83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Disember 2019                             Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 23 – 28

Reviu Pasaran (Forex): Disember 16- 21

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah meningkat pada minggu yang lalu selepas data yang positif dari rantau A.S. dibebaskan dan menunjukkan perkembangan ekonomi dalam Amerika Syarikat masih kukuh, sementara indeks tersebut menutup pasarannya pada harga 97.23. Indeks dolar telah menerima permintaan yang lanjutnya  berbanding dengan mata wang lain pada minggu yang lalu berikutan dengan pengurangan ketegangan perang perdagangan dan data ekonomi yang optimisme dari rantau A.S.

 

Menurut daripada Census Bureau, A.S. Building Permits memberi bacaan sebanyak 1.482M, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 1.410M. Tambahan pula, A.S. JOLTs Job Opening telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 7.018M ke bacaan sebanyak 7.267M, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 7.032M. Menurut daripada Bureau of Economic Analysis, A.S. Gross Domestik Product (GDP) untuk suku tahun terakhir telah memberi bacaan sebanyak 2.1%, sama dengan jangkaan pasaran. Data-data yang positif tersebut telah menunjukkan bahawa kekuatan bagi pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat, yang selanjutnya memberi jangkaan bahawa Federal Reserve tidak akan melanjutkan pemotongan kadar faedah untuk jangka pendek dan mendorong permintaan yang lebih lanjut untuk indeks dolar. Namun, indeks dolar telah mengehadkan keuntungannya selepas data yang suram bagi sektor perkilangan dan perumahan dari rantau A.S. dibebaskan pada minggu yang lepas. Menurut daripada Federal Reserve Bank of Philadelphia, A.S. Philadelphia Fed Manufacturing Indeks telah menyusut dari bacaan sebanyak 10.4 ke bacaan sebanyak 0.3, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 8.0. Sementara itu, A.S. Existing Home Sales tleah memberi bacaan sebanyak 5.35M, yang juga lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 5.44M. Kedua-dua data menunjukkan bacaan yang lebih teruk daripada jangkaan, yang selanjutnya mencetuskan beberapa penjualan untuk indeks dolar.

 

Berdasarkan dengan perang perdagangan, Indeks dolar menerima beberapa momentum bullish susulan dengan prospek positif untuk resolusi perang perdagangan. Menurut daripada Reuters, Presiden A.S. Donald Trump menegaskan bahawa dia mempunyai perbualan yang sangat baik dengan Presiden China Xi Jinping mengenai perjanjian perdagangan fasa pertama. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa China telah mula membeli jumlah yang besar bagi produk pertanian dari A.S. Sebaliknya, menteri kewangan China menegaskan bahawa China akan mengurangkan atau menghapuskan tarif import ke atas 850 produk dari A.S. pada 1hb Januari 2020, yang selanjutnya mendorong prospek positif yang lanjutnya untuk resolusi perang perdagangan pada masa depan. Pada masa ini, para pelabur masih memberikan tumpuan kepada AS-Sino perdagangan kerana masalah perdagangan belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 109.46. Yen Jepun telah menerima momentum bearish pada awal minggu yang lalu berikutan dengan data ekonomi A.S. yang positif dan prospek yang optimisme untuk perjanjian perdagangan fasa pertama, yang selanjutnya mengurangkan selera risiko dan mendorong beberapa penjualan untuk aset selamat seperti Yen Jepun.  Walau bagaimanapun, Yen Jepun telah mengehadkan kerugiannya pada hari Khamis yang lalu selepas Bank Pusat Japen mengekalkan kadar faedahnya pada bacaan sebanyak -0.10% semasa mesyuarat kadar faedah Jepun. Selain itu, mereka telah juga memberi pernyataan yang hawkish terhadap pertumbuhan ekonomi di Jepun dan mendorong sentimen pasaran yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi Jepun. Menurut daripada Bank Pusat Jepun, mereka menegaskan pertumbuhan ekonomi Jepun adalah kukuh dan dijangkah trend tersebut akan berterusan pada masa yang akan datang.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1074. Pasangan itu menerima tekanan bearish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh data yang suram dari rantau Eropah dan kekukuhan mata wang saingan, terutamanya dalam pasangan A.S. dollar. Menurut daripada Markit Economics, Eurozone Markit Composite Purchasing Managers Indeks (PMI) telah memberi bacaan sebanyak 50.6, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu 50.7. Sementara itu, Jerman Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah mengurangkan dari bacaan sebanyak 44.1 ke bacaan sebanyak 43.4, yang juga tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 44.5. Tambahan pula, pasangan Euro telah menerima penjualan yang lanjutnya susulan dengan prospek negatif untuk soft-Brexit. Perdana Menteri British Boris Johnson pada Selasa yang lalu menetapkan tarikh akhir pada Disember 2020 untuk mencapai kesepakatan perdagangan baru dengan Kesatuan Eropah, yang selanjutnya mendorong jangkaan daripada pasaran untuk hard-Brexit. Jika hard-Brexit telah berlaku di antara UK dan EU, sentimen tersebut akan menjejaskan hubungan di antara UK dan EU dalam keadaan perdagangan pada masa depan.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3048 susulan dengan data yang negatif dari rantau UK dan kebimbangan untuk hard-Brexit. Pada minggu yang lepas, Paun Sterling telah menerima penjualan yang besar selepas data yang suram dari UK dibebaskan. Menurut daripada Markit Economics, U.K Composite Purchasing Managers’ Indeks (PMI) telah menyusut dari bacaan terdahulu 49.3 ke bacaan sebanyak 48.5, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 49.6. Sementara itu, U.K. Claimant Count change telah meningkat ke bacaan sebanyak 28.8K dari bacaan 26.4K, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 21.2K, yang menunjukkan kelemahan bagi pasaran buruh di UK. Selain itu, menurut daripada Office for National Statistics, U.K Average Earning Indeks + Bonus untuk bulan yang lepas telah menyusut ke bacaan sebanyak 3.2% dari bacaan terdahulu iaitu 3.7%, yang juga lebih rendah dari jangkaan pasaran iaitu 0.3%. Data-data keseluruhan dari rantau UK kebanyakan adalah lebih buruk daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya mengurangkan sentimen yang positif terhadap kemajuan ekonomi di UK dan mendorong beberapa penjualan untuk pasangan tersebut. Di samping itu, Paun Sterling telah menyusut lebih daripada 0.5% pada hari Selasa yang lepas selepas satu media melaporkan bahawa Perdana Menteri Britain Boris Johnson akan menulis ke dalam undang-undang bahawa pengaturan bagi United Kingdom mesti meninggalkan Kesatuan Eropah berakhir pada 31hb Disember 2020, yang selanjutnya meningkatkan kebimbangan bahawa UK akan mengeluarkan dari Kesatuan Eropah tanpa perjanjian perdagangan, yang selanjutnya mendorong sentimen yang negatif untuk soft-Brexit. Kebimbangan hard-Brexit akan mendorong ketidakpastian geopolitik di UK, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang besar untuk pasangan tersebut.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 16- 21

GOLD

Harga emas telah didagang dalam saluran sisi sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1477.83 se troy auns. Awal minggu lepas, emas menerima penjualan yang besar daripada pasaran selepas data yang positif dibebaskan dari rantau Amerika Syarikat, seperti A.S. JOLTs Job Oepning dan A.S. Gross Domestic Product (GDP). Walau bagaimanapun, harga emas telah menerima beberapa permintaan susulan dengan ketidakpastian geopolitik di rantau U.K yang berkaitan dengan isu Brexit. Sebaliknya, harga emas juga menerima beberapa sokongan bullish dari peserta pasangan susulan dengan mereka mahu mengelakkan cukai dari keuntungannya saham dalam pasaran ekuiti pada akhir tahun, yang selanjutnya mendorong beberapa penjualan saham dalam pasaran ekuiti sambil mengalihkan beberapa pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti harga emas.

 

Crude Oil

Harga minyak didagang dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $60.35 setong. Harga minyak telah meningkat pada sepanjang minggu yang selepas susulan dengan prospek positif untuk perang perdagangan. Harga minyak mentah mencatat keuntungannya susulan dengan para pelabur menjangkakan resolusi untuk perang perdagangan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi global, yang selanjutnya mendorong permintaan yang signifikan untuk komoditi tersebut pada masa yang akan datang.

 

Menurut daripada berita terkini, A.S. dan China telah hampir untuk menandatangani perjanjian perdagangan. Pada hari Jumaat yang lalu, Presiden A.S. Donald Trump juga menegaskan bahawa perjanjian perdagangan “fasa pertama” akan ditandatangani dalam tempoh yang pendek. Selain itu, Amerika Syarikat telah bersetuju untuk mengurangkan beberapa tarif dari barangan-barangan China. Selain itu, China akan meningkatkan pembelian yang besar untuk produk pertanian A.S sebagai balasan. Kekurangan ketegangan perang perdagangan akan meningkatkan keyakinan perdagangan dunia dan memberi prospek yang optimisme untuk pertumbuhan ekonomi, yang  mendorong permintaan untuk komoditi tersebut dengan lebih lanjut.

 

Di samping itu, pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori dibebaskan. Menurut daripada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S.  telah menyusut dari bacaan sebanyak dari 0.822M ke bacaan sebanyak -1.085M. Inventori minyak mentah A.S. menunjukkan kemerosotan besar di paras inventori AS, yang juga menunjukkan bahawa permintaan untuk minyak mentah masih kekal kukuh meskipun kebuntuan perang perdagangan. Pada masa  kini, pelabur akan memberi tumpuan terhadap data inventori minyak mentah dan perkembangan perbincangan perdagangan untuk mengukur arah pasaran minyak.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 23 – 28

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti A.S. Initial Jobless Claims dan Minit Mesyuarat Polisi Monetari Jepun untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 23 – 28

Isnin, 23hb Disember  

Data

N/A

 

Acara

JPY – Monetary Policy Meeting Minutes

Selasa, 24hb Disember  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

N/A

 

Rabu, 25hb Disember  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

N/A

 

 

 

Khamis, 26hb Disember

 

 

Data

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

N/A

 

Jumaat, 27hb Disember

 

 

Data

JPY– Tokyo Core CPI (YoY) (Dec)

JPY – Industrial Production (MoM) (Nov)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Saturday, 28hb Disember Data

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count