83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 September 2019               Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: September 30  – Oktober 4.

Reviu Pasaran (Forex): September 23 – 27

US Dollar

Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhannya dan mengakhiri pasaran sesi Jumaat lalu pada harga 98.71 susulan dengan data yang memberangsangkan dan juga perkembangan positif dalam A.S dan China.

 

Pada hari Jumaat lepas, pesanan bagi barangan tahan lama di A.S telah bertambah baik kepada 0.2%, melebihi jangkaan pasaran sebanyak -1.1%, menurut kepada A.S Census Bureau. Bacaan tersebut telah membuktikan bahawa pesanan produk yang tahan lama kekal kukuh dan aktiviti pengeluaran di A.S tetap tinggi meskipun dengan ketegangan antara A.S dan China. Selain itu, sentimen pengguna juga meningkat berdasarkan angka rasmi yang dikeluarkan oleh University of Michigan. Berdasarkan dengan data tersebut, keyakinan pengguna juga bertambah baik kepada 93.2, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomi sebanyak 92.0. Data in juga memberi dorongan dalam meningkatkan daya tarikan dolar.

 

Tambahan pula, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menunjukkan sikap optimisme dalam  perdagangan antara A.S dan China. Beliau telah menyatakan bahawa China akan mencapai kesepakatan perdagangan dengan A.S “segera” serta memuji China. Beijing juga menunjukkan sikap kerelaan untuk membeli lebih banyak produk US bagi menggambarkan keikhlasannya untuk mencapai kesepakatan perdagangan dengan As dan menamatkan perang perdagangan yang sedang berlangsung. Oleh itu, perkembangan perdagangan tersebut terus meningkatkan keyakinan pasaran dan juga harapan untuk mencapai kesepakatan perdagangan, justerunya menyebabkan dolar untuk mengalami pembelian yang berterusan.

 

Namun, pelabur akan terus menumpukan perhatian kepada perkembangan yang berterusan antara kedua-dua kuasa ekonomi kerana ketegangan ini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Pada masa yang sama, data ekonomi A.S juga akan terus dilihat oleh para pelabur untuk mengukur kesihatan ekonomi A.S.

USD/JPY

Pasangan mata wang USD / JPY telah didagang lebih tinggi pada minggu lepas dan menutup sesi dagangan minggu lepas pada 107.92. Berdasarkan dengan data ekonomi yang kukuh di A.S dan juga ditambah dengan perkembangan perdagangan yang positif, para pelabur telah meningkatkan selera risiko mereka dan meletakkan lebih banyak pelaburan ke atas aset berisiko seperti dolar.

 

EUR/USD

EUR / USD kekal tertekan dan juga kelihatan akan terus menuju ke arah bawah susulan dengan pasaran masih kekal teragak-agak terhadap ekonominya. Pada minggu lalu, data-data yang berkaitan dengan inflasi di Euro telah menunjukkan bacaan yang lemah. Harga import Jerman telah menurun kepada 0.6% pada bulan Ogos berbanding dengan ramalan bacaan 0.3%. Perbelanjaan pengguna juga tidak mencapai jangkaan penganalisis. Pada masa yang sama, berita mengenai A.S menerima anugerah rekod yang membolehkan A.S. untuk mengenakan produk import Eropah dengan berbilion ringgit dalam tarif  menyebabkan para pelabur untuk menjual mata wang tersebut selanjutnya.

 

GBP/USD

GBP / USD melanjutkan kerugian pada hari Jumaat sementara menutup pasaran di sekitar harga 1.2287. Pound sterling telah mengalami penjualan yang agresif pada minggu lalu berikutan dengan komen dovish dari anggota BoE, Micheal Saunders. Pada hari Jumaat lepas, Saunders telah menyatakan bahawa Brexit bahawa bank pusat England berkemungkinan perlu mengurangkan kadar faedah sekiranya ketidakpastian yang tinggi terhadap Brexit berterusan. Ini adalah isyarat pertama yang jelas oleh BoE untuk mengurangkan kadar faedah dan menyebabkan kekecewaan yang selanjutnya terhadap mata wang yang sudah lemah. Kerana ketidakpastian Brexit masih berterusan, pasaran kekal  akan memberi tumpuan kepada sebarang perkembangan Brexit dan juga isyarat selanjutnya.

Reviu Pasaran (Komoditi): September 23 – 27

GOLD

Harga emas telah mengalami kerugian besar pada minggu lepas sementara menutup sesi dagangan Jumaat lalu dengan harga $ 1496.75 se troy auns. Komoditi tersebut telah menyusut berikutan dengan  laporan bahawa Arab Saudi bersetuju untuk menghentikan pertempuran buat sementara di Yemen, di mana ia telah bertempur dengan pemberontak anti-kerajaan Houthi selama empat tahun yang lalu. Dengan gencatan senjata di Timur Tengah dan juga Amerika Syarikat dengan China, sentimen risiko telah melonjak dan para pelabur  mengalihkan portfolio pelaburan mereka ke pasaran yang lebih berisiko. Walau bagaimanapun, pasaran akan terus memberi tumpuan kepada sebarang berita dari pasaran kewangan untuk menentukan sentimennya yang lebih lanjut.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah kekal jatuh pada minggu lalu sementara menutup sesi pasaran minggu lalu dengan harga $56.12 setong. Harga minyak mentah kekal mengalami tekanan selepas ketegangan di Timur Tengah memberi perkembangan yang mengejutkan.

 

Menurut laporan daripada Wall Street Journal, Arab Saudi telah bersetuju untuk mengenakan gencatan senjata buat sementara di Yemen. Iran telah mendekati Arab Saudi dengan tawaran untuk mengurangkan ketegangan antara Saudi dan Yemen sebelum ini dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk gencatan senjata. Pasaran juga menjangkakan bahawa gencatan senjata tersebut dapat berkembang ke bahagian lain di Yemen sekiranya ia membuktikan boleh tahan lama.

 

Selain itu, khabar angin yang mengenai A.S sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan sekatan dalam Iran serta dengan Arab Saudi telah memulihkan bekalannya yang terganggu dari kemudahan minyak yang rosak telah mengehadkan sebarang kenaikan terhadap komoditi ini. Presiden Iran Hassan Rouhani telah menyatakan pada hari Jumaat bahawa A.S. menawarkan untuk menghapuskan sekatan minyak sekiranya Iran pulang ke meja rundingan.

 

Harga minyak dijangka akan terus menuju ke arah bawah berikutan dengan penyusutan dalam ketegangan di Timur Tengah yang boleh menyebabkan bekalan minyak mentah untuk meningkat. Pada masa yang sama, pertikaian antara A.S dan China yang belum diselesaikan juga akan kekal mempengaruhi permintaan terhadap komoditi ini walaupun perkembangan terkini yang positif.

Tinjauan Pasaran: September 30  – Oktober 4

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti Non Farm Payroll yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mendapat lebih banyak isyarat pasaran. Selain itu, para pelabur juga akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan dalam rundingan perdagangan antara A.S dan China.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: September 30  – Oktober 4

Isnin, September 30  

Data

CNY – Manufacturing PMI (Aug)

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Aug)

EUR – German Unemployment Change (Sep)

GBP – GDP (QoQ)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Oktober 1  

Data

JPY – Tankan Large Manufacturers Index (Q3)

JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q3)

AUD – RBA Interest Rate Decision (Sep)

EUR – German Manufacturing PMI (Sep)

GBP – Manufacturing PMI (Sep)

EUR – CPI (YoY) (Sep)

CAD – GDP (MoM) (Jul)

USD – ISM Manufacturing PMI (Sep)

 

Acara

AUD – RBA Rate Statement

 

Rabu, Oktober 2  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

GBP – Construction PMI (Sep)

USD – ADP Nonfarm Employment Change (Sep)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

CAD – BoC Rate Statement

 

Khamis, Oktober 3  

Data

GBP – Composite PMI (Sep)

GBP – Services PMI (Sep)

USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep)

 

Acara

N/A

 

 

Jumaat, Oktober 4

 

 

Data

AUD – Retail Sales (MoM) (Aug)

USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Sep)

USD – Nonfarm Payrolls (Sep)

USD – Unemployment Rate (Sep)

CAD – Ivey PMI (Sep)

 

Acara

N/A