83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Ogos 2019              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Ogos 19-23   

Reviu Pasaran (Forex): Ogos 12 – 16

US Dollar

Indeks dolar telah menguasai pasaran pada minggu lepas sementara menutup sesi pasaran Jumaat lepas pada 98.00 susulan dengan kebanyakan data ekonomi positif yang  menyokong dolar serta mendapatkan keyakinan kembali pasaran.

 

Pada minggu lalu, indeks dolar secara keseluruhannya telah disokong oleh data ekonomi yang positif di mana data inflasi baru-baru ini adalah lebih baik daripada jangkaan walaupun dengan ketegangan antara A.S dan China yang dijangka menjejaskan ekonomi global. Kedua-dua data Core CPI dan Retail Sales melebihi jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 0.3% dan 0.7% masing-masing, berbanding dengan jangkaan bacaan sebanyak 0.2% dan 0.3%. Data-data yang memberangsangkan tersebut telah menggambarkan ekonomi AS masih kekal stabil dan  meningkatkan sentimen pasaran selepas ia telah diseret oleh ketegangan perang perdagangan dan risiko kemelesetan global.

 

Namun, para pelabur masih kekal cemas kerana isyarat kemelesetan yang akan datang semakin meningkat. Keluk hasil perbendaharaan A.S telah menyongsang dan ia meningkatkan kekhuatiran para pelabur akan kemungkinan kemelesetan ekonomi terbesar di dunia. Pada masa yang sama, keyakinan pengguna juga telah menyusut dari nilai dari tahap tingginya dengan indeks tersebut telah jatuh kepada 92.1, bacaan yang terendah sejak Januari 2016. Para pelabur kini mencari pandangan yang baru dari Rizab Persekutuan (Fed) mengenai bagaimana ia dapat menghadapi kebimbangan kemelesetan ekonomi yang semakin meningkat.

USD/JPY

Yen Jepun telah menyusut berbanding dengan dolar AS minggu lepas sementara menutup sesi minggu lepas pada harga 106.34. Permintaan aset selamat telah berkurangan susulan dengan pasaran telah menjangkakan risiko ekonomi global seperti peperangan perdagangan AS-China dan pergolakan politik di Hong Kong dengan perlahan-lahan. Pada masa yang sama, perkembangan positif dari inflasi para pengguna dan jumlah perbelanjaan A.S juga memberi alasan selanjutnya bagi para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka kembali ke dolar pada masa ini.

 

EUR/USD

EUR / USD telah melanjutkan kerugiannya bagi sepanjang minggu lepas berikutan dengan jangkaan yang semakin meningkat bagi pemotongan kadar daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Euro telah jatuh selepas ahli Governing Council Olli Rehn telah mencadangkan bahawa bank pusat boleh memulakan semula program pelonggaran kuantitatifnya dan terbuka untuk memperluaskannya  pembelian ekuiti. Selain itu, data ekonomi dari zon euro pada minggu lepas juga menambah tekanan selanjutnya untuk kejatuhan. Para pelabur akan menumpu perhatian mereka dalam pembebasan data ekonomi dan laporan ekonomi yang akan datang dari ECB untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang arah pasaran.

 

GBP/USD

Pound sterling telah mengukuhkan kedudukannya pada minggu lalu dan menutup sesi minggu lalu pada harga 1.2144. Sterling telah menerima permintaan yang lebih tinggi berikutan dengan data ekonomi yang telah mengurangkan kebimbangan terhadap kemungkinan Brexit keras di United Kingdom. Menurut kepada laporan baru-baru ini, data Claimant Count Change telah memberi bacaan sebanyak pada 28.0K, sedikit lebih baik daripada ramalan dengan bacaan sebanyak 32.0K. Data Average Earnings Index + Bonus  juga kekal stabil pada 3.7%. Pada masa ini, para pelabur akan kekal memantau dalam keluaran data ekonomi yang akan datang dari UK serta perkembangan terkini yang berkaitan dengan Brexit untuk mendapat lebih banyak isyarat pasaran.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Ogos 12 – 16

GOLD

Harga emas kekal berdaya tahan meskipun menyerah kembali  beberapa keuntungannya pada minggu lalu,sambil menutup pasaran minggu lalu pada harga $ 1,513.31 se troy auns. Aset selamat tersebut telah jatuh berikutan dengan penyusutan dalam sentimen penghindaran risiko di kalangan pelabur. Walau bagaimanapun, kerugian komoditi tersebut tetap  terhad selepas Presiden AS Donald Trump mengkritik Rizab Persekutuan serta memperbaharui kebimbangan perang perdagangan yang berlanjutan antara AS dan China.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang dengan rata sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran di sekitar harga $ 54.87 setong. Sentimen terhadap komoditi masih bercampuran susulan dengan kebimbangan permintaan minyak serta ketidakpastian dalam pertumbuhan ekonomi global.

 

Minggu lalu, ketegangan di Timur Tengah telah meningkat selepas kumpulan Houthi dari Yemen telah melancarkan serangan dron ke atas ladang minyak di timur Arab Saudi. Gangguan pengeluaran minyak mentah di kawasan tersebut mencetuskan pembelian balik yang lebih tinggi dalam komoditi tersebut. Namun, kenaikannya adalah untuk sementara oleh kerana para pelabur masih bimbang akan risiko kemelesetan ekonomi global yang semakin meningkat dan impaknya terhadap permintaan bagi minyak mentah untuk masa depan. Dalam laporan bulanan, OPEC telah memangkas ramalannya bagi pertumbuhan permintaan minyak dunia pada 2019 dengan bacaan sebanyak 40,000 tong sehari kepada 1.10 juta tong sehari, membayangkan kenaikan yang sedikit untuk tahun 2020. Juga, laporan dari US Baker Hughes baru-baru ini juga menunjukkan bahawa firma tenaga tersebut telah meningkatkan bilangan pelantar minyak kepada 770 pada waktu penulisan.

Tinjauan Pasaran: Ogos 12 – 16

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas Rizab Persekutuan (Fed) di mana Pengerusi Jerome Powell dijangka akan menyampaikan ucapan yang dipantau ketat pada Jumaat ini untuk mendapat Isyarat pasaran yang lanjut..

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Ogos 19 – 23

Isnin, Ogos 19  

Data

EUR – CPI (YoY) (Jul)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Ogos 20  

Data

GBP – CBI Industrial Trends Orders (Aug)

 

Acara

AUD – RBA Meeting Minutes 

 

Rabu, Ogos 21  

Data

CAD – Core CPI (MoM) (Jul)

USD – Existing Home Sales (Jul)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Ogos 22  

Data

USD – FOMC Meeting Minutes

EUR – German Manufacturing PMI (Aug)

EUR – Manufacturing PMI (Aug)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

Jumaat, Ogos 23

 

 

Data

NZD – Retail Sales (QoQ) (Q2)

JPY – National Core CPI (YoY) (Jul)

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jun)

 

Acara

USD – Jackson Hole Symposium

USD – Fed Chair Powell Speaks