GCMAsia adalah rakan kongsi Fortrade. Fortrade merupakan nama perdagangan Fortrade Limited (diberi kuasa dan dikawal selia oleh FCA), Fort Securities Australia Pty Ltd (diberi kuasa dan dikawal selia oleh ASIC) dan Fortrade Mauritius Ltd. (diberi kuasa dan dikawal selia oleh FSC).
GCMAsia mematuhi sepenuhnya pada peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan oleh FCA, ASIC dan FSC, serta berusaha untuk menyediakan akses yang telus dan adil untuk forex pasaran-pasaran CFD dan forex global.
Peraturan FCA
Peranan utama Financial Conduct Authority (FCA) adalah untuk memastikan bahawa para pengguna mendapat perkhidmatan dan produk kewangan dari firma dan individual yang boleh dipercayai dan para pelanggan diperlakukan secara adil.FCA adalah organisasi yang terbuka dan telus serta menyediakan maklumat lengkap bagi firma, pengguna dan lain-lain mengenai objektif, pelan, dasar dan peraturan mereka. FCA bertanggungjawab terhadap menteri perbendaharaan dan melalui mereka terhadap parlimen. Penubuhan FCA telah mewujudkan peluang untuk mengawal selia industri perkhidmatan kewangan dengan lebih cekap.
Sebagai broker yang dikawal selia oleh FCA, Fortrade adalah komited dalam membekalkan ketelusan. Ia meletakkan kepentingan para pelanggan dan integriti pasaran melalui nilai terasnya. Untuk mencapai matlamat ini, ia akan memastikan bahawa sistem kewangan semasa adalah kukuh, stabil dan mampan.