83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 November 2019                           Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: November 25 – 29

Reviu Pasaran (Forex): November 18 – 22

US Dollar

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak pada minggu lalu sementara menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 98.18. Dolar A.S telah menerima permintaan ketara selepas komen dari Presiden A.S. Donald Trump mengenai China telah meningkatkan harapan bahawa kedua-dua pihak akan menandatangani perjanjian perdagangan tidak lama lagi.

 

Menurut kepada laporan baru-baru ini dari Fox News, Presiden AS Donald Trump telah menyatakan bahawa perjanjian dengan China adalah “berpotensi sangat dekat” dan juga menunjukkan bahawa dia berkemungkinan tidak akan menandatangani satu bil yang dikeluarkan minggu ini oleh Kongres dalam menyokong Hong Kong untuk menenangkan Beijing. Dia menyebut: “Kita perlu berdiri bersama Hong Kong, tetapi saya juga berdiri dengan Presiden Xi Jinping, beliau adalah kawan saya. Dia seorang lelaki yang luar biasa, tetapi kita perlu berdiri … Saya ingin melihat mereka menyelesaikannya.” Kenyataan tersebut telah telah meningkatkan daya tarikan dolar A.S dengan lebih lanjut dan menyebabkan pelabur memasuki pasaran dolar.

 

Selain itu, sentimen positif juga didorong oleh data ekonomi. Menurut kepada Markit Economics, pengeluaran dalam pembuatan A.S. telah menunjukkan peningkatan dalam bacaannya di mana data Manufacturing PMI  telah meningkat kepada 52.2, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 51.5. Pada masa yang sama, aktiviti perkhidmatan juga meningkat di mana data Service PMI telah memberi bacaan sebanyak 51.6, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 51.0. Kedua-dua indeks tersebut telah meningkat kepada paras yang tertinggi sejak April.

 

Namun, pasaran kekal tertumpu kepada perkembangan dalam perjanjian perdagangan susulan ketidakpastian antara dua kuasa ekonomi AS dan China masih kekal tidak dapat diselesaikan. Pasaran akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan yang berterusan dalam rundingan perdagangan untuk mendapat isyarat selanjutnya bagi  dolar AS.

USD/JPY

Pasangan USD / JPY kekal stabil pada minggu lepas sambil menutup sesi minggu lepas pada harga 108.62. Daya tarikan untuk Yen Jepun sebagai pasaran selamat telah jatuh akibat ucapan dari Presiden AS Donald Trump yang membayangkan perjanjian perdagangan yang “berpotensi sangat dekat” dengan Beijing telah menyebabkan aset selamat seperti JPY untuk kehilangan minat pelabur.

 

EUR/USD

EUR / USD telah jatuh pada minggu lalu sementara menutup sesi dagangan Jumaat lalu dengan harga 1.1018. Mata wang Euro telah melanjutkan tekanan penjualannya susulan dengan kelemahan dalam ekonomi zon Euro dan isu Brexit masih kekal sebagai pengaruh yang besar dalam pasaran. Dalam zon Euro, sektor pembuatan adalah berada dalam tekanan daripada aktiviti pelaburan global yang lemah akibat perang perdagangan, Brexit dan pertumbuhan global yang lemah. Pada masa yang sama, sentimen yang optimistik di Amerika Syarikat juga meningkatkan tekanan selanjutnya bagi Euro.

 

GBP/USD

GBP / USD mengalami pengunduran dari paras tingginya dan menurun sementara menutup pasaran minggu lalu pada harga 1.2829. Mata wang paun sterling yang berbanding dengan dolar AS masih terus kekal dalam risiko penurunan kerana ketidakpastian yang berterusan dalam isu Brexit ditambah dengan kelemahan ekonomi telah menyebabkan para pelabur menjual mata wang tersebut. Walaupun dengan sentimen yang optimistik baru-baru ini daripada tinjauan pendapat mengenai Parti Tory berada di landasan untuk memenangi majoriti parlimen pada pilihan raya umum akan datang pada 12 Disember, para pelabur masih bimbang dalam risiko Parti Buruh dapat membuat kemajuan dalam minggu-minggu yang akan datang. Di samping itu, kelemahan dari data ekonomi juga meningkatkan selanjutnya dalam kebimbangan tersebut apabila PMI Composite Index telah menyusut  ke 48.5, bacaan yang terendah sejak referendum Brexit pada 2016.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): November 18 – 22

GOLD

Harga emas kekal terdedah dan jatuh pada minggu lalu sementara mengakhiri pasaran minggu lalu pada harga sekitar $ 1461.92 se troy auns. Susulan dengan komen yang positif dari Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai perjanjian perdagangan, daya tarikan emas sebagai aset selamat telah jatuh ketika dolar A.S berjaya memikat para pelabur walaupun dengan cabaran yang berterusan terhadap perjanjian perdagangan AS-China dan keraguan atas ekonomi global. Di tempat lain, Donald Trump baru-baru ini menandatangani satu bil yang lain untuk mengelak penutupan kerajaan hingga 20 Desember dan ini juga membantu dalam sentimen risiko.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menamatkan kenaikan selama dua hari pada hari Jumaat dan jatuh, namun ia masih berjaya menamatkan minggu lalu dengan  lebih tinggi sementara menamatkan harga mereka pada 57.90 berikutan dengan sumber yang bercampuran seperti pengurangan OPEC + dalam pengeluaran akan berterusan sehingga Jun dan cabaran yang masih berlanjutan dalam A.S – China.

 

Pada minggu lalu, harga minyak mentah menerima permintaan yang ketara selepas laporan Reuters bahawa OPEC dan Rusia mungkin melanjutkan pemotongan dalam pengeluaran minyak mentah selama tiga bulan lagi sehingga pertengahan 2020 ketika mereka bertemu pada 5-6 Disember. Presiden Rusia Vladimir Putin sendiri juga memberikan pengesahan kepada spekulasi tersebut dengan menyatakan bahawa OPEC akan mendapat sokongan negaranya. Namun, sentimen positif tersebut telah berakhir selepas Presiden China Xi Jinping mengatakan bahawa Beijing mahukan perjanjian dengan Amerika Syarikat, tetapi akan melawan balik jika diperlukan terhadap ancaman Trump terhadap import China untuk menghadapi lebih banyak tariff dari 15 Dis sekiranya perjanjian fasa pertama tidak dicapai.

 

Memandangkan pedagang masih kekal mengimbangi sentimen di dalam pasaran, para pelabur akan mengalihkan perhatian mereka ke arah pelan lanjut dari OPEC seperti pematuhan perjanjian yang lebih tegas terhadap pemotongan dari negara-negara seperti Iraq dan Nigeria  serta  IPO syarikat minyak yang terbesar dalam Arab Saudi Aramco.

 

Tinjauan Pasaran: November 25 – 29

Untuk minggu depan, pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data yang akan datang seperti U.S Core Durable Goods Orders dan GDP yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mencapai lebih banyak isyarat pasaran. Di samping itu, para pelabur juga akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan asas yang berterusan seperti Brexit dan perjanjian perdagangan.

 

Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA serta perkembangan di Timur Tengah untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: November 25 – 29

Isnin, November 25  

Data

EUR – German IFO Business Climate

 

Acara

N/A

 

Selasa, November 26  

Data

USD – CB Consumer Confidence (Nov)

USD – New Home Sales (Oct)

 

Acara

N/A

 

Rabu, November 27  

Data

USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Oct)

USD – GDP (QoQ) (Q3)

USD – Pending Home Sales (MoM) (Oct)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

GBP – BoE MPC Treasury Committee Hearings

 

 

 

Khamis, November 28

 

Data

CHF –     GDP (QoQ) (Q3)

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, November 29

 

 

Data

EUR – German Unemployment Change (Nov)

EUR – CPI (YoY) (Nov)

CAD – GDP (MoM) (Sep)

 

Acara

N/A