83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 November 2019                           Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: November 18 – 22

Reviu Pasaran (Forex): November 11 – 15

US Dollar

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah bagi sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 97.80. Indeks tersebut telah menerima tekanan bearish susulan dengan data yang suram dari rantau AS dan prospek negatif bagi perang perdagangan.

Menurut daripada Biro Statistik Buruh A.S, AS Core Consumer Price Indeks (CPI) untuk bulan lepas memberi bacaan sebanyak 2.3%, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu sebanyak 2.4%. Tambahan pula, menurut daripada Rizab Persekutuan (Fed), Pengeluaran Perindustrian AS untuk bulan lepas memberi bacaan sebanyak -0.8%, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu -0.4%. Namun, AS Producer Price Index (PPI) dan Core Retail Sales untuk bulan yang lepas kedua-dua lebih baik daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya mengehadkan kerugiannya ke atas indeks tersebut.

Selain itu, dolar AS melanjutkan kerugiannya susulan dengan jangkaan negatif terhadap resolusi perang perdagangan. Ketegangan perang perdagangan telah meningkat susulan dengan AS dan China menegaskan kedua-dua pihak bergelut untuk mencapai perjanjian “fasa pertama”, dilaporkan oleh Financial Times. Tambahan pula, rundingan perdagangan di antara AS dan China telah mencapai kebuntuan akibat daripada percanggahan pendapat mengenai kadar pembelian barangan pertanian. Selain itu, Beijing tidak mahu perjanjian yang akan memanfaat untuk Amerika Syarikat sahaja. Sentimen negatif tersebut berlaku selepas Presiden A.S Donald Trump memberi amaran bahawa beliau akan menaikkan tarif ke atas barangan China jika perjanjian “fasa pertama” di antara kedua-dua negara tidak mencapai, yang selanjutnya meningkatkan ketidakpastian terhadap rundingan perdagangan. Namun, Setiausaha Perdagangan A.S Wilbur Ross menegaskan pada hari Jumaat yang lepas bahawa mereka telah mencapai kemajuan tertentu dalam perjanjian “fasa pertama”, yang selanjutnya meningkatkan sentimen positif ke atas perang perdagangan dan mengehadkan kerugian ke atas indeks tersebut. Pada masa kini, para pelabur akan memantau berita terkini yang berkaitan dengan perang perdagangan untuk menjangkakan pergerakan indeks tersebut.

 

USD/JPY

USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah  pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi Jumaat lepas pada harga 108.75. Prospek pesimisme terhadap perang perdagangan di antara AS dan China telah mengurangkan selera risiko, yang selanjutnya meningkatkan permintaan untuk aset selamat seperti Yen Jepun. Walau bagaimanapun, Yen Jepun menerima momentum bearish selepas data yang suram dari rantau Jepun dibebaskan. Menurut kepada Pejabat Kabinet, Jepun Gross Domestik Product (GDP) untuk bulan yang lepas memberi bacaan sebanyak 0.1%, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu sebanyak 0.2%, yang selanjutnya mengehadkan keuntungan ke atas pasangan tersebut.

 

EUR/USD

EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1050. Euro menerima beberapa momentum bullish selepas data ekonomi yang positif dari rantau Eropah dibebaskan. Menurut daripada Penyelidikan Pasaran kewangan ZEW, sentimen Jerman Zew Ekonomi memberi bacaan sebanyak -2.1, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu sebanyak -13.2. Tambahan pula, Jerman Gross Domestik Product (GDP) pada bulan yang lepas memberi bacaan sebanyak 1.0%, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 0.9%, yang selanjutnya memberi sokongan bullish ke atas pasangan Euro.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2902. Paun Sterling menerima sokongan kenaikan susulan dengan prospek positif untuk soft-Brexit, walaupun data ekonomi dari rantau UK adalah buruk. Menurut daripada Reuters, Paun Sterling mencatat keuntungannya selepas Parti Brexit menegaskan bahawa mereka tidak akan bertanding dengan Parti Konservatif dalam pilihan raya 12hb Disember 2019 di UK. Sentimen positif tersebut telah meningkatkan kebarangkalian Parti Konservatif Britain untuk memenangi pilihan raya tersebut, yang memberi jangkaan positif terhadap prospek Brexit dan memberi sokongan bullish ke atas Paun Sterling. Namun, pasangan tersebut telah mengehadkan keuntungannya selepas data yang suram dari rantau UK dibebaskan. UK Consumer Price Indeks (CPI) memberi bacaan sebanyak 1.5%, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 1.6%. Tambahan pula, UK Gross Domestik Product (GDP) dan UK Manufacturing Production untuk bulan yang lepas kedua-dua lebih teruk daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya mengehadkan keuntungan ke atas Paun Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 11 – 15

GOLD

Harga emas telah melonjak sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1467.60 se troy auns. Komoditi tersebut telah menerima permintaan yang signifikan berikutan dengan data yang suram dari rantau Amerika Syarikat dan prospek pesimisme terhadap perang perdagangan. Data negatif di Amerika Syarikat telah memberikan tekanan bearish pada dolar AS, yang selanjutnya meningkatkan permintaan bagi aset selamat seperti emas. Sebaliknya, prospek negatif bagi perang perdagangan telah mengurangkan selera risiko dan meningkatkan permintaan untuk aset selamat. Walau bagaimanapun, ketegangan perdagangan telah menyusut selepas AS Setiausaha Perdagangan Wilbur Ross pada hari Jumaat lepas memberi pernyataan yang positif yang berkaitan dengan perang perdagangan. Menurut daripada Financial Times, beliau menegaskan bahawa beberapa kemajuan yang berkaitan dengan rundingan perdagangan telah mencapai. Positif sentimen tersebut telah memberi prospek positif bagi perang perdagangan, yang selanjutnya mengehadkan keuntungan di atas aset selamat tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $57.86 setong. Pada awal minggu lalu, harga minyak mentah menyusut selepas data inventori minyak mentah dibebaskan. Menurut kepada Pentadbiran Maklumat Tenaga, inventori minyak mentah A.S. memberi bacaan sebanyak 2.219M juta, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran 1.649 juta.

 

Namun, harga minyak mentah telah melantun dari paras yang rendah berikutan dengan Saudi Aramco, salah sebuah syarikat minyak terbesar di Dubai memutuskan untuk menjalankan IPO di dunia. Menurut daripada CNN, Arab Saudi mempercayai bahawa  syarikat Saudi Aramco boleh menjadi syarikat yang paling beruntung di dunia, yang bernilai antara $1.6 trilion dan $1.7 trilion. Tambahan pula, Prince Mohammed bin Salman menegaskan bahawa tujuan IPO adalah untuk mengurangkan ketidakpastian industri minyak pada masa depan, yang selanjutnya mendorong kenaikan terhadap harga minyak mentah.

 

Tinjauan Pasaran: November 18 – 22

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti data Jerman GDP dan AS Existing Home Sales untuk memantau lebih banyak isyarat pasaran. Di samping itu, para pelabur juga akan terus menumpukan perhatian kepada perkembangan terkini yang berkaitan dengan perang perdagangan dan Brexit

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 18 – 22

Isnin, November 18  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, November 19  

Data

USD – Building Permits (Oct)

 

Acara

AUD – RBA Meeting Minutes

 

Rabu, November 20  

Data

CAD – Core CPI (MoM) (Oct)

CrudeOIL – Crude Oil inventories

 

Acara

N/A

 

 

Khamis, November 21

 

Data

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov)

USD – Existing Home Sales (Oct)

 

Acara

USD – FOMC Meeting Minutes

GBP – BoE MPC Treasury Committee Hearings

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

CAD – BoC Gov Poloz Speaks

 

 

Jumaat, November 22

 

 

Data

EUR – German GDP (QoQ) (Q)

EUR – German Manufacturing PMI (Nov)

GBP – Manufacturing PMI

GBP – Services PMI

CAD – Core Retail Sales (MoM (Sep)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

EUR – ECB President Lagarde Speaks