83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Mei 2019                Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 27 – Mei 31

Reviu Pasaran (Forex): Mei 20 – 24  

US Dollar

Dolar AS telah berundur dari paras tinggi setahun di tengah-tengah data negatif yang menghantui pasaran dolar. Sepanjang minggu lepas, indeks dolar telah menjunam sebanyak 335 mata asas dan menutup pasaran Jumaat di 97.35. Semasa awal minggu lepas, indeks dolar telah berjaya untuk melanjutkan kenaikannya ke paras 98.20 di tengah-tengah kebuntuan Brexit di UK yang meningkatkan penampilan terhadap indeks dolar.

 

Namun, indeks dolar telah mengalami penjualan secara mendadak pada lewat minggu lepas akibat dengan data yang suram seperti Existing Home Sales, New Home Sales dan juga Core Durable Goods Orders. Data tersebut telah mengisyaratkan penyusutan momentum bullish ekonomi AS. Para pelabur telah mengalihkan portfolio mereka dari pasaran dolar ke dalam aset yang lain seperti Euro dan Aussie.

 

Selain itu, penampilan dolar juga diburukkan oleh ketegangan perang perdagangan diantara dua ekonomi terbesar iaitu China dan AS. Pada lewat minggu lepas, Presiden China Xi Jinping telah menegaskan bahawa China kini akan ‘mengadakan perarakan’ terhadap AS selepas AS meningkatkan tarif terhadap barangan China serta sekatan terhadap syarikat teknologi China. Sebaliknya, Donald Trump telah menangguhkan larangan terhadap syarikat Huawei selama 90 hari kerana beliau mengharapkan bahawa kedua-dua parti dapat mencapai perjanjian semasa sidang kemuncak G20 pada bulan Jun.

 

 

USD/JPY

Yen Jepun telah melanjutkan keuntungannya sepanjang minggu lepas berikutan dengan data ekonomi yang positif dari rantau tersebut. Ini telah menyebabkan pasangan USD/JPY untuk menutup pasaran minggu lepas di 109.28. Menurut kepada laporan terkini, data Gross Domestic Product Jepun telah meningkat sebanyak 0.5%, mencecah ramalan ekonomis untuk menyusut sebanyak 0.1%. Sokongan selanjutnya terhadap peningkatan Yen adalah daripada data negatif dari rantau AS dan juga Zon Eropah yang menyebabkan para pelabur untuk meninggalkan aset yang berisiko dan memasuki ke dalam Yen yang selamat.

 

EUR/USD

Euro telah melantun dari paras rendahnya pada Jumaat lepas sementara menutup pasaran berdekatan 1.1205 berbanding dengan dolar. Pada awal minggu lepas, sentimen pasaran terhadap euro berkekal bearish semasa data yang suram memburukkan penampilan euro. Menurut kepada Markit Economics, data Manufacturing PMI Jerman memberi bacaan sebanyak 44.3, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 44.8 sementara mengisyaratkan kemelesetan ekonomi. Selain itu, para pelabur juga menjual pelaburan di dalam euro berikutan dengan penghindaran risiko akibat dengan ketidakpastian mengenai pilihan raya EU pada Khamis lepas. Walau bagaimanapun, para pelabur telah memasuki kembali ke dalam pasaran euro susulan dengan pengumuman data New Home Sales yang suram di AS.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD kekal berayun diantara paras 1.2740 dan 1.2600 sementara menutup pasaran minggu lepas di 1.2710. Pada awal minggu lepas, para pelabur telah melanjutkan penjualan terhadap pound di tengah-tengah kebuntuan perundingan diantara parti dan juga pelan Brexit yang sama seperti terdahulunya. Namun, pound telah berjaya untuk melantun dari paras rendah di 1.2600 selepas Theresa May mengumumkan peletakan jawatannya pada 7hb Jun dan pelantikan perdana menteri yang baru dijangkakan pada lewat bulan Julai. Peletakan jawatan May dan pelantikan PM yang baru berkemungkinan untuk menyelesaikan isu Brexit dalam tempoh yang pendek sebelum tarikh akhir Brexit.


 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 20 – 24  

GOLD

Secara keseluruhannya, harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menutup pasaran Jumaat lepas di $1285.55 berikutan dengan penghindaran risiko di dalam pasaran. Pada awal minggu lepas, logam kuning telah ditekan oleh kekukuhan dolar. Namun, komoditi tersebut bermula untuk melantun selepas AS dan Zon Eropah menunjukkan kelemahan dari segi data dan menyebabkan pelabur untuk membeli emas dan Yen yang selamat.

 

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah menjunam lebih daripada 10% dari paras tingginya pada minggu lepas berikutan dengan peningkatan inventori minyak di AS, dilaporkan oleh EIA dan API. Namun, komoditi tersebut berjaya untuk memangkas sebahagian kerugiannya sementara menutup pasaran Jumaat di $58.98 setong. Harga minyak juga ditekan oleh ketegangan perang perdagangan yang berterusan diantara dua ekonomi terbesar iaitu AS dan China. Persengketaan dan penambahan tarif terhadap satu sama lain telah menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah serta menyebabkan para pelabur untuk menjual komoditi tersebut.

 

Walaupun sentimen pasaran kekal suram, namun usaha OPEC dan OPEC+ dalam pemotongan bekalan yang berterusan telah memberi sokongan terhadap harga minyak sementara para pelabur menunggu isyarat yang selanjutnya mengenai pelan pemotongan bekalan semasa mesyuarat OPEC pada bulan Jun. Selain itu, Baker Hughes AS telah melaporkan pengurangan dalam bilangan pelantar minyak bagi minggu lepas dari 802 ke 797, mencegah penurunan minyak selanjutnya.

 

 


 

Tinjauan Mingguan: Mei 27 – Mei 31

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada perkembangan perbincangan perdagangan di antara AS dan China untuk mendapatkan isyarat selanjutnya bagi penggerakan dolar. Selain itu, para pelabur juga akan memberi fokus kepada data utama yang akan diumumkan oleh AS, EU dan Kanada.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 27 – Mei 31

Isnin, Mei 27  

Data

N/A

 

Acara

N/A

 

Selasa, Mei 28  

Data

CHF – GDP (QoQ) (Q1)

USD – CB Consumer Confidence (May)

 

Acara

N/A

 

Rabu, Mei 29  

Data

EUR – German Unemployment Change (May)

EUR – German Unemployment Rate (May)

CAD – BoC Interest Rate Decision

 

Acara

NZD – RBNZ Gov Orr Speaks

CAD – BoC Rate Statement

 

Khamis, Mei 30  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

USD – GDP (QoQ) (Q1)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Pending Home Sales (MoM) (Apr)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

NZD – Annual Budget Release

 

 

Jumaat, Mei 31

 

 

Data

CNY – Manufacturing PMI (May)

EUR – German CPI (MoM) (May)

USD – Core PCE Price Index (MoM) (Apr)

CAD – GDP (MoM) (Mar)

USD – Chicago PMI (May)

USD – Michigan Consumer Sentiment
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A