iaitu 7.028M, yang selanjutnya mengehadkan keuntungan pada dolar AS.

Selain itu, dolar AS melanjutkan keuntungannya susulan dengan jangkaan positif terhadap resolusi perang perdagangan. Menurut daripada Reuters, Setiausaha perdagangan Amerika Syarikat Wilbur Ross menegaskan bahawa mereka akan memberi lesen bagi syarikat AS untuk menjual komponen kepada Huawei Technologies CO China. Tambahan pula,  China meminta Presiden AS Donald Trump untuk menghapuskan lebih banyak tarif yang dikenakan pada bulan September untuk menandatangani perjanjian “fasa pertama” pada bulan depan. Para pelabur menjangkakan bahawa AS akan menangguhkan tarif yang selebihnya, yang selanjutnya mengurangkan ketegangan perdagangan dan merangsangkan kenaikan untuk Indeks Dolar. Pada Khamis yang lalu, lokasi baru bagi perjanjian perdagangan ditetapkan di London selepas mesyuarat antara AS dan China di Chile dibatalkan berikutan dengan bantahan-bantahan. Prospek optimisme terhadap perang perdagangan terus meningkat selepas AS dan China bersetuju untuk membatalkan tarif secara berperingkat bagi menandatangani “perjanjian fasa pertama”, dikatakan oleh pegawai dari Amerika Syarikat dan China pada hari Khamis. Walau bagaimanapun, menurut daripada berita terkini pada hari Jumaat yang lalu, Donald Trump menegaskan bahawa dia belum memutuskan untuk menghapuskan tarif. Sentimen dovish tersebut telah meningkatkan ketidakpastian dan mengehadkan keuntungannya pada indeks Dolar. Pada masa kini, para pelabur akan memantau berita terkini yang berkaitan dengan perang perdagangan untuk menjangkakan pergerakan indeks tersebut.

 

USD/JPY

USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah  pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi Jumaat lepas pada harga 1.1019. Pasangan tersebut menerima tekanan bearish selepas data ekonomi yang positif dari Amerika Syarikat dibebaskan. Selain itu, prospek optimisme bagi perang perdagangan antara AS dan China telah meningkatkan selera risiko, yang selanjutnya meningkatkan permintaan untuk aset selamat dan mendorong penjualan yang lanjut bagi aset selamat seperti Yen Jepun.

 

EUR/USD

EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1160. Euro menerima penjualan yang lanjut walaupun data positif dari rantau EU dibebaskan. Menurut kepada Markit Economics, Indeks Manufacturing Purchasing Managers Jerman (PMI) memberi bacan sebanyak 42.1, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 41.9 untuk bulan lepas. Tambahan pula, Manufacturing PMI meningkat dari bacaan sebanyak 45.9 ke bacaan sebanyak 45.7, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis 45.7 untuk bulan Oktober. Namun, walaupun data ekonomi baru-baru dari rantau Eropah lebih baik daripada jangkaan pasaran, pasangan Euro masih menerima momentum bearish susulan dengan kekukuhan mata wang saingan, terutamanya dalam Dolar AS.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2775. Paun Sterling menerima momentum penjualan selepas Bank Pusat UK memberi sentimen yang dovish kepada para pelabur, walaupun mereka mengekalkan kadar faedah sebanyak 0.75%. Menurut daripada Reuters, dua pegawai Bank Pusat UK mengundi untuk mengurangkan kadar faedah semasa mesyuarat monetari, dan yang lain menegaskan bahawa mereka akan meneliti data ekonomi UK pada masa depan untuk menentukan kemungkinan pemotongan kadar faedah. Secara keseluruhan, sentimen pasaran ke atas pasangan tersebut masih kekal tenang sementara pasaran menunggu keputusan pilihan raya umum pada 12hb Disember 2019.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 4 – 8

GOLD

Harga emas telah menyusut ke paras terendah berbanding dengan satu bulan minggu lepas sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1458.82 se troy auns. Komoditi tersebut telah mengalami penjualan yang signifikan berikutan dengan data yang positif dari rantau Amerika Syarikat dan optimisme perang perdagangan. Data positif di Amerika Syarikat telah memberikan sokongan bullish pada dolar AS, yang selanjutnya meningkatkan penjualan bagi aset selamat seperti emas. Selain itu, kenaikan dalam optimisme perang perdagangan telah meningkatkan selera risiko dan meningkatkan permintaan untuk aset berisiko, yang selanjutnya mendorong saham AS dan Hasil Perbendaharaan untuk menaik dan memberi tekanan bearish bagi aset selamat. Namun, komoditi tersebut telah mengehadkan kerugiannya selepas Presiden AS Donald Trump pada hari Jumaat yang lalu menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju untuk membatalkan tarif terhadap barangan-barangan China. Sentimen negatif tersebut telah mengurangkan selera risiko, yang selanjutnya meningkatkan permintaan untuk aset selamat.

 

Crude Oil

Harga minyak kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $57.41 setong. Pada awal minggu lalu, harga minyak mentah menyusut selepas data inventori minyak mentah dibebaskan. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga, inventori minyak mentah A.S. memberi bacaan sebanyak 7.929 juta, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 1.515 juta.

Namun, harga minyak mentah telah membatasi kerugiannya susulan dengan prospek positif bagi penyelesaian perang perdagangan di antara AS dan China. Penurunan risiko perang perdagangan telah mendorong prospek positif bagi perkembangan ekonomi dunia, yang selanjutnya memberi sokongan bullish ke atas minyak mentah. Selain itu, menurut kepada Bloomberg, ketidakpastian di Iraq kekal berikutan dengan protes anti-kerajaan di Iraq, yang selanjutnya mendorong kebimbangan pasaran mengenai pasaran minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: November 11 – 15

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti data GDP dan Data Pengeluaran pembuatan di United Kingdom dan keputusan kadar faedah Bank Pusat New Zealand yang  akan dibebaskan pada minggu ini untuk memantau lebih banyak isyarat pasaran. Di samping itu, para pelabur juga akan terus menumpukan perhatian kepada perkembangan terkini yang berkaitan dengan perang perdagangan dan Brexit

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 11 – 15

Isnin, November 11  

Data

GBP – GDP (QoQ) (Q3)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Sep)

GBP – Monthly GDP 3M/3M Change

 

Acara

N/A

 

Selasa, November 12  

Data

GBP – Average Earnings Index + Bonus (Sep)

GBP – Claimant Count Change (Oct)

EUR – German Zew Economic Sentiment (Nov)

 

Acara

N/A

 

Rabu, November 13  

Data

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

GBP – CPI (YoY) (Oct)

USD – Core CPI (MoM) (Oct)

 

Acara

NZD – RBNZ Monetary Policy Statement

NZD – RBNZ Press Conference

 

 

 

Khamis, November 14

 

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

JPY – GDP (QoQ) (Q3)

AUD – Employment Change (Oct)

EUR – German GDP (QoQ)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Testifies

 

 

Jumaat, November 15

 

 

Data

Crude OIL – Crude Oil Inventories

EUR – CPI (YoY) (Oct)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Oct)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

CAD – BoC Gov Poloz Speaks