83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Mac 2019               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 25 – 29

Reviu Pasaran (Forex): Mac 18 – 22

US Dollar

Dolar AS telah didagang secara bercampuran sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat dengan lebih tinggi di 96.04. Sentimen pasaran dolar berkekal campur pada minggu lepas berikutan dengan kenyataan Bank Pusat AS (Fed) yang dovish dan juga data ekonomi yang baik.

 

Pada awal minggu lepas, dolar AS telah mengalami penjualan secara mendadak berikutan dengan kenyataan FOMC dan juga sidang kemuncak mereka yang telah menyampaikan nada yang dovish kepada pasaran. Dengan data suram sebelum ini, Fed telah membatalkan pelan plot titik mereka mengenai kadar mereka sambil menolak sebarang peluang untuk menaikkan kadar bagi tahun ini. Di samping itu, Fed juga telah menyempitkan jumlah sekuriti matang daripada $4.5 trilion ke $4 trilion yang memberi isyarat kelembapan ekonominya. Pelabur bertindak balas dengan meninggalkan pasaran dolar dan memasuki ke dalam aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Walau bagaimanapun, pada lewat minggu lepas, harga dolar telah disokong oleh data Philadelphia Manufacturing Indeks dan Existing Home Sales yang mencatat pada paras 13.7 vs 4.6 dan 5.51M vs 5.10M masing-masing.

 

Secara kesimpulannya, dolar kekal ditekan oleh kenyataan dovish Fed mengenai penyusutan pertumbuhan ekonomi mereka dan juga penyusutan hasil bon kerajaan yang menandakan kemungkinan kemelesetan ekonomi. Pelabur kini akan memberi tumpuan kepada perkembangan perang perdagangan di antara AS dan China dan juga data GDP dan CB Consumer Confidence untuk memantau penggerakan dolar dengan selanjutnya.

 


 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah bertukar trendnya kepada bearish selepas mencecah paras tertinggi dalam 3 bulan sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 109.90. Pasangan tersebut telah mengalami penjualan secara mendadak berikutan dengan kenyataan dovish Fed pada Khamis lepas. Menurut kepada Pengerusi Jerome Powell, Bank Pusat AS telah menukarkan pendirian dasar kewangan mereka dari sudut yang lebih ketat kepada pendirian yang lebih longgar sambil membatalkan kemungkinan kenaikan kadar faedah sepanjang tahun ini. Kenyataan tersebut telah mencetuskan sentimen negatif terhadap pasaran dolar dan menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan portfolio mereka ke dalam aset selamat seperti Yen Jepun dan emas.

 

EUR/USD

Secara keseluruhannya, mata wang euro telah didagang dengan lebih rendah bagi minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 1.1300. Pasangan tersebut telah didagang dengan lebih tinggi pada awal minggu lepas berikutan dengan kenyataan Fed yang dovish. Namun, momentum pasangan ini telah bertukar bearish pada lewat minggu lepas susulan dengan pencatatan data German Manufacturing PMI yang terendah. Data tersebut telah menunjukkan kelihatan prospek ekonomi yang suram bagi Zon Eropah serta mengesahkan pelan Bank Pusat Eropah untuk menangguhkan pengetatan dasar kewangan mereka.

 

GBP/USD

Pound sterling telah melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di 1.3215. Mata wang pound telah ditekan oleh ketidakpastian Brexit pada awal minggu lepas sebelum sidang kemuncak antara 27 pemimpin EU dan juga data Claimant Count Change yang suram dengan bacaan sebanyak 27.0K, tersasar dengan ramalannya sebanyak 13.1K. Namun begitu, pasangan ini telah memangkas sebahagian kerugiannya berikutan dengan keputusan Kesatuan Eropah untuk menangguhkan Artikel 50 sehingga 22hb Mei sekira Perdana Menteri Theresa May boleh mendapatkan kelulusan undian ketiga bagi perjanjian Brexitnya. Namun, sekiranya undian tersebut ditolak, penangguhan Brexit hanya dibenarkan sehingga 12hb April di mana negara UK hendak membuat keputusan untuk Brexit tanpa perjanjian ataupun mendapatkan tempoh penangguhan yang lebih lanjut dan menyertai pilihan raya Kesatuan Eropah. Secara kesimpulannya, penggerakan pasangan ini amat tertakluk kepada perkembangan Brexit yang bakal membawa impak besar kepada pasaran.

 


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 18 – 22

GOLD

Harga emas telah melanjutkan kenaikannya sepanjang minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat di paras harga 1313.40.  Permintaan terhadap emas yang selamat telah bertambah di tengah-tengah nada dovish Fed. Fed telah membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah mereka pada paras yang sama serta menurunkan prospek pertumbuhan ekonominya akibat dengan kebimbangan kemelesetan ekonomi. Tambahan pula, pasaran pound kekal ditekan oleh perkembangan Brexit di mana pemimpin EU telah menolak permintaan penangguhan Brexit sehingga pertengahan bulan Jun dan hal ini telah mengurangkan selera risiko para pelabur dan menggalakkan permintaan terhadap logam kuning tersebut. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada perkembangan Brexit dan juga perang perdagangan di antara AS dan China untuk memantau penggerakan emas dengan selanjutnya.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah berjaya untuk mengekalkan kekukuhannya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat di $58.93 setong. Pada awal minggu lepas, minyak telah mengalami permintaan yang tinggi susulan dengan data mingguan API yang menunjukkan usaha kerajaan AS untuk mengawal tahap inventori mereka. Selain itu, data inventori minyak daripada EIA yang baik juga memberi dorongan kepada kenaikan harga minyak. Data tersebut dicatatkan pada paras -9.589M, berbanding dengan ramalan ekonomis sebanyak 0.309M serta menunjukkan kekukuhan permintaan minyak mentah. Tambahan pula, eksport minyak Iran juga menyusut bagi bulan Mac ke paras yang terendah bagi tahun ini sebelum AS secara rasmi memerlukan negara pengimport yang lain untuk mematuhi sekatan mereka dengan mengurangkan pembelian minyak dari Iran. Walau bagaimanapun, minyak mentah telah mengalami penjualan secara mendadak pada lewat minggu lepas di tengah-tengah prospek penyusutan pertumbuhan ekonomi global dan juga kekurangan perkembangan dalam perbincangan perdagangan antara dua ekonomi terbesar.

 

Secara kesimpulannya, para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada isu perbincangan perdagangan di antara AS dan China serta prospek ekonomi global sementara menunggu isyarat yang selanjutnya bagi pemantauan sentimen minyak dengan selanjutnya.

 

 


 

Pandangan Mingguan: Mac 25 – 29

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas keputusan undian Brexit ketiga dan juga data ekonomi yang penting seperti GDP AS dan juga CB Consumer Confidence yang boleh memberikan pergerakan ketara kepada pasaran kewangan.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 25 – 29

Isnin, Mac 25  

Data

EUR – German Ifo Business Climate Index

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mac 26  

Data

NZD – Trade Balance (MoM) (Feb)

USD – Building Permits (Feb)

USD – CB Consumer Confidence

 

Acara

N/A

 

 

Rabu, Mac 27  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

NZD – RBNZ Interest Rate Decision

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

NZD – RBNZ Rate Statement

NZD – RBNZ Press Conference

EUR – ECB President Draghi Speaks

 

Khamis, Mac 28  

Data

USD – GDP (QoQ) (Q4)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Feb)

USD – Initial Jobless Claims

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Mac 29

 

 

Data

EUR – German Unemployment Change

GBP – GDP (YoY) (Q4)

GBP – GDP (QoQ) (Q4)

EUR – CPI (YoY) (Mar)

CAD – GDP (MoM) (Jan)

USD – New Home Sales (Feb)

USD – Michigan Consumer Sentiment

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

NZD – RBNZ Gov Orr Speaks