83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Julai 2019               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: Julai 29 – Ogos 2  

Reviu Pasaran (Forex): Julai 22 – 26

US Dollar

Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat berdekatan paras 97.66 berikutan dengan perkembangan ekonomi AS yang positif.

 

Pada awal minggu lepas, indeks dolar telah menerima tekanan menurun akibat daripada data perumahan semasa kedua-dua data Existing Home Sales dan New Home Sales tersasar daripada ramalan ekonomis dengan bacaan sebanyak 5.27M dan 646K berbanding dengan jangkaan 5.35M dan 660K masing-masing. Namun, dolar masih disokong oleh momentum bullish selepas pembebasan data Core Durable Goods Orders dan GDP. Core Durable Goods Orders telah meningkat sebanyak 1.2% berbanding dengan ramalannya sebanyak 0.2% sementara pertumbuhan GDP bagi suku kedua telah meningkat ke 2.1%, mencecah ramalan ekonomis sebanyak 1.8%. Para pelabur menjangkakan kedua-dua data tersebut akan mengurangkan kemungkinan pemotongan kadar secara agresif oleh Bank Pusat AS (Fed) semasa mesyuarat dasar mereka pada minggu ini.

 

Namun demikian, keuntungan dolar juga dihadkan oleh isyarat yang bercampuran di ekonomi AS dari segi penyusutan kadar inflasi dan sektor perumahan di mana para pelabur bimbang bahawa Fed akan memotongkan kadar mereka lebih daripada sekali bagi sepanjang tahun 2019. Para pelabur kini menjangkakan pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas dari 2.50% ke 2.225% pada Khamis ini sementara memberi fokus kepada kenyataan dasar kewangan Fed serta sidang media yang akan diketuai oleh Pengerusi Fed Jerome Powell bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai pendirian dasar pada masa yang akan datang untuk memantau penggerakan dolar selanjutnya.

 

 

USD/JPY

Yen Jepun telah melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat berdekatan paras 108.60. Walaupun data ekonomi daripada Jepun telah menunjukkan isyarat yang positif dari segi data Tokyo Core CPI, namun keyakinan para pelabur terhadap Yen yang selamat telah dihadkan selepas Bank Pusat Jepun (BoJ) dijangka untuk mengekalkan kadar faedah mereka di paras yang rendah bagi menyokong ekonomi Jepun yang masih ditekan oleh penyusutan pertumbuhan ekonomi global. Para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar BoJ pada minggu ini untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya sepanjang minggu lepas susulan dengan pembebasan data ekonomi yang negatif dan juga isyarat dovish daripada Bank Pusat Eropah (ECB). Mata wang euro telah mengalami penjualan secara mendadak berikutan dengan pembebasan data German Manufacturing PMI dan Ifo Business Climate Indeks yang negatif dengan bacaan sebenar sebanyak 43.1 dan 95.7 berbanding dengan ramalannya sebanyak 45.1 dan 97.1 masing-masing. Data tersebut telah meningkatkan jangkaan kelonggaran dasar kewangan oleh ECB melalui pemotongan kadar atau penyambungan semula program pembelian bon (QE). Namun, mata wang tersebut berjaya untuk memangkas kerugiannya selepas keputusan kadar faedah oleh ECB. Seperti yang dijangka, ECB telah mengekalkan kadar mereka di paras 0.00% pada minggu lepas serta menegaskan untuk mengekalkan kelonggaran dasar kewangan dan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya inflasi susut di bawah jangkaan. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian kepada data ekonomi dari Jerman dan Zon Eropah pada minggu ini bagi mendapatkan isyarat pasaran yang selanjutnya.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah menjunam bagi sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 1.2380. Pound sterling telah mengalami kerugian secara mendadak semasa kebimbangan Brexit telah mengurangkan keyakinan para pelabur terhadap mata wang tersebut. Baru-baru ini, calon utama Boris Johnson telah dilantik sebagai Perdana Menteri UK yang baru. Namun, pelantikan tersebut telah menambah tekanan dan risiko Brexit tanpa perjanjian. Selain itu,  hanya selama seminggu selepas beliau dilantik sebagai PM, beliau telah mencetuskan pertengkaran dengan Kesatuan Eropah di mana beliau meminta perjanjian sebelumnya diubah dan berjanji untuk menyampaikan Brexit sebelum 31hb Oktober tanpa kira apa jua keputusannya. Presiden Kesatuan Eropah Jean Claude Juncker telah memberitahu Boris bahawa perjanjian yang telah dibuat dengan bekas PM UK Theresa May adalah perjanjian yang terbaik. Ketegangan diantara UK dan EU bakal menjejaskan ekonomi UK bagi jangka yang lebih panjang dan menyebabkan para pelabur untuk meninggalkan pasaran UK yang berisiko.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Julai 22- 26

GOLD

Harga emas kekal didagang dalam lingkungan yang ketat sementara menutup pasaran Jumaat lepas di $1418.26 se troy auns. Sentimen terhadap aset yang selamat kekal bercampuran semasa pasaran menunggu isyarat pemotongan kadar Fed yang lebih lanjut. Walaupun demikian, nilai komoditi tersebut telah menyusut akibat dengan kekukuhan dolar yang didorong oleh data yang positif. Pasaran kini akan menumpukan perhatian kepada keputusan kadar oleh Fed bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah didagang secara rata tetapi ditekan sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran di paras $56.15 setong. Walaupun dengan data  minggu lepas yang menunjukkan pengurangan di dalam paras inventori minyak, keyakinan pelabur terhadap komoditi tersebut masih ditekan.

 

Menurut kepada pakar analis, pengurangan yang ketara dalam inventori adalah disebabkan oleh penutupan penggerudian minyak sepanjang perairan Mexico yang diserang oleh ribut taufan Barry. Namun, kerugian yang dialami oleh komoditi tersebut telah dihadkan oleh ketegangan diantara Iran dengan UK dan AS. Terdahulu, Iran telah merampas sebuah kapal tangki minyak UK sebagai tindak balas terhadap tindakan UK.

 

Ketegangan yang bertambahan bakal menjejaskan peperangan di perairan Timur Tengah. Perairan tersebut digunakan untuk menghantar stok minyak ke negara-negara lain di seluruh dunia. Oleh kekurangan perkembangan dalam pertengkaran tersebut, para pelabur akan menumpukan perhatian kepada pembekalan minyak global dan isu di Timur Tengah bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut di dalam pasaran.


 

Tinjauan Pasaran: Julai 29 – Ogos 2      

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas mesyuarat dasar kewangan AS dan juga data Nonfarm Payrolls pada hari Jumaat untuk memantau selanjutnya penggerakan pasaran.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Julai 29 – Ogos 2  

Isnin, Julai 29  

Data

JPY – Retail Sales (YoY) (Jun)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Julai 30  

Data

JPY – BoJ Interest Rate Decision

EUR – German CPI (MoM) (Jul)

USD – Core PCE Price Index (MoM)

USD – CB Consumer Confidence (Jul)
USD – Pending Home Sales (MoM) (Jun)

 

Acara

JPY – BoJ Monetary Policy Statement

JPY – BoJ Outlook Report

JPY – BoJ Press Conference

 

Rabu, Julai 31  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

CNY – Manufacturing PMI (Jul)

AUD – CPI (QoQ) (Q2)

EUR – German Retail Sales (MoM) (Jun)

EUR – German Unemployment Change (Jul)

EUR – CPI (YoY) (Jul)

EUR – GDP (QoQ)

EUR – Unemployment Rate (Jun)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jul)

CAD – GDP (MoM) (May)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

N/A

 

Khamis, Ogos 1  

Data

USD – Fed Interest Rate Decision

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Jul)

EUR – German Manufacturing PMI (Jul)

GBP – BoE Interest Rate Decision (Aug)

USD – Initial Jobless Claims

USD – ISM Manufacturing PMI (Jul)

 

Acara

USD – FOMC Statement

USD – FOMC Press Conference
GBP – BoE Inflation Report

GBP – BoE Gov Carney Speaks

 

 

Jumaat, Ogos 2

 

 

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Jun)

GBP – Construction PMI (Jul)

USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Jul)

USD – Nonfarm Payrolls (Jul)

USD – Unemployment Rate (Jul)

USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul)

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

JPY – Monetary Policy Meeting Minutes