83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Ogos 2019              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 12 – Ogos 16  

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 5 – 9

US Dollar

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah bagi sepanjang minggu lepas berlatarbelakangkan data yang negatif dari rantau tersebut dan juga ketegangan perang perdagangan diantara AS dan China.

 

Pada awal minggu lepas, indeks dolar telah menerima tekanan menurun berikutan dengan pembebasan data yang negatif seperti ISM Non-Manufacturing PMI dan JOLTs Job Openings. Kedua-dua data tersebut memberi bacaan sebanyak 53.7 dan 7.348M masing-masing, tersasar daripada ramalan ekonomis sebanyak 55.5 dan 7.450M sementara mengisyaratkan bahawa ekonomi AS masih ditekan oleh ketegangan perdagangan AS-China. Selain itu, ketegangan tersebut juga meningkatkan jangkaan pemotongan kadar yang selanjutnya oleh Bank Pusat AS (Fed) bagi mesyuarat dasar yang akan datang. Tindakan tersebut berkemungkinan untuk diambil bagi menyokong pertumbuhan ekonominya. Ini telah menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka daripada pasaran dolar ke dalam pasaran aset selamat seperti Yen Jepun dan emas.

 

Tambahan pula, peningkatan ketegangan perdagangan diantara dua ekonomi terbesar telah menyusutkan nilai dolar. Selepas AS membuat keputusan untuk mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China mulai 1hb September, China telah bertindak balas dengan menghentikan segala pembelian barangan pertanian daripada AS. Selain itu, perunding China kini dijangka untuk mengadakan lagi satu pusingan perundingan dengan pihak AS di Washington pada bulan September bagi mengatasi pertikaian mereka yang telah menjejaskan ekonomi mereka. Tambahan pula, Presiden AS Donald Trump menegaskan bahawa Fed sepatutnya memotong kadar faedah dengan lebih cepat dan menghentikan pengetatan kuantitatif secara serta merta bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Kenyataan beliau telah meningkatkan jangkaan pemotongan kadar yang selanjutnya bagi tahun 2019. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada data ekonomi daripada rantau AS bagi memantau selanjutnya pendirian Fed terhadap dasar kewangannya.

 

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat berdekatan paras 105.65. Pada awal minggu lepas, Yen Jepun telah menerima sokongan menaik berikutan dengan ketegangan perdagangan diantara AS dan China dan juga data yang negatif dari rantau AS. Selain itu, mata wang Yen menerima permintaan yang lebih tinggi selepas Jepun membebaskan data GDP mereka dengan bacaan sebanyak 0.4%, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 0.1%. Data tersebut telah mencadangkan prospek ekonomi yang optimis dan kadar faedah serendah -0.10% adalah secukupnya bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Jepun.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah berjaya untuk melanjutkan keuntungannya bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat berdekatan 1.1200. Pada awal minggu lepas, mata wang euro telah mengalami pembelian secara mendadak berikutan dengan ketegangan perdagangan AS dan China yang meningkatkan sentimen pasaran yang lain. Walaubagaimanapun, Zon Eropah masih ditekan oleh penyusutan pertumbuhan ekonomi dan Bank Pusat Eropah (ECB) masih berusaha untuk mengambil tindakan pencegahan seperti pemotongan kadar ke paras negatif dan juga penerusan pembelian bon. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi fokus kepada data ekonomi daripada negara Jerman dan Zon Eropah pada minggu ini bagi mendapatkan isyarat yang selanjutnya di dalam pasaran.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan momentum bearish sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lepas berdekatan paras 1.2020. Sentimen bagi pasaran pound adalah masih bearish berikutan dengan isu Brexit yang masih menghantui pasaran UK. PM UK Boris Johnson telah menegaskan bahawa beliau akan menyampaikan Brexit sebelum 31hb Oktober tanpa kira apa jua keputusannya serta mencetuskan kebimbangan bahawa UK akan meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian dan ia bakal menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi dua rantau tersebut. Tambahan pula, data negatif terkini dari UK telah menambah buruk sentimen bagi pound semasa data GDP dan Manufacturing Production UK memberi bacaan sebanyak 0.2% berbanding dengan 0.0% dan -0.2% berbanding dengan -0.1% masing-masing. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada mesyuarat G-7 semasa 24-26hb Ogos di mana Johnson dijangka untuk bertemu dengan pemimpin Jerman dan Perancis bagi mendapatkan isyarat yang selanjutnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 5 – Ogos 9  

GOLD

Harga emas kekal didagang dalam lingkungan yang ketat sementara menutup pasaran Jumaat lepas di $1,496.10 se troy auns. Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat berkekal kukuh akibat dengan risiko yang masih berlegar di dalam pasaran seperti ketegangan perang perdagangan diantara AS dan China dan juga isu Brexit. Para pelabur kini menunggu data CPI pada minggu ini daripada AS bagi memantau paras inflasi negara untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai keputusan kadar faedah Fed.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah secara keseluruhannya pada minggu lepas berdekatan paras $54.20 setong. Sentimen bagi minyak mentah berkekal dovish akibat daripada peningkatan dalam paras inventori minyak di AS yang dilaporkan oleh EIA dan API.

 

Penyusutan pertumbuhan ekonomi global yang berterusan telah mencetuskan ketidakpastian terhadap permintaan bagi komoditi terebut semasa kebanyakan bank pusat mengumumkan pemotongan kadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negaranya. Selain itu, ketegangan perdagangan yang makin buruk diantara AS dan China telah meningkatkan prospek kemelesetan ekonomi. Tarif yang dikenakan kepada kedua-dua negara tersebut juga menjejaskan sektor pengeluaran serta mengurangkan permintaan terhadap minyak bagi jangka masa yang akan datang.

 

Laporan daripada Internasional Energy Agency (IEA) telah meramalkan permintaan minyak mentah bagi tahun 2020 akan menyusut selepas ia mencecah paras tertinggi bagi tahun ini. Mereka menjangkakan permintaan minyak untuk menyusut dari 1.3 juta tong sehari ke 1.1 juta tong sehari sepanjang dua tahun ini. Para pelabur kini sedang menunggu data inventori yang selanjutnya dan juga perkembangan perdagangan bagi memantau penggerakan minyak.


 

Tinjauan Pasaran: Ogos 12 – Ogos 16      

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data penting seperi Core CPI As dan juga Retail Sales data bagi memantau selanjutnya penggerakan pasaran.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 12 – Ogos 16      

Isnin, Ogos 12  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, Ogos 13  

Data

EUR – German CPI (MoM) (Jul)

GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jun)

GBP – Claimant Count Change (Jul)

GBP – Employment Change 3M/3M (MoM) (Jun)

EUR – German ZEW Economic Sentiment (Aug)

USD – Core CPI (MoM) (Jul)

 

Acara

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

 

Rabu, Ogos 14  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CNY – Industrial Production (YoY) (Jul)

EUR – German GDP (QoQ) (Q2)

GBP – CPI (YoY) (Jul)

EUR – GDP (QoQ) (Q2)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Ogos 15  

Data

AUD – Employment Change (Jul)

JPY – Industrial Production (MoM) (Jun)

GBP – Retails Sales (MoM) (Jul)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Jul)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Aug)

USD – Retail Sales (MoM) (Jul)

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Ogos 16

 

 

Data

USD – Building Permits (Jul)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Aug)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A