83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Disember 2019                             Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Disember 30 – Januari 04

Reviu Pasaran (Forex): Disember 23 – 28

Dolar AS

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah menyusut pada minggu yang lalu selepas data yang suram dari rantau A.S. dibebaskan dan menunjukkan perkembangan ekonomi dalam Amerika Syarikat adalah lemah, sementara indeks tersebut menutup pasarannya pada harga 96.57. Tambahan pula, indeks dolar telah menerima momentum bearish yang lanjutnya berbanding dengan mata wang lain pada minggu yang lalu berikutan dengan prospek optimisme terhadap perjanjian perdagangan fasa pertama di antara A.S.-China, yang selanjutnya mendorong para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko sambil mengurangkan permintaan untuk aset selamat seperti Dolar AS.

 

Dolar A.S telah menyusut susulan dengan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut daripada  Census Bureau, A.S. New Home Sales telah memberi bacaan sebanyak 719K, tersasar daripada jangkaan ekonomis iaitu 734K. Selain itu, A.S. Core Durable Goods Order untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan sebanyak 0.3% ke bacaan sebanyak 0.0%, yang juga lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 0.1%. Tambahan pula, kedua-dua data tersebut adalah lebih buruk daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya mengurangkan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat sambil mengukuhkan kepercayaan bahawa Bank Pusat A.S. (Fed) akan mengurangkan kadar faedah untuk memberangsangkan perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat pada masa depan. Namun, menurut daripada Department of Labor, A.S. Initial Jobless Claims telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 235K ke bacaan sebanyak 222K, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 224K. Data yang positif tersebut telah menunjukkan bahawa pasaran pekerjaan di Amerika Syarikat masih kekal kukuh, yang selanjutnya mengehadkan kerugian ke atas Dolar A.S.

 

Berlatarbelakangkan risiko perang perdagangan, Indeks dolar menerima beberapa momentum bearish susulan dengan kekurangan ketegangan perang perdagangan di antara A.S dan China, yang selanjutnya mendorong para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko sambil memberi tekanan bearish ke atas aset selamat seperti Dolar AS. Presiden A.S. Donald Trump menegaskan pada hari Selasa yang lalu bahawa beliau dan Presiden China Xi Jinping akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama dalam bulan ini. Tambahan pula, Kementerian Luar Negeri China Geng Shuang juga mendakwa semalam bahawa kedua-dua negara mempunyai perundingan yang lancar. Walau bagaimanapun, Beijing belum lagi mengesahkan sebarang komponen tertentu yang berkaitan dengan perjanjian perdagangan tersebut. Jadi para pelabur masih perlu memberikan tumpuan kepada perkembangan yang berkaitan dengan AS-Sino perdagangan sehingga masalah tersebut telah diselesaikan sepenuhnya.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 109.38. Yen Jepun telah menerima beberapa momentum bearish pada awal minggu yang lalu berikutan dengan prospek yang optimisme untuk perang perdagangan, yang selanjutnya meningkatkan selera risiko. Bagi perkembangan perang perdagangan, para pelabur mempunyai jangkaan yang sangat positif terhadap A.S. dan China untuk menandatangani perjanjian perdagangan “fasa pertama” pada minggu pertama Januari, yang selanjutnya mencetuskan permintaan ke atas aset selamat seperti Yen Jepun. Walau bagaimanapun, Yen Jepun telah mengehadkan kerugiannya selepas data yang positif dari rantau Jepun dibebaskan, yang selanjutnya mendorong sentimen yang positif ke arah perkembangan ekonomi di Jepun sambil meningkatkan permintaan ke atas pasangan tersebut. Menurut daripada Statistics Bureau, Jepun Tokyo Core Consumer Price Indeks (CPI) untuk bulan yang lemas telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 0.6% ke bacaan 0.8%, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 0.6%. Sementara itu, Jepun Industrial Production untuk bulan yang lepas telah memberi bacaan sebanyak -0.9%, yang juga lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu -1.4%.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat keuntungannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.1175. Pasangan tersebut menerima sokongan bullish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh kelemahan mata wang saingan, terutamanya dalam A.S. Dolar. Sebaliknya, pasangan Euro melanjutkan keuntungannya pada minggu yang lalu berikutan dengan para pelabur mengalihkan portfolio mereka ke pasaran Euro sebelum akhir tahun 2019 di tengah-tengah spekulasi bahawa ekonomi Eurozone akan mengukuh semula pada tahun depan. Bagi sepanjang tahun 2019, para pelabur telah bergiat untuk menjual pasangan Euro susulan dengan prestasi ekonomi yang suram di rantau Eropah namun data baru-baru ini telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan untuk ekonomi Eropah, yang selanjutnya meningkatkan harapan bahawa ekonomi Euro akan cenderung menjadi lebih kuat sambil mendorong beberapa permintaan untuk pasangan Euro. Walau bagaimanapun, pasangan Euro telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan kebimbangan terhadap “hard-Brexit”. Sekiranya senario tersebut berlaku, akhirnya sentimen tersebut akan menjejaskan hubungan perdagangan di antara kedua-dua negara tersebut pada masa yang akan datang.

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan tinggi sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.3081 susulan dengan prospek positif untuk “soft-Brexit”. Para pelabur teragak-agak untuk membeli pasangan Pound Sterling pada awal minggu lalu selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson menetapkan tarikh akhir pada Disember 2020 untuk mencapai kesepakatan perdagangan baru dengan Kesatuan Eropah, yang selanjutnya mendorong beberapa kebimbangan terhadap “hard-Brexit” kerana para pelabur percaya bahawa mereka tidak ada masa yang mencukupi untuk membuat perjanjian perdagangan yang baik di antara kedua-dua negara tersebut. Namun, baru-baru ini ramai penganalisis menjangkakan bahawa UK kemungkinan akan melanjutkan tempoh peralihan Brexit pada masa yang akan datang untuk memastikan kerajaan UK dan Eropah dapat mencapai perjanjian Brexit yang lebih efisien. Walau bagaimanapun, para pelabur masih perlu memantau perkembangan yang berkaitan dengan Brexit untuk mendapatkan isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Disember 23- 28

GOLD

Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi pada sesi minggu lepas dengan harga $1510.79 se troy auns. Awal minggu lepas, harga emas telah menerima sokongan bullish susulan dengan dua-dua data yang penting dari rantau A.S. memberi bacaan yang lebih buruk daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya menunjukkan pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat yang lemah sambil meningkatkan beberapa permintaan terhadap komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melanjutkan keuntungannya susulan dengan para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti emas untuk mengelakkan penurunan dalam pasaran saham pada awal tahun 2020.

 

Crude Oil

Harga minyak didagang dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $61.70 setong. Harga minyak telah meningkat pada sepanjang minggu yang selepas susulan dengan prospek positif untuk perang perdagangan. Para pelabur menjangkakan resolusi untuk perang perdagangan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi global, yang selanjutnya mendorong permintaan yang signifikan untuk komoditi tersebut pada masa yang akan datang.

 

Di samping itu, pasaran minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori dibebaskan. Menurut daripada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S.  telah menyusut dari bacaan sebanyak dari -1.085M ke bacaan sebanyak -5.474M, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu -1.724M. Inventori minyak mentah A.S. menunjukkan kemerosotan besar di paras inventori AS, yang juga menunjukkan bahawa permintaan untuk minyak mentah masih kekal kukuh meskipun kebuntuan perang perdagangan. Pada masa  kini, pelabur akan memberi tumpuan terhadap data inventori minyak mentah dan perkembangan perbincangan perdagangan untuk mengukur arah pasaran minyak.

 

Tinjauan Pasaran: Disember 30 – Januari 04

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas data-data penting seperti A.S. CB Consumer Confidence dan China Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam timur tengah untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Disember 30 – Januari 04

Isnin, Disember 30  

Data

USD – Pending Home Sales (MoM) (Nov)

 

Acara

N/A

 

Selasa, Disember 31  

Data

CNY – Manufacturing PMI (Dec)

USD – CB Consumer Confidence (Dec)

 

Acara

N/A

Rabu, Januari 01  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

 

Acara

N/A

 

 

Khamis, Januari 02

 

Data

CNY – Caixin Manufacturing PMI (Dec)

EUR – German Manufacturing PMI (Dec)

GBP – Manufacturing PMI (Dec)

USD – Initial Jobless Claims

USD – Manufacturing PMI (Dec)

 

Acara

N/A

 

Jumaat, Januari 03

 

 

Data

EUR – German Unemployment Change (Dec)

GBP – Construction PMI (Dec)

USD – ISM Manufacturing PMI (Dec)

 

Acara

USD – FOMC Meeting Minutes

Sabtu, Januari 04

 

Data

CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count

 

Acara

N/A