83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

20 Mei 2019                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 20 – 24

Reviu Pasaran (Forex): Mei 13 – 17

US Dollar

Dolar AS telah melanjutkan aliran bullish walaupun terdapatnya isyarat yang bercampuran dari pasaran AS. Pada hari Jumaat yang lepas, indeks dolar meningkat sebanyak 0.25% dan menutup niaga minggu lepas di 97.80. Pada awal minggu yang lalu, walaupun Core Retail Sales memberikan bacaan yang lebih rendah dengan hanya 0.1% berbanding jangkaan iaitu 0.7% bagi bulan April, data yang bearish ini gagal untuk mengehadkan kenaikan dolar AS.

 

Para pelabur memberikan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS oleh kerana ekonomi di AS adalah lebih kukuh apabila dibandingkan dengan negara yang lain seperti UK dan EU. Selain itu, risiko di dalam pasaran seperti Brexit, pilihanraya parlimen EU dan perang perdagangan telah meningkatkan penampilan dolar AS sebagai aset selamat alternatif.

 

Pada hari Khamis yang lepas, dolar telah melanjutkan kenaikannya berlatarbelakangkan tiga data yang bullish dari rantau tersebut. Ketiga-tiga data tersebut seperti Building Permits, Initial Jobless Claims dan Philadelphia Fed Manufacturing Indeks telah menjangkaui ramalan ekonomis dengan bacaan yang bullish. Data tersebut telah mengurangkan kekhuatiran para pelabur terhadap risiko kemelesetan ekonomi di AS sementara pasaran menunggu data yang lebih lanjut dari rantau tersebut.

 

 


 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah melantun dari paras rendahnya sambil menutup pasaran hari Jumaat yang lepas di paras 110.06. Penampilan bagi Yen Jepun telah susut selepas para pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada pasaran AS yang mempunyai prestasi ekonomi lebih kukuh serta keadaan semasa yang lebih optimis apabila dibandingkan dengan negara yang lain. Selain itu, seruan Bank Pusat Jepun untuk mengekalkan kelonggaran dasar juga telah mengehadkan sebarang sentimen bullish terhadap mata wang Yen Jepun selepas mereka memberikan ramalan yang bearish terhadap pertumbuhan ekonomi dan inflasi di negara mereka.

 

EUR/USD

Euro telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lepas sambil menutup niaganya di paras berhampiran dengan 1.1158 berbanding dengan dolar AS. Sentimen pasaran terhadap euro adalah masih bearish selepas Bank Pusat Eropah mengekalkan pandangan dovish mengenai dasar kewangan semasa. Dengan pengenalan TLTRO-III di dalam beberapa bulan yang akan datang, para pelabur akan memantau samada pengenalan pakej kelonggaran ini akan menangguhkan pengetatan dasar di zon Eropah sehingga ke tahun depan bagi memberi sokongan kepada ekonomi mereka.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah melanjutkan momentum bearish sambil menutup pasaran minggu lepas di harga berdekatan 1.2713. Para pelabur telah meneruskan penjualan mereka terhadap pound sterling oleh kerana mereka mengesyaki kemampuan pelan Brexit yang dikemukakan oleh PM UK Theresa May dalam mendapat kelulusan di parlimen bagi undian kali keempat. Selain itu, dengan kegagalan rundingan diantara parti serta isyarat awal yang memaparkan bahawa versi pelan Brexit adalah sama seperti sebelumnya, ia bakal memberi impak yang ketara bagi pound sterling apabila undian bermula pada minggu 3hb Jun nanti.

 


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 13 – 17

GOLD

Harga emas telah menjunam secara mendadak pada hari Jumaat yang lepas sambil menutup dagangannya di paras $1,277.29 se troy auns. Aset kuning tersebut menerima tekanan bearish yang ketara selepas dolar AS melanjutkan kenaikannya berlatarbelakangkan data yang positif dari rantau tersebut. Walaupun harga emas masih disokong oleh risiko perang perdagangan yang makin meningkat diantara AS dan China, penampilan bagi komoditi tersebut telah susut selepas para pelabur menggemari aset yang memberi kadar pulangan dan mempunyai keadaan ekonomi stabil seperti dolar AS.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah pada hari Jumaat yang lepas susulan dengan perubahan fokus pasaran kepada perang perdagangan diantara AS dan China. Harga komoditi tersebut telah mengalami sedikit penyusutan sambil menutup pasaran hari Jumaat di kadar $62.71 setong. Pada awal minggu lepas, harga minyak telah melantun dari paras rendahnya selepas Iran disekat oleh AS dari mengeksport minyak mentahnya ke negara lain. Selain itu, harga minyak menerima permintaan yang lebih tinggi selepas Arab Saudi menuduh Iran ke atas serangan hab minyak utamanya oleh pasukan Houthi. Ketegangan diantara kedua-dua negara tersebut serta penutupan beberapa hab ini telah meningkatkan spekulasi bahawa pembekalan dan pengeluaran minyak akan merosot bagi jangka pendek.

 

Namun, harga minyak mentah masih menerima tekanan bearish selepas pasaran mengalihkan fokus mereka kepada perang perdagangan diantara AS dan China. Perang perdagangan diantara dua ekonomi terbesar ini boleh meningkatkan kemelesetan ekonomi dunia. Penyusutan pada pertumbuhan ekonomi boleh mengakibatkan impak domino dan menjejaskan negara lain yang bergantung kepada eksport dengan China dan AS. Oleh itu, kemelesetan ekonomi pada masa depan boleh telah menurunkan jangkaan bagi permintaan minyak mentah dan justeru mengurangkan penampilan kontrak niaga hadapan minyak mentah bagi setakat ini.

 

 


 

Tinjauan Mingguan: Mei 20 – 24

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada perkembangan perang perdagangan diantara AS dan China bagi mendapat isyarat pasaran yang lebih lanjut. Selain itu, para pelabur juga akan menunggu pembebasan minit mesyuarat FOMC bagi melihat jangkaan ahli bank pusat terhadap dasar kewangan.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 20 – 24

Isnin, MEi 20  

Data

EUR – German PPI (MoM) (Apr)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mei 21  

Data

GBP – CBI Industrial Trends Orders

USD – Existing Home Sales (MoM) (Apr)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

AUD – RBA Meeting Minutes

GBP – BoE Gov Carney Speaks

GBP – Inflation Report Hearings

 

Rabu, Mei 22  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

GBP – CPI (YoY) (Apr)

CAD – Core Retail Sales (MoM) (Mar)
CrudeOIL –
Crude Oil Inventories

 

Acara

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Khamis, Mei 23  

Data

EUR – german gdp (QoQ)(Q1)

EUR – German Manufacturing PMI (May)

EUR – German Ifo Business Climate Index

USD – Initial Jobless Claims

USD – New Home Sales (Apr)

 

Acara

USD – FOMC Meeting Minutes

EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

 

 

Jumaat, Mei 24

 

 

Data

GBP – Retail Sales (MoM) (Apr)

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Apr)
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A