83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

22 April 2019              Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 22 – 26

Reviu Pasaran (Forex): April 15 – 19

US Dollar

Indeks dolar melonjak apabila dibandingkan dengan enam mata wang yang lain bagi sepanjang minggu lepas. Harganya ditutup di paras 97.05 semasa sesi dagangan Khamis susulan dengan pemulihan selera risiko pasaran berikutan dengan data yang optimis dan perkembangan positif di dalam rundingan perdagangan diantara AS dan China.

 

Pada awal minggu lepas, dolar telah meneruskan kenaikannya ke paras yang lebih tinggi selepas data US NY Empire State Manufacturing Index memberikan bacaan positif dan ia telah memacu pembelian pada mata wang tersebut. Menurut kepada Bank Pusat New York, data tersebut memberi bacaan hanya 10.10, lebih tinggi berbanding dengan ramalan ekonomis iaitu 6.70. Data yang positif ini mencadangkan bahawa sektor bisnes AS sedang memulih dan ia telah meningkatkan sentimen pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi AS. Sementara itu, penampilan dolar AS telah dipacu dengan lebih lanjut susulan dengan perkembangan terkini di dalam rundingan perdagangan AS-China yang bakal mendorong kepada pertemuan lebih kerap dan meningkatkan kemungkinan untuk mencapai konsensus pada awal bulan Mei nanti. Selain itu, momentum bullish telah didorong dengan lebih lanjut pada lewat minggu lepas susulan dengan pembebasan data seperti Core Retail Sales, Initial Jobless Claims dan Retail Sales yang positif. Kesemua data ini mencadangkan bahawa perkembangan ekonomi AS adalah masih kukuh dan Bank Pusat AS berkemungkinan untuk menukarkan pandangan mereka dari dovish ke hawkish semasa mesyuarat polisi yang akan datang.

 

Secara kesimpulannya, indeks dolar telah menukarkan trend jangka pendek dari bearish ke bullish sementara para pelabur memberi tumpuan kepada pembebasan data ekonomi yang akan datang untuk mengesahkan sentimen Bank Pusat AS bagi mesyuarat polisi akan datang. Data yang positif di dalam minggu ini berkemungkinan untuk meningkatkan sentimen bank tersebut kepada neutral dari segi dasar kewangan semasa.

USD/JPY

Pasangan USD/JPY didagang secara tipis sambil menutup dagangan hari Jumaat lepas di 111.90. Pada awal minggu lepas, Yen Jepun ini telah menerima tekanan yang kukuh dari data positif di AS dan EU. Data positif tersebut telah meningkatkan selera risiko pasaran dan mendorong kepada peralihan portfolio dari aset selamat ke aset berisiko seperti Euro dan dolar AS. Namun, pasangan ini telah memangkas kerugiannya sebelum menutup pasaran hari Jumaat susulan dengan data Core CPI yang positif dengan bacaan sebanyak 0.8%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.7%.

 

EUR/USD

Euro telah melanjutkan keuntungannya bagi sepanjang minggu lalu sambil menutup niaganya di paras 1.1245. Pada awal minggu lepas, euro telah menerima sokongan bullish susulan dengan data ZEW Economic Sentiment yang lebih optimistik. Kedua-dua data Economic Sentiment bagi zon Eropah dan Jerman memberi bacaan sebanyak 4.5 dan 3.1, lebih tinggi daripada ramalan 1.2 dan 0.8 masing-masing. Data yang positif ini telah mendorong kepada momentum bullish dan pembelian dari kalangan para pelabur untuk meningkatkan pegangan portfolio mereka. Namun, euro gagal untuk mengukuhkan kedudukannya dan mengalami tekanan penjualan yang ketara selepas data yang diumumkan pada hari Khamis lepas memberikan bacaan yang kurang memberangsangkan. Data yang negatif ini telah menakutkan para pelabur sambil mengesahkan pandangan dovish dari Bank Pusat Eropah.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD didagang dengan lebih rendah pada hari Jumaat lepas sambil menutup niaganya di paras 1.2985. Bagi sepanjang minggu lepas, pasangan tersebut telah ditekan oleh penjualan yang ketara selepas data terkini memaparkan penyusutan pada pertumbuhan ekonomi UK. Menurut kepada Office for National Statistics, data seperti Claimant Count Change, CPI dan PPI memaparkan penyusutan pada kadar inflasi. Justeru, penampilan sterling telah menyusut sementara para pelabur menukarkan fokus mereka oleh kerana kadar inflasi yang mencukupi adalah penting untuk menyokong ekonomi serantau.

 

 


 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 15 – 19

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih rendah pada minggu lepas sambil menutup pasaran Khamis di paras $1,275.25 se troy auns. Aset selamat tersebut telah melanjutkan kerugiannya selepas ia ditekan oleh data yang positif dari AS dan EU. Sementara itu, penampilan emas telah susut selepas Venezuela mengumumkan untuk menjual komoditi emas dengan kuantiti sebanyak $400 juta susulan dengan sanksi minyak mentah dari AS. Idea tersebut telah diperkenalkan bagi menyokong ekonomi Venezuela selepas sanksi dilaksanakan. Namun, perdagangan pada komoditi ini telah ditutup pada hari Jumaat lepas akibat daripada cuti Good Friday. Secara keseluruhannya, penampilan emas adalah masih rapuh oleh kerana rundingan perdagangan diantara AS dan China telah meningkatkan penampilan bagi aset lain di dalam pasaran FX.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah melanjutkan momentum menaiknya untuk minggu ke-5 berturut-turut sambil menutup pasaran minggu lepas di paras $63.97 setong akibat daripada sanksi AS ke atas Venezuela dan Iran. Pada awal minggu lepas, harga minyak telah ditekan oleh Rusia dan OPEC yang memaparkan ketidakinginan mereka untuk memotong kadar pembekalan minyak selepas bulan Jun. Kedua-dua kartel tersebut ingin mengambil balik syer pasaran minyak mentah dari AS dan tindakan tersebut akan menyebabkan penurunan pada harga minyak sehingga ke paras rendah $40 setong. Namun, data Baker Hughes, EIA dan API dari AS pada minggu lepas telah memberikan sokongan kepada harga komoditi ini. Data EIA dan API memaparkan bacaan -1.396 juta dan -3.096 juta tong sementara data Baker Hughes memberi bacaan sebanyak 825. Ini memaparkan penurunan pada inventori minyak dan penyusutan pada aktiviti penggerudian bagi minggu lepas.

 

Secara lazimnya, pembekalan minyak dari OPEC dan sanksi AS ke atas Iran dan Venezuela serta ketegangan politik di Libya telah memberi sokongan kepada harganya walaupun Rusia dan OPEC berkemungkinan untuk menghentikan pelan pembekuan minyak selepas bulan Jun. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data yang akan datang bagi melihat arah tuju minyak mentah.

 

 


 

Pandangan Minggu: April 22 – 26

Untuk minggu ini, para pelabur akan menukarkan fokus mereka kepada perkembangan Brexit dan beberapa data penting seperti New Home Sales dan GDP bagi melihat sentimen pasaran.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 22 – 26

Isnin, April 22  

Data

USD – Manufacturing PMI (Apr)

USD – Existing Home Sales (Mar)

 

Acara

N/A

 

Selasa, April 23  

Data

CAD – Wholesale Sales (MoM) (Feb)

USD – Services PMI (Apr)

USD – New Home Sales (Mar)

 

Acara

N/A

 

Rabu, April 24  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – CPI (QoQ) (Q1)

EUR – German Ifo Business Climate Index

GBP – CBI Industrial Trends Orders (Apr)

CAD – BoC Interest Rate Decision
CrudeOIL –
Crude Oil Inventories

 

Acara

CAD – BoC Monetary Policy Report
CAD – BoC Rate Statement

 

Khamis, April 25  

Data
JPY – BoJ Interest Rate Decision

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Mar)

USD – Initial Jobless Claims

 

 

Acara

JPY – BoJ Monetary Policy Statement

JPY – BoJ Outlook Report (YoY) 
JPY – BoJ Press Conference

 

 

Jumaat, April 26

 

 

Data

NZD – Trade Balance (MoM) (Mar)

JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Apr)

JPY – Retail Sales (YoY) (Mar)

AUD – PPI (QoQ) (Q1)
USD – GDP (QoQ) (Q1)
USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr)
USD – U.S. Baker Hughes Total Rig Count

 

Acara

N/A