83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

13 Januari 2019                  Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Januari 13 – 17

Reviu Pasaran (Forex): Januari 6 – 10

US Dollar

Indeks dolar yang diukur terhadap sekumpulan enam pasangan mata wang utama kekal di tanah tinggi minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lepas pada harga 97.02. Walaupun dengan data pekerjaan lemah yang dikeluarkan pada hari Jumaat telah memberi sedikit tekanan kepada dolar AS, sentimen pasaran secara keseluruhan masih kekal kukuh oleh kerana pasaran kekal menaruh harapan yang tinggi dalam perjanjian perdagangan antara A.S. dan China.

 

Menurut kepada U.S Bureau of Labor Statistics, Amerika Syarikat hanya menambah sebanyak 145,000 pekerjaan untuk bulan Disember, lebih rendah daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 164,000. Kadar pengangguran masih kekal pada 3.5%, namun purata pendapatan bagi setiap jam telah tersasar daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 34.3 berbanding 34.4. Data-data yang mengecewakan tersebut telah mencetuskan tekanan penjualan di pasaran dan tidak memberi banyak rangsangan untuk Fed menukar pandangannya dari neutral.

 

Namun, sentimen pasaran kekal positif susulan dengan kemungkinan dalam penandatangan perjanjian perdagangan antara U.S dan China minggu ini. Menurut kepada laporan terbaru, Penasihat Ekonomi Rumah Putih Larry Kudlow telah menyatakan segalah telah bersedia dalam perjanjian perdagangan China. Pada masa yang sama, Setiausaha Perbendaharaan AS Steve Mnuchin juga menambah bahawa akan ada perbincangan mengenai fasa kedua kesepakatan perdagangan AS-China apabila delegasi Cina tiba pada 15 Januari.

 

Susulan dengan pasaran kekal membuat spekulasi bahawa sama ada perang perdagangan yang berterusan tersebut dapat berakhir pada minggu ini, pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan berterusan dalam rundingan perdagangan dan data ekonomi yang akan datang untuk mendapat isyarat selanjutnya untuk dolar AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY telah melonjak pada minggu lalu sementara menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 109.47. Susulan dengan optimisme yang semakin meningkat dalam isu-isu geopolitik seperti ketegangan Timur Tengah dan perjanjian perdagangan, daya tarikan terhadap Yen Jepun sebagai mata wang yang selamat telah menjunam dan menyebabkan para pelabur untuk memindahkan portfolio mereka dari pasaran selamat ke pasaran yang lebih berisiko.

 

EUR/USD

EUR / USD kekal bergelut secara keseluruhan pada minggu lepas tetapi telah melantun  sedikit pada hari Jumaat sementara menutup sesi dagangan minggu lepas pada harga 1.1116. Oleh kerana  kekurangan pemangkin dari Euro dan juga optimistik terhadap kesepakatan perdagangan antara A.S dan China, permintaan terhadap Euro kekal lemah.

 

GBP/USD

GBP / USD terus melanjutkan kejatuhan pada minggu lalu sambil menamatkan sesi pasaran dengan harga 1.3061. Pasangan ini kekal mengalami  risiko penurunan susulan dengan kenyataan dasar dari BoE dan kekurangan perkembangan dari Brexit. Pada minggu lepas, gabenor BoE  Mark Carny dan penggubal dasar kewangan Silvana Tenreyro mencadangkan mereka akan lebih cenderung untuk menyokong  penurunan kadar faedah untuk bulan-bulan yang akan datang sekiranya pertumbuhan ekonomi tidak meningkat. Selain itu, perkembangan Brexit juga tidak memberi sebarang kejutan di Parlimen UK, justerunya menyebabkan pasaran kekal bereaksi terhadap kenyataan BoE yang dovish.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 18 – 22

GOLD

Harga emas kekal lemah dan jatuh pada minggu lalu sambil mengakhiri pasaran sekitar harga $ 1562.95 se troy auns. Susulan dengan potensi  dalam penandatangan perjanjian perdagangan, daya tarikan sebagai aset selamat telah jatuh berikutan dengan dolar AS berjaya mengumpan para pelabur yang mengelak risiko. Di tempat lain, ketegangan yang semakin menyusut dalam Timur Tengah juga mengurangkan selanjutnya daya tarik komoditi yang selamat tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah kekal mengalami tekanan dan terus melanjutkan penjualannya yang berterusan pada minggu lalu sambil menamatkan pasaran dengan harga pada 57.90 susulan dengan penyusutan dalam konflik Iran dan Amerika Syarikat pada Rabu lepas.

 

Minggu lalu, harga komoditi telah menjunam sebanyak 3% selepas Trump menyatakan bahawa tidak akan ada tindakan ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu Iran. Menambah lagi tekanan penjualan selanjutnya adalah kenaikan yang tidak dijangka dalam inventori AS. Menurut kepada data yang dikeluarkan oleh EIA minggu lalu, inventori minyak mentah telah meningkat dengan tidak dijangka sebanyak 1.164 juta tong, bertentangan dengan jangkaan untuk pengurangan sebanyak -3.572 juta tong.

 

Susulan dengan sentimen pasaran bagi komoditi hitam dijangka akan melanjutkan tekanan penjualannya, para pelabur akan mengalih perhatian mereka ke arah pemangkin seterusnya dan tajuk utama global yang boleh menjejaskan permintaan komoditi untuk mendapat pengesahan selanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: November 25 – 29

Untuk minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data yang akan datang seperti U.S Retail Sales dan CPI yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mendapat lebih banyak isyarat pasaran. Di samping itu, para pelabur juga akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan asas yang berterusan seperti penandatangan perjanjian perdagangan dan perkembangan Brexit yang berpotensi.

 

Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA serta perkembangan di Timur Tengah untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 13 – 17

Isnin, Januari 13  

Data

GBP – GDP (MoM)

GBP – Manufacturing Production (MoM) (Nov)

GBP – Monthly GDP 3M/3M Change

 

Acara

N/A

 

Selasa, Januari 14  

Data

USD – Core CPI (MoM) (Dec)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Januari 15  

Data

GBP – CPI (YoY) (Dec)

USD – PPI (MoM) (Dec)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

GBP – Autumn Budget 

 

 

 

Khamis, Januari 16

 

Data

USD – Core Retail Sales (MoM) (Dec)

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jan)

USD – Retail Sales (MoM) (Dec)

 

Acara

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

Jumaat, Januari 17

 

 

Data

CNY – GDP (YoY) (Q4)

CNY – Industrial Production (YoY) (Dec)

GBP – Retail Sales (MoM)

EUR – CPI (YoY) (Dec)

USD – Building Permits (Dec)

USD – JOLTs Job Openings (Nov)

 

Acara

N/A